Doaku Untukmu Sayang :)

Kau mau apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang
Chorus
Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti
Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia
Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu

Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti
(Tuhan tolong aku, juga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)
Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu

Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti...
**dedicated to my lovely, Bie. iloveyou :)

K.E.C.E.W.A....

assalammualaikum :),

   Kisah kecewa aku ni takde kaitan dengan MHS okeyy. Aku kecewa dengan sesetengah online shopping. Indah pic dari rupe. Korang tahu tak, untuk perbelanjaan raya tahun ni sahaje. Aku dah keluarkan duit RM600. bukan amount yang sikit tu. 100% untuk online shopping
    Tapi yang mengecewakan aku, dari 100% tu. Hanya 30% saje yang aku berpuas hati. Lagi 70% hancur. Dari pic nampak cantik moleknya. Bile dah dapat, hanya ALLAH je yang tahu berape kecewanya aku.
     Ape yang aku shoppingkan sampai RM600 tu? jom kite tengok.

  2 handbag RM310 
** Boleh lah. Yang merah Hijau tu, material tak berpatutan dengan harga. Aku beli RM190, p material? ntah lah. Gucci mini RM120, puas hati. Dari 5 bintang, aku bagi 3 Bintang.  
                                 
  
Dress rm55
** Tersangat lah ok. Dari 5 bintang. Aku bagi 4.5 bintang.

Baju kurung RM75
** Baju kurung ok jugak. Dari 5 bintang, aku bagi 3 Bintang Cume aku kene otter sikit untuk nampak shape.

Handbag RM50 (Diskaun kawan-kawan)
** Tersangat ok. dan berpatutan dengan harge. Nak beli? cer try search FB "Seranine Sepet". Beg ni kawan aku yang promote, SHERA YAHYA merangkap bakal kakak ipar kepada "Seranine Sepet" nih. Itu yang dapat harge kawan-kawan. Dari 5 Bintang, aku bagi 4.9 Bintang.

Aku order yang coklat.

Dapat yang ni..

kasut RM65
**Sangat tak puas hati ok. Yang membuatkan aku terpakse complain dekat penjual tu. Korang sendiri Describe ape yang beze. 

   Yang lain aku taknak cerita, aku nak cerita pasal kasut ni. Aku sampai rumah, balik kerja. Tengok kasut dah sampai. Beria nak bukak ni sebab masa tu ada MHS skali. Bile tengok. Ok fine. Dah spoil mood. Dah terang-terang warna lain. Then, kale tali gucci pun lain. Aku jenis yang tak cerewet, tapi bile dapat kasut ni. Aku cam hangenn. Lain + berbeza sangat kot.
    Then, aku amik jalan untuk whassap kakak yang jual tu, Saodah(bukan nama sebenar). 

aku: salam. kak, asal lain kasut ni dari lam FB.
Saodah: wsalam x suke erk
Aku: Kurenglah kak. Sebab saya ingatkan coklat macam dekat FB.
Saodah: Sorry Dear :(
Aku: So camne kak ?
Saodah: Akak tak leh tukar dah
Aku: Kale lain, then, tali gucci kat FB hijau merah. nih coklat putih.
Saodah: Memang dia dah kuar kasut cmni jeh. Sy tunjuk gambar kasut yang adik order kat tauke. Tauke bagi kasut ni. kalu nak koko ni memang kokonya, semua pattern koko ni, camna. (aku dah mule nyirap, kau tunjuk pic kat tauke, mang lah tauke tu bagi ape yang ade, walaupun tak sama. TAUKE mesti nak untung. kau menjual. kau kene lah ikut kehendak pelangan(kehendak aku) bukan ikut ape yang tauke tu bagi, Kau hamik jeh. kalu dah tau tak same, tak ley nak whassap hantar gambar. Tanya aku nak yang ni ke ta??????haaa... aku dah nyirap)
Aku: masalah nya, mak saya, kakak ipar saya, adik-adik saya, BF saya cakap kale dye memang lain.
Saodah: bende kecik pun nak jadi hal erk. tak nak pulangkan. saya pulangkan duit (WTFish layan customer cmni??? bahasa takde cantik lagi ke ape? masalahnya bukan nak besarkan atau apa. apa yang aku order. kau hantar lain, aku as a customer ada HAK untuk complain. cmni nak meniaga?????)

   Ape kate korang kalau korang kan tempat aku? ok, kate kan lah itu memang kale koko cam gambar kat FB. Katenya Edit sebab tu nampak lain. Untuk nampak lebih menarik katenya. Perlu ke edit sampai nampak sangat beze edit dengan yang real? tak perlu kot. Ape kate korang kat tempat customer. Aku jual ni, edit kaw2. Alih2 korang dapat kale lain. Tak bengang? 
   Kat situ dah hilang dah segale mood nak raye. RM600 kot. bukan nilai yang kecik. aku bukan malas nak pergi shopping sendiri, tapi saje tahun ni nak try online shopping. tapi ternyata cakap mak aku. Semua gambar jeh nampak indah. Bukan ditujukan pada semua shopping online ye, pada yang sesetengah sahaje. Yang ok tuh, ok lah, Terima kasih. Yang tak ok tu, ntah lah. Pandai-pandai lah ubah ikut citarasa CUSTOMER, bukan ikut ape yang TAUKE bagi.
   Oke tutup cerita kasut tu. Kat sini aku nak ucapkan TERIMA KASIH banyak-banyak pada online shopping yang dah aku shopping. Aku dah dapat dah pun barang-barang tu. yang puas hati, aku akan reply or mesej "Terima Kasih. Barang awak dah sampai and saya sangat puas hati". Yang tak puas hati tu, whether aku whassap takpun aku diam jeh. And MHS akan jadi mangse untuk dengar segala complain aku. hehehe. Selalu dia yang complain gak. tapi, semalam dia bagi AMARAN daaa. 


After this, no more shopping online. Pengajaran tuk aku lah kan. kalau pergi shopping sendiri pun, takkan sampai RM600. haihhhxx! bazir bazir. Tak menyesal, terkilan dengan sesetengah Online Shopping sahaje. Tapi takpe lah. Belajar dari kesilapan. betul?

Wassalam....

APA SALAH AKU........

Alkisahnya cenggini...

  Aku ade seorang kawan, agak lame dah kenal. Since Sem 1 (satu) kat college SEGi. Aku kenal dia sebab dia Bestfriend bekas kekasih aku(ayat tak boleh blar). Oke serius. Name dia? dirahsiakan.. Dia lelaki. kami berkawan seperti kawan lah(kawan apa lagi yek). haha. dia sangat baik. tersangat-sangat baik.

  Disaat aku menangis sebab bekas kekasih aku, disaat semua saat lah. Dia ada dengan aku. Kami sangat rapat. Kami banyak berkongsi masalah. Kami dah macam adik beradik. Dia panggil aku "adek" and aku panggil die "abang". Sehingga aku putus dengan bekas kekasih aku pun, kami still berhubung sehingga ke saat bulan lepas tak silap. Kami bergaduh. Aku tak tahu apa punca dan apa sebabnya dia tinggalkan aku, korang baca kat bawah ni and pikir sendiri sebab ape.

  Ada satu hari tu, aku mengadu dekat dia. Aku mimpikan bekas kekasih aku. Merangkap Bestfriends dia. Aku mengadu menerusi "blackberry Messenger". Then dia balas "again, mimpi die?" and "kbye". Aku dah macam jem. What The Fish! Dalam kepala otak aku ni pikir, mungkin dia marah sebab aku mimpi bekas kekasih aku. aku pun balas lah "Ingat adek nak sangat mimpi die, sikit pun adik tak penah mintak atau berdoa pada ALLAH untuk mimpi dia". Dia tak balas. Aku dah macam bodoh menangis pikir APA SALAH AKU. Sampai lah pada hari yang sama, dia buang aku as a BBM friendlist dia. Lagi aku haru biru. Menangis, menangis penat fikir APA SALAH AKU. haha.

  Hello, setahu aku lah dan pada pendapat aku. Mimpi ape lah sangat. Mimpi mainan syaitan. And for what aku nak sangat gedik-gedik mimpi bekas kekasih aku tu? tak hado koje ke aku nih? pada aku, since bekas kekasih aku tu, dah buang aku. Antara dia dan aku "OVER" like "GAME OVER"(hammekk kau). haha

  Kebetulan sebab yang sama "MIMPI BEKAS KEKASIH AKU" tu, aku dan haidir bergaduh. Biasa lah sedangkan lidah lagi tergigit. inikan pula kami. lepas beberapa hari, aku dah kembali pulih dengan haidir. Then aku cuba mesej kawan aku @ abang angkat aku nih tadi , menerusi Wechat. dia ok mula-mula. Dia hantar lagu "chamak chalo" and lagu "Aku Suka Dia". Then, dia tanya aku macamana dengan haidir. Sebab aku ada cerita dekat dia, yang aku dengan haidir bergaduh. Aku cakap "dah ok". die reply "oke then". lepas beberapa hari lepas tu. aku nak mesej dia, tanya khabar. tubb tubb tengok dia dah buang aku as friend wechat dia. AGAIN! Aku dah cam bodoh. Pikir benda yang sama, APA SALAH AKU. Aku macam dah fedup, lantak ah. dia nak kawan dengan aku. Dia akan cari aku. Bukan sebab aku EGO ok. Sebab aku dah penat sangat-sangat. Sibuk pikir perasaan orang, perasaan aku siapa nak pikir?

  Start dari tu, aku dah mula sensitif. orang nak kawan dengan aku. aku terima dengan hati yang sangat terbuka. taknak kawan aku. lantak lah. Nak buang aku as a friend. tak nak tegur aku. itu bukan masalah aku. Pada aku, Semua aku kawan.
  Aku ambil jalan macam ni bukan sebab aku sombong, kerek and apa apa lah. sebab Aku penat, penat pikirkan perasaan orang lain. Sampai aku lupa untuk jaga perasaan aku. Aku suka berkawan ektuali. tapi dah kawan buat "dangg". aku buat ah "dongdanggg".

**p/s : aku akan ok, kalau korang ok. Aku "hi", korang "diam". Apa perlu aku buat, melainkan aku wat dangg. betul?
 

Excited lebih aku nihh....

Alkisahnya.....

       5/9/2013 yang akan ni, genap 2tahun aku dan si Haidir Samat (MHS) nih bercintan cintun (lah sangat). haha. Baru 2tahun. Tapi bukan senang aw untuk aku dan si MHS sampai ke tahap ni. 2tahun pada aku sesangat lah lame. Dah banyak sangat benda suka duka kami lalui bersama. 

        Aku manusia biasa jugak, ada kelemahan dan kekurangan. MHS lah yang menjadi pelengkap kepada kekurangan aku ni. Sebagai contoh, aku nih seorang yang baran. Erti kata yang sama, cepat marah or naik angin. Tapi lain pulak dengan si MHS. Die lebih cool, chill, and relax. hahah. Kalau die merajuk. mak'aiii... Kalah cincan merajuk. heheh. Then, aku nih seorang yang sangat tak reti + bukan dari kalangan orang yang romantik. Tapi, lain pula si MHS. die ni seorang sangat romantik. Romantik die ape? die suke buat surprise gitu. hayyoo. setiap kali birthday aku, anniversary kami, ade jeh surprise nya. 

          Sebagai Contoh surprise yang die penah buat ialah.. 1st tyme celebrate birthday aku on 13/11/2011. Malam tu die ajak keluar. Ok fine. Aku pun ikutkan. You'all tau tak. Aku masuk jeh kereta, kek yang dah menyala lilin nya n bunga ade kat sit penumpang. Aku masuk-masuk kereta jadi cm "WOW". Bile aku tanya "kenapa bunga ni 3 kuntum je". nak tau die jawab ape? die jawab 3kuntum tu ade makne. Maknenye "satu kuntum untuk "I", satu kuntum lagi untuk "LOVE" and kuntum yang terakhir untuk "YOU". haha. sweeettt kan? Lepas tuh, esoknye tuh die ajak keluar lagi. Tektik yang sama. Aku masuk-masuk jeh kereta ade bear. Besar sangat bear tu. So sawweeett. hahha. Next surprise is, tyme 1st anniversary, die bagi aku bunga and perfume. Mahal aw perfume tu(tyme nih tade idea, die nak buat surprise macam mane). Lagi surprise and for me, ni paling sweet. hehe. Tyme birthday aku 2012, die ajak keluar dinner. Oke ni masuk kereta, takde kek n bunga. hehe. Kami makan dekat the garden @the curve, kota Damansara. Duduk nak dekat bahagian luar jeh MHS nih. haha. Aku layan kan aje. Then, amik order. Then, tak memasal die suruh aku pejam mate. Hati aku berkate "nak main silapmate ke hape mamat nih". Aku pun pejam lah mate aku nih. Gile WOWWWWW! kali nih punye "wow" laen siket. Aku nampak cincin kat depan aku. Aku nak nanges pun ade. Aku tak penah rase dihargai seperti ni. And die BF yang pertama yang bagi aku kejutan cam uh. Sebelum nih aku tak pernah rase kejutan and aku tak tau pun, ape itu kejutan dari orang yang kita sayang. i mean dari BF-BF aku sebelum nih(sedihkan).

             Yes. die jugak tak perfect. Ade kisah lampau and aku tak kisah lah dengang kisah-kisah lampau die. For me, since aku dah terima die as BF. Automatik, kisah lampau die jugak aku kene terima. Betul? Setiap manusia ade buat salah dalam kehidupan. Sama jugak seperti aku. Tak semestinya kita dah lakukan salah, bermakne takde ruang untuk kita dapat kebahagiaan. betul? just give and take. Itu yang penting dalam suatu hubungan. And segala kelebihan die, aku bersyukur sangat-sangat. 

              I love him. really love him. Aku bersyukur pada ALLAH selepas kecewanya aku dengan cinta yang lepas, ALLAH bagi aku lagi satu peluang dengan bertemunye dengan MHS. And aku bahagia, sangat bahagia. Hopefully, Kebahagiaan nih KEKAL hingga ke akhir hayat hendaknya. 

               Perenggan nih, baru aku nak cerita ape yang excitednye aku. hahah. Laka-laka erk? dah cerita panjang-panjang, ley lupe tajuk asal. haha. Yang EXCITED nye aku nih ialah aku dah order hadiah and dah buat special card untuk MHS. bukan 100% dah siap lah. tinggal 20% and tinggal menjadi dengan tak menjadi je surprise tu. Maklum lah, aku nih bukan seorang yang romantik. hahha. Masalahnye, aku nih terlampau EXCITED! haha. Anniversary bulan9, tapi hadiah and kad semua dah 80% dah siap. hayooo >__<. haha. Ape-ape pun, aku harapkan yang terbaik pada masa tu. haha. Mesti korang rase, aku cerita nih, nanti mesti dah tak surprise. kan? haha. tape, hadiah and macam mane rupa kad tu, die tak tau. hahah. Kan surprise lagi tu.

                 Aku harap die hargai hadiah tuh and kad tuh. Walaupun tak seberapa. Tapi makne hadiah tu, sangat lah tak ternilai harganya. hahaha. Selaen tu, sebab aku dah tak tau nak bagi ape sebenarnya. Mintak pendapat BFF die, BFF die suruh bagi bende tu. So aku usahakan lah. Tak mahal mane pun kalu nak dibandingkan dengan kasih sayang die pada aku. haha. Tak leh blar kan ayat. haha.
                  
                 Ok lah, itu saje kot yang aku nak ceritakan. nanti kalu ade cerita-cerita "hot n spicy" lagi, aku akan update kat blog ni. hehe. bye bye and ASSALAMMUALAIKUM.........

i can't believed it

Assalammualaikum,

      korang tahu, semalam sedang enak aku bermesej dengan MHS. Satu wechat masuk, aku tak tengok profile die. aku terus lah dengar voice msj dari die yang memanggil name "ahmoi". Aku pun pikir. siapa lah mamat nih, kalau nak ikut suara. aku kenal sangat. Rupenya my 3years ago ExBF, terkejut den.

      Before nih ktorang penah couple, 5tahun lepas tak silap. aku kenal die kat SEGi College, kitaorang satu college and he's my senior. kitaorang couple lam 2tahun gak. mule-mule couple, die sangat oke. p semenjak berpindah asrama. perangai die totally change. yg setia, jadi palyboy. yang baik, tukar jahat. Ntah lah. Aku kirenye gf harapan family die. aku perempuan pertama yang mak die suka. i dont know why. maybe sebab aku pandai masak and pandai jage anak die kot.

       die ni sangat playboy. Hanya ALLAH jeh tau berape siksanya aku bertahan dan bersabar dengan perangai die. then, die tukar tempat belajar dekat UITM, lendu. lagi menjadi-jadi lah perangai die. finally, bulan2 2011 die mintak putus sebab kantoi die curang. gilenye aku saat itu, ALLAH jeh yang tau.
        GF die kaki langsi, supposed kau dah tahu. kau rampas BF orang punye. mintak lah maaf. nih tak, lagi maki and sound aku cakap takde maruah sebab nanges-nanges kat BF die. siapa takde maruah, i dont know lah. then, setengah tahun lepas tu. aku dengar die dah putus dengan GF die.

        Start dari tu die mule cari aku balek. die mintak maaf and nyesal. and aku hanya mampu cakap, past is past. aku dah malas and tak larat nak ingat bende lepas. penat. as long as dye dah nyesal. aku dah cukup bahagia sebab aku nak die sedar, itu jeh. aku taknak bakal GF die rase cmne aku rase. tapi now, aku pun dah ade kehidupan aku with MHS. walaupun before ni, aku banyak tinggalkan lelaki sebab nak couple balek dengan die, tapi now, tak mungkin. aku takkan lepaskan kebahagiaan yang aku kecapi sekarang.

         Aku bahagia, and sangat bahagia. thx to my dear Love kerani sudi menerima segale kelemahan dan kekurangan aku. alhamdulillah, bulan9 nih, genap 2tahun bersama. bukan seminggu, bukan 2minggu tapi 2tahun (cam laka-laka jeh ayat die).hopefully hubungan nih kekal till jannah. amiin :)

**persoalan nya, siapakah ex aku tuh? biar lah rahsiaaa..........

Jururawat Ditemui Mati Tergantung Di Bilik Asrama

Media Popular: Jururawat Ditemui Mati Tergantung Di Bilik Asrama:   Seorang jururawat ditemui mati tergantung pada kipas di dalam biliknya di asrama jururawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerlo...

Bermaafan :)

Assalammualaikum,

Today nak cakap pasal maaf bermaafan (macam poyos en tajuk), tapi itu lah hakikat. sebab ape aku pilih tajuk tu? sebab baru-baru ni aku baru lepas bermaafan dengan exgf Bf aku, Sheila name nye. sedap en name die. ala-ala name sheila majid gitu. hahah. 

      aku pun tak barape nak ingat why kitorang gaduh. tapi, one of the point is, pasal aku tanya die, berkenaan dengan jam yg haidir bagi dekat aku. Rupenye jam die. Mane aku tahu? aku tahu sebab aku nampak one of die punye picture, die pakai jam tu. siyesly aku tak tahu itu jam die. if aku tahu, what point aku nak pakai? betul tak? after that, aku just PM die kot kat FB bertanyakan hal tu. then, kitorang gaduh sebab salah faham. lame jugak kitorang gaduh, dalam setahun setengah cam tu. 

      Then, aku add punye FB balek sebab nak bertanyakan hal blog. dalam diam aku suke tengok and bace blogger die. but before that kitorang bermaafan.Tak kisah lah salah sape o what, yang penting nak jalinkan balek sillaturrahim yang penah terputus suatu ketika dahulu. Alhamdulillah kitorang dah saling memaafkan. Sedang ALLAH ampun kan umatnya, apetah lagi kita hamba yang kerdil harus lah memaafkan. lagipun, Semua manusia takkan boleh lari dari melakukan kesilapan. So, memaafkan adalah jalan yang lebih baik supaya hidup kita lebih tenang dan bahagia.

      Aku rasa pun korang perlu buat benda yang sama maaf dan bermaafan. takkan nak tunggu raya baru bermaafan. betul? tak baik bermusuhan sesama umat dan kaum. huhu. Hanya satu yang aku harapkan Semoga ukhwah yang kita jalinkan berpanjangan hingga ke akhir hayat. In shaa ALAH. 

 Renungkan lah, dan selamat beramal (hehe).

Thank You, Sheila Salim

Thank you again sebab tunjuk ajar kau, sebagai seorang seniur in blogger nih. sebab tunjuk ajar kau, aku berjaya wat blog aku sendiri thank you and iloveyou! And hopefully kite akan jadi kawan :). 

DEJAVU

Aku bukan lemah tanpa cinta
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerna derita
Dia hadir mengubatkan rindu
Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka
[Chorus]
Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta
Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi
Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta
Setelah sedar dari mimpi
Harus ku terus hidup tanpamu
Kini ku pasrah segalanya
Tentang cinta

memperkenalkan diri :)



Hi, Saya amalina Azhari. Saya 23tahun. Saya berasal dari Sungai Buloh, Selangor. Saya dilahirkan tanggal 13/11/1990 di Hospital University Kuala Lumpur. Saya mempunyai seorang abang dan 3 adek perempuan. Saya seorang yang periang + suke buat orang ketawa, pemalu (ceyywahhh), sensitive (kadang2 jeh), sedikit baran, suka berkawan, suke kongsi masalah + dengar masalah orang. Saya Ex-student Tadika Kemas Paya Jaras, Selangor, Sekolah Kebangsaan Sungai Plong, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh, Sekolah Menengah Teknik Port Dickson, Negeri Sembilan. dan saya lepasan Diploma dari SEGi University College, Kota Damansara. Study in Nursing. tapi keje as executive Admin kat salah sebuah syarikat supplier Supplement kecantikan di Subang Bestari. Status saya? im taken. taken with sape? ini lah die...

Mohd Haidir samat. i love him so much. walaupun die only my bf, p tanggungjawab die, cara die jage i dah macam husband and wife. kahkah. Apa yang saya suke tentang die? die seorang yg Romantic, penyayang, bertanggungjawab, setia and semuanya lah. kitaorg kenal since sekolah menengah form1. that tyme saya couple ngn BFF die. abis sekolah, masing2 buat hal masing2. P puasa 2011 kitorang jumpa balek. then, kenal2. 5/9/2011 kitorang declare. hahahah.

sampai situ saje lah, saya bercerita tuk masa nih, byebye. Assalammualaikum.