Nur Qayra Qasandra Binti Mohd Haidir


Assalamualaikum..

Tarrraa! ini lah anak gadis aku yang selalu buat aku melting sesangat~


Aku rasa bloglah tempat paling lambat aku war-warkan al-kisah anak dara ni (Sorry -_-). Al-maklumlah, sejak jadi mak-mak ni, Automatik busy 24jam plus kemalasan untuk menaip mula menguasai diri. huahua.

Bermula  pada tanggal 27hb Sept 2015 (cehh! ayat aku~), orang lain yang rasa aku nak bersalin. Tapi aku tak macam nak bersalin langsung. Achano? huahua. Alkisahnya, masa aku nak kejutkan laki aku untuk sembahyang maghrib sama-sama, tiba-tiba aku rasa macam pinggang aku tergeliat. Rasa sakit tu tak berpanjangan and jangka masa sakit tu pun hanya 2-3saat. Then, aku saja mengadu dekat mak mentua aku pinggang tergeliat (acah-acah manja), dah mak mentua aku cakap aku dah nak bersalin. Terus kelam kabut dia ketuk pintu bilik air yang mana laki aku time tu fefeeling tengah mandi tu supaya cepat. Sementara tu, aku yang dekat dalam bilik yang disuruh bersiap untuk dibawa ke hospital oleh mak mentua aku tadi, tercengang terkaku. huahua! Saat tu, memang aku yakin 100% aku belum nak bersalin sebabnya satu tanda pun tak turun menjelma. haha

Bila sampai di Putra Medical Center, laki aku kelam kabut amik wheelchair untuk bawa aku masuk. Yang aku duk bebel, aku boleh jalan. haha. Masuk-masuk, nurse tanya aku dah berapa minggu kandungan (time tu aku dah 37weeks 4days). Then, dorang tanya lagi, ada turun tanda seperti air ketumban pecah or turun darah tak. Dengan selamba aku jawab "takde". Bila aku jawab takde, mula lah dorang abaikan aku buat aku macam takde sebabnya dorang anggap kes tak serius. Kecik hati kite. Hampir 30min aku tunggu baru dorang tolak aku pergi untuk buat CTG contraction. Hampir 1jam jugak menunggu dorang monitor contraction, akhirnya, aku dibenarkan pulang sebab contraction tak kerap. TIBA-TIBA, time menunggu suami aku amik kereta, dorang terjerit panggil aku. Katanya doktor mintak periksaan bukaan laluan. Tersentap kejap aku bila diseluk. huahua. Tup-tup, dorang cakap aku kene admit sebabnya laluan dah bukak 3cm. Hameekk kau! terkejut jugak aku time tu. Mana tak terkejutnya, takde tanda tiba-tiba dah buka 3cm. Time tu aku dah mula kagett wey. Selawat tak putus-putus dalam hati ni. Susah hati plus cuak pun ada. Nasib baik husband pilih bilik executive, bilik sorang. So boleh lah husband tunggu. Siap ade katil untuk husband tidur lagi tu. Curlass kau! Malam tu, aku rasa, laki aku yang tidur paling nyenyak siap berdengkur lagi. Yang aku tak boleh tidur, risau menanti hari esok. hahaha!

Keesokan paginya pukul 9am, Doktor Ratna masuk check lagi bukaan laluan. Katanya masih 3-4cm. Time tu juga dia mintak untuk pecahkan air ketumban aku yang tak pecah-pecah tu. huahua. Bila dia pecahkan air ketumban, Ngilu bila dia masukkan alat panjang tu (aku pun lupe ape nama alat tu) hanya ALLAH jeh tahu. Bila air ketumban dah pecah, nurse dah start bagi ubat untuk berak supaya perut aku dikosongkan.

Beberapa jam lepas tu, bermula lah fasa sakit contraction. Sakit contraction tu tak dapat aku gambarkan. Sakit sesakitnya. Sepanjang sakit contraction suami tak henti-henti baca doa macam-macam, sampaikan sempat suami bacakan ayat yasin untuk aku. Terima Kasih Abang. Alhamdulillah, suami, ibu dan mak mentua sentiasa ada disisi sepanjang fasa contraction. Tenkiu Suami, ibu dan mak kerana pinjamkan tangan untuk saya genggam ketika contraction datang.

Tepat pukul11.30 nurse datang lagi untuk check laluan. Aku bajet mungkin bukaan baru buka dalam 4-5cm. Tup-tup nurse bagitau aku dah kene ready untuk tolak ke labour room. Perasaan time tu hanya tuhan jeh tahu. Takut ada, sakit ada, semuanya ada. Time dalam labour room, suami dibenarkan untuk teman sepanjang tempuh melahirkan. Sepanjang dalam labour room, setiap seminit aku mintak husband air. Nasib baik nurse baik hati sediakan air untuk diminum.

Tak lama lepas tu, nurse check lagi bukaan. Hamek kau, laluan terus bukak 9-10cm. Kelam kabut nurse prepare peralatan untuk bersalin. Beberapa minit lepas dorang check bukaan, aku mula rasa nak meneran membuang teramat sangat. Yang aku sibuk nak pergi toilet (huahua). Tapi nurse suruh aku teran jeh dekat situ. Kata dia, tu bukan nak membuang tapi baby dah nak keluar.

Alhamdulillah, 3kali teran, baby pun keluar. Betul kata orang masa gunting tu tak rasa apa-apa. Yang aku punyalah takut sakit gunting. Bila time gunting, memang tak rasa apa-apa babe. huahua~

Tepat jam 12.25 tengahari, aku selamat melahirkan baby girl seberat 2.9kg. Baby keluar jeh, dorang mintak husband aku azankan baby. Sementara aku kene tunggu untuk dijahit. Jahit tu paling aku takut jugak. Nasib baik husband memahami aku, husband mintak aku dibiuskan time jahit. So, time jahit memang aku tertidur plus tak rasa apa-apa. Sedar-sedar jeh, nurse dah nak tolak aku masuk ke bilik wad. Ngelat sungguh aku ni. hahaha!

Begitulah secara ringkas yang tak berapa ringkas sepanjang pengalaman bersalin aku. Nahhh~ aku belanja wajah anak gadis tercinta kami ni yang diberi nama Nur Qayra Qasandra oleh ayahandanya. huahua. Nama drama petang-petang sangat tau daddy keyya ni bagi.




No comments:

Post a Comment