Ada hikmah disebalik setiap dugaan.

Assalamualaikum..
   Alhamdulillah semuanya dah terbukti dan pihak yang bersalah pun dah mengakuinye. Tipulah kalau hati ni ta terluka dengan pengakuan tu. Tapi aku kene kuat. Kuat dengan segala ujianNYA. Aku tak tahu apa keputusan yang akan aku buat. Lepaskan segalanya atau pun aku terpakse berjuang manahan kecewa demi meneruskan hubungan ni(bagi peluang).
    Perlu ke aku bagi peluang? Kuat ke aku untuk bagi dia peluang? lalu ikut kehendak kawan-kawan untuk aku bertahan hubungan yang tak pernah dia hargai. Selama setahun setengah, aku pertahankan hubungan ni, dia balas dengan kekecawaan dan penipuan. Fuhh! sangat berat ok. Seolah-olah selama hubungan kami setahun lebih ni, aku jeh yang syok sendiri. Dan dia, keluar berpoya-poya dengan perempuan lain.
    Aku sangat sakit hati bila fikir part dia tengok wayang dengan perempuan lain. sedangkan aku, nak keluar pun kene mintak izin dia. Dia bagi, baru aku akan keluar. Dia tak bagi, aku duduk lah menepek dekat rumah. Celebrate new year dengan perempuan lain. Kate keluar celebrate dengan kawan-kawan, Aku si bodoh nih percaya lah kan. Yang aku? celebrate new year dekat rumah(Quite nice gile). Then, ade sekali dia dan perempuan tu keluar time kitaorang putus(putus disebabkan dia jugak). Poyo-poyo dia bagi aku buku himpunan solat-solat sunat untuk rujukan aku nak buat solat Istiqharah. Dia suruh aku buat solat tu untuk aku mintak petunjuk dari ALLAH adakah patut untuk aku bagi dia peluang atau lupakan dia. Yang dia? boleh pergi keluar dengan perempuan lain. Nice gila yek.
    Aku terlampau BODOH, BODOH dimata dia. Sebab tu, dia mudah tipu aku. Perbodohkan aku. Apa salah aku pun, aku tak tahu. Mana silapnya pun, aku tak tahu. Mungkin aku tak cukup cantik, tak cukup perfect pada dia. Aku redha. Andai dia jodoh aku, pasti tak kemana. Andai dia bukan jodoh aku, aku terima. Mungkin ada hikmah disebalik ni semua.
   Siapalah aku untuk berdendam dan tak memaafkan dia. Aku tak berdendam dan aku dah maafkan dia. aku cuma perlukan masa untuk terima benda ni.

*p/s: Jangan salahkan orang atas salah kita sendiri.

Aku bukan perempuan yang mudah ditipu.. Aku bersalah....

Assalamualaikum..

  Firstly aku nak cakap aku kecewa. Huh! sedih dan sangat hancur hati ni bila orang yang kita sayang sembunyikan sesuatu dan menipu kita. kan? nak meleleh jugak airmata ni lagi sekali dekat office, tapi aku sabar dan kene kuat.

  Ceritanya bermula...
   Suatu hari tu, aku keluar dengan MHS. Kami berbual tentang "orang nak try" aku. Then, dia pun bukak cerita ada seorang perempuan ni, "Bedah" (bukan name sebenar) nak try dia. MHS cakap, Bedah ni kenal Remy (sahabat aku). Then, "Bedah" ni cakap, Remy penah nak try dia. Betul atau tak, aku tak tahu dan tak nak amik tahu.

   Beberapa hari kemudian, aku keluar reunion dengan budak-budak kelas aku masa dekat teknik. Remy ada sekali masa tu. Aku pun bergossip lah dengan remy. JENG JENG!!! kantoi satu lagi cerita mengatakan MHS penah nak try si "BEDAH" ni dan pernah ajak si "BEDAH" ni keluar naik kereta D-max(milik abang kepada MHS). Kata remy masa itu, aku belum couple lagi dengan MHS. aku blurr, aku chill dulu. Balek jeh rumah, aku terpikir. "Bukan ke masa abg dye beli kereta d-max tu, kitaorang dah couple". Oke aku dah rasa tak sedap ada bende tak elok MHS sembunyikan pada aku.

   Then, aku bertanyakan pada MHS pasal "Bedah". Dia pun mengaku dia penah plan untuk ajak si "Bedah" ni keluar, tapi tak pernah menjadi. Kate dia, dia ajak "Bedah" keluar pun sebab nak kenalkan si "bedah" ni dengan kawan dia, IKHWAN. Dia suruh aku tanya ikhwan betul ke tak (dia takut aku tak percaya). Bila aku mintak nombor ikhwan, dia cakap ikhwan dah tukar nombor baru dan dia tak tahu apa nombor baru ikhwan. Oke aku PERCAYA dia lagi. Keesokan harinya, aku tergerak hati untuk cari nombor ikhwan. Aku tanya dekat ex-officemate dia, WAWA(Bukan nama sebenar). Wawa dengan baik hati, bagi. Bila aku cakap dengan wawa nak nombor lame ikhwan, wawa macam pelik. Dia cakap dengan aku, dia just ada nom lama ikhwan. Aku pun mintak lah nombor lama ikhwan. dia bagi. Aku sangat terkejut bila aku cuba dail nombor LAMA ikhwan, dia still on. Aku chill lagi, walaupun perasaan dalam hati ni sangat marah sebab MHS tipu aku mengatakan ikhwan dah tukar nombor. Padahal ikhwan masih on nombor LAMA dia. Aku marah + hangen lah, KENAPA dan KENAPA kene ajak perempuan lain keluar sedangkan kau SEDANG BERCINTA dengan aku?? Korang paham tak perasaan aku saat tu. Bila aku marah, dia mintak maaf dan janji nak berubah. Bila aku cakap aku kecik hati and kecewa, dia pulak marah aku cakap aku tak percaya dia. SEBAB AKU PERCAYA lah, dia pijak kepala aku. Dia tak pernah duduk pikir sorang-sorang betapa hancurnya hati aku. Yang dia tahu, aku mesti bagi dia peluang. Bila aku bagi dia peluang untuk jujur cerita kesemua hal dia dan si "Bedah" tu. Dia cakap "penah plan nak keluar dengan "bedah" tapi TAK PERNAH MENJADI". Oke aku percaya dia lagi. Aku si "Bodoh", percaya lah BF. Atas dasar aku sangat percaya MHS, aku percaya dia tak pernah jumpa perempuan tu.
  
   Tup Tup!! hari ni, TERBONGKAR segalanya ok. A to Z semua MHS menipu aku. arrrggghhhhhhx!!! hampa, kecewa, kecik hati, hancur hati. Semua ada. Dulu dia tipu aku, aku percaya dia. Aku terima dia lagi. Kenapa mesti dia tipu aku lagi. Aku suruh jujur ape yang dia sembunyikan kes dia and "bedah", kenapa mesti ada lagi rahsia?????

   Macam mana bole terbongkar? aku meseg dengan si "Bedah". A to Z bedah cerita. "Bedah" cakap 3kali penah keluar berdua dan 5kali keluar beramai-ramai. WTFish tu? kenapa mesti dia tipu aku, cakap dia "TAK PERNAH JUMPA". Tapi bedah cakap banyak kali jumpa MHS, masa couple dengan aku.

   YaALLAH hancurnya hati aku, tersangat lah hancur. Hancur tahap yang aku sendiri tak tahu macam mana nak ubati. Aku suruh jujur, YES dia jujur. Tapi kenapa ada lagi benda yang dia sembunyikan. Siapa aku dimata dia? Aku bersumpah, Selama 2tahun aku couple dengan dia. aku tak pernah keluar berdua dengan lelaki lain. Nak keluar ramai-ramai ada lelaki pun, aku mintak izin dia dulu. Dia bagi, baru aku keluar. Tapi kenapa macam ni jugak dia balas??

   Aku cerita dekat sini, bukan untuk mintak simpati atau ape. Aku tak pernah nak mintak simpati orang. Aku cerita sebab aku tak ada kawan untuk aku luahkan segalanya. Aku tak mintak korang benci, marah MHS. Mungkin salah aku yang tak pandai didik or bagi dia kasih sayang sampai dia buat macam ni. Aku yang bersalah. Aku hanya mampu berdoa agar ALLAH bagi aku kekuatan dan petunjuk atas apa yang terjadi.

   Andai dia bukan jodoh aku, ENGKAU lenyapkan lah perasaan sayang aku pada dia yang teramat sangat ni. Sesungguh aku lemah. Lemah tanpa kekuatanmu, YaALLAH. Terima kasih atas petunjuk yang telah ENGKAU berikan pada hambamu ini. Berikan lah aku kekuatan, YaALLAH untuk hadapi segala keperitan hidup ini. Amiinn........


Raya yang bersederhana..

hi, hi..
  Lame dah rasanya tak berbloging. Rindu rasanya. al-maklumlah.. handphone murah, tak dapat nak berbloging. huhu.

  Alkisah raya tahun ni, aku sambut dengan sederhana. tak tahu kenapa. Tak ada semangat nak raya. Tengok jeh lah muka aku yang sebel ni. Cukup melambang raya untuk tahun ni.

  Ini namanya muke sebel. Baru bangun tidur, my family dan sepupu ajak beraya pulok rumah jiran-jiran. Mula-mula perasaan malas tu, ada. Bila dikenangkan semperit auntie depan rumah aku ni, terus jadi rajin. huhu. Semperit die terbaikk wookkk.

  Kebetulan masa pergi beraya rumah die, semperit tu tinggal suku. Aku ape lagi, aku suruh bibik dia isikan lah. haha. Tak malu kan. Tapi takpe. Makcik tu sendiri penah cakap dengan aku "kalau malu rugi". Haa! memang rugi lah ceritanya kalau pegi rumah dia, tak rasa semperit dia.

  Then, balek beraya. Menepek lah dekat rumah sambil tengok cerita yang best-best kat tv3. Dah bosan tengok TV, keluar dengan supercousin. Itu sahaje lah aktiviti raya aku.
 














PUJAAN HATIKU

Assalammualaikum..
  hi, holla, holly! Today rase mood macam best je. Mood raya dah keluar. hehe. Mula lah, gedik gedik aku rase macam nak shopping lagi. huhu. Baju kurung dah ada, handbag raya dah ada, dress raya pun dah ada. Yang tak ada, Kasut, Baju jenjalan, seluar jeans. Hayyoo! banyak lagi tu. Huhu. itu semua  DUIT. kan kan?
   Bercakap pasal duit, handphone BB den dah selamat dikebumikan di dalam almari office pada pukul1230 semalam. poning-poning. Mungkin dia merajuk kot. Merajuk yang tahap tak boleh bawak bincang. huhu. Sebab before ni, aku ada bincang dengan MHS tuk beli ipad APPLE. and handphone BB aku akan bagi adik aku pakai. Tak sempat nak beli, dia dah merajuk daaa. huhu. alih-alih, terpakse aku mengguna handphone PEAR buat sementara waktu. Handphone APPLE tak mampu lagi, terpakse lah mengguna handphone PEAR dulu. Kat touching sungguh BB ni.

  *HANDPHONE IDAMAN*

    Aku plan nak beli ipad mini APPLE next month, sebab this month banyak nak guna duitkan untuk raya. Aku suke design ipad mini tu, macam comel je. huhu. Nak kate besar, tak besar. Nak kate kecik pun, tak kecik. Dapat pulak kale putih(my favret color). Terbaekkkk. huhu. Orang lain nak handphone keluaran terbaru kan? aku handphone lame. Lame tak lame jugak lah kan. Yang penting dia cute. hehe.

*p/s: Hopefully aku dapat memilikinya suatu hari nanti. he he he...