Happy birthday to me..

hi assalamualaikum..

  Hari ini adalah hari yang aku nanti-nantikan 13/11/13. Nombor yang cantik. Harap ada ONG lah pada hari ni (kehkeh~). Hari ini genap 23tahun aku hidup. Alhamdulillah dan sangat bersyukur kerana aku diberi peluang untuk menyambut hari kelahiran ku yang ke-23.
   Aku cerita serba sedikit lah tentang diri aku. Nama penuh aku, Amalina Binti Mohd Azhari. Sangat ringkas tapi memberi makna yang sangat berat. Maksud Amalina adalah "Harapan keluarga". aku dilahirkan pada 13/11/1990 oleh Aisah Binti Md Yunus. Terima kasih ibu sebab kandungkan kakngah selama 9bulan. Aku anak kedua daripada 5orang adik beradik. Aku mempunyai seorang abang berumur 26tahun, dan yang lainnya perempuan yang masing-masing berumur 22,14 dan 12tahun.
  Aku seorang yang open-minded/sporting, pemalu, banyak mulut, periang, suka buat orang lain happy, panas baran, degil. Jangan halang aku untuk buat sesuatu, benda yang orang tak bagi itu lah, yang aku suka/akan buat. Aku suka memasak tak kisah lah dari masak air, masak meggi, masak lauk pauk, buat kek dan sebagainya (untung siapa jadi husband aku, makan je kejenye). Semua berkaitan dengan dapur atau masak itu lah yang aku suka. Benda yang paling aku tak suka buat? aku tak suka aktiviti lasak seperti hiking, extreme aktiviti semua AKU TAK SUKA (dahsyat kan).
   Pendidikan pula, pendidikan awal aku bersekolah di Tadika kemas Paya Jaras, Sungai Buloh. Haa, sape yang bersekolah disana kenal lah aku yang cute cute dan yang comel comel ni. Takde lah. Gurau. Selepas itu, aku bersekolah di Sekolah Rendah Sungai Plong untuk sekolah kebangsaan. Dan Bersekolah di Sekolah Agama Paya Jaras untuk sekolah Agama. Aku bersekolah di situ tak lama sehingga darjah 3 sahaja. Darjah 4 sehingga darjah 6, aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ampang Jaya, Selangor dan Sekolah Agama Rakyat di Taman yang aku duduki (tak ingat apa nama sekolah tu). Aku berpindah di Ampang kerana berhampiran dengan tempat kerja ayah aku. Masuk form 1, aku berpindah semula ke Sungai Buloh atas sebab yang tak dapat dielakkan dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru sehingga Form 3. Form4, Aku diterima untuk bersekolah beraliran teknik dan vokasional di Sekolah Menengah Teknik Port Dickson, Negeri Sembilan dibawah kos ICT. Banyak bertukar sekolah kan? seronok bertukar-tukar sekolah ni. Ramai kawan. huhu~. Tamat zaman persekolahan, aku menyambung pelajaran di SEGi Univercity College, Kota Damansara dibawah kos Nursing. Dan bekerja di Salah sebuah syarikat supplement kecantikan di kawasan Subang Bestari sebagai Admin Executive. Siapa nak cantik nak putih, mai jumpa aku. Aku offer supplement. huhu~. Semua yang aku belajar, tiada kaitan kan dengan kerja aku. Aku percaya pada rezeki. Tak semestinya apa yang kita belajar, itulah yang akan kita kerja/rezeki kita. Rezeki kita, kita tak tahu dimana.
   Apa yang aku inginkan semperna umur aku genap 23 nih? taknak mintak apa-apa. aku hanya harap semoga aku dipanjangkan umur, dimurah rezeki. Semoga ALLAH permudahkan urusan kehidupan aku supaya aku menjadi seorang manusia yang berguna di dunia dan di akhirat. Semoga aku menjadi manusia yang kuat dan tabah mengharungi segala dugaan. Taknak nangis-nangis, nak bahagia je. huhu~. Amiin..

**my gendut dah pesan siap-siap, hadiah dia bagi cukup bulan sebab baru-baru ni dia beli handphone tab. Lari bajet. Dah postpone, kene bagi yang special and advance sikitlah ye Encik gendutt intan payung. haha~ tq pada kawankawan yang wish bufday saya. saya hargai sangatsangat. walaupun sekadar ucapan, itu memberi seribu makna pada saya.loveyouall.

2 comments:

  1. assalamualaikum babe.. selamat hari lahir. semoga panjang umur, murah rezeki dan cepat2 berumahtangga :)

    ReplyDelete