Masa Tidak Mengizinkan

Assalamualaikum..

Wahhhh! dah lame oke aku tak meng'update blog aku ni. Adehhhx! Rindu bangeett nak menaip. Apakan daya masa mencemburui aku dan blog. Kihkih. Al-maklum lah. Busy dengan hal bertunang yang berbaki beberapa minggu lagi, dengan bisnes "Choc Lasagna" lagi. Busy dia, sampai aku takdak masa nak melayan sayangku, Haidir. Dah lah sidia jauh. So, aku berdikari lah daripada amik stok sehinggalah delivery ke customer. Hasilnya, bila dapat cash ditangan dan feedback customer yang memberansangkan, alhamdulillah bersyukur sesangat. Berterima kasih sesangat pada sayangku, yang tak putus-putus bagi semangat plus support modal untuk aku mulakan bisnes ni. Bab hantaran tunang pulak, satu hape pun aku tak prepare lagi. Cuma barang hantaran macam perfume, kain baju melayu nikah, set belt n wallet, dan kasut. Itu jeh yang aku dah beli. Yang lain semua belum dibeli. Dengan dulang hantaran tak hias apa-apa lagi. Hayyoo! pasti kabuuttt aku dibuatnya. In Sha Allah, aku ada masa yang lebih sikit, aku akan masukkan entri shopping barang hantaran, seperti yang aku janjikan. Korangs tunggu na~

Bisnes Choc Lasagna

Assalamualaikum..

Tengok gambar sikit, boleh pergi tak boleh pergi.

    Hi korangs, Hari ini aku nak mempromote "Choc Lasagna" yang aku jual. Hikhik. Jangan salah sangka na bukan aku yang buat. Aku agent sahaja. Ramai yang dah try and komen cake akak siti nih TERBAEKKK!. Hihi, aku sendiri pernah try "Beef Lasagna" dia. Memang terbaik. MHS pun suka gilahh sampai mengidam. Tapi mengidam dia, aku tak boleh tolong. Sebabnya, akak ni duduk seremban. Celah bedah mana pulop aku nak nyelukk pergi ke seremban, lesen pun tak ada lagi. Disebabkan ramai yang berpuas hati dengan rasa "Choc Lasagna" ni, maka aku usulkan lah ke menteri kewangan aku, iaitu MHS. Alhamdulillah dia approve. Walaupun jauh kata, dia sanggup jadi driver semata untuk support aku berbisnes. Salah satu sebabnya dia approve mungkin sebab dia boleh menyelam minum air, beli lasagna akak siti. Hihi. Lagipun, kami memang nak berbisnes and sedang usha-usha apa yang boleh di"bisnes"kan. Al-maklum lah, zaman sekarang dengan kos sara hidup yang tinggi kene buat bisnes. Betul tak? So, yang duduk area-area Sungai Buloh, Kuang, Damansara Damai, dan sekitar itu. Boleh lah whatsap, mesej atau call untuk order. Kepuasan anda, keutamaan kami. kihkih~

Sahabat dari kecil

Assalamualaikum..

Wahhh!! Happy sangat aku hari ni pabila sahabat aku dari kecik buka balik kenangan kami dolu dolu. Nama sahabat baik aku ni, Mohd Aizat Bin Anuar. Ha.. Siapa yang bersekolah di Sek. Keb. Sungai Plong dan Sekolah Rendah Agama Paya Jaras pasti kenal mamat ni. Sangat nakal oke dia masa sekolah rendah. Tapi pada aku dia tetap baik. Tak dapat aku lupa masa kecil kami bermain masak-masak (masak betul-betul oke, siap ada api semua) di dalam hutan depan rumah aku. Haha. Aku lah supply telur, kuali, api dan lain-lain. Paling kami tak boleh lupa, satu hari tu kami masak telur, rupanya itu telur tembelang. Bau dia masyaALLAH, hahaha. Port lepak/berkumpul rumah aku. Macam-macam aktiviti kami main. Seperti kebiasaan hujung minggu pagi-pagi si aizat dan adik dia ni dah terpacak depan rumah aku ajak main. Bestnya saat tu. Rindu sangat. Pergi sekolah sama-sama. Sampai saat ni, korang jangan pelik aku masih ingat raut wajah mak dan ayah kepada aizat ni. Wahaiii sahabat, pleasee bagi tarikh untuk kita lepak. Aku rindu bangett sama kau dan adik kau yang kecik molek tu.

Antara conversation kami.
PHOTOGALLERY:









 Si tinonett, Adik kepada aizat.
Inilah aizat, kawan dari kecil.

Baby Outlet promotion

Assalamualaikum,

Kepada ibu-ibu, bapa-bapa, bakal-bakal ibu dan bapa, makcik-makcik, pakcik-pakcik, kakak-kakak, adik-adik yang plan untuk bershopping baju-baju ataupun barang-barang yang berkaitan dengan kanak-kanak dan bayi, jum pakat serbu "BABY OUTLET". Mereka mengada promotion besar-besaran. Jum serbu! Tarikh dan tempat seperti didalam gambar.

Sungguh menyakitkan..

Assalamualaikum

Sungguh menyakitkan.. Itu lah yang sedang aku rasai dek panahan SENGGUGUT. Nak menjerit rasanya. Aku salah seorang sahabat baik SENGGUGUT. Kenapa si senggugut suka nau berkawan dengan aku, aku pun tak tau lah. 

Kalau lah aku ada dekat rumah, aku dah isi air panas dicampur sedikit dengan air suam ke dalam botol dan tuam atas perut. Panas dan melegakan weyh. Ha.. itu petua dari aku. Korang try. Bila tuam, for sure tertidur punya (sebab bosan menuam). Bila bangun, dia punya lega. Memang teramat lah lega. Boleh keluar bershopping terus. Tapi masalah yang aku hadapi sekarang. AKU BERADA DI OFFICE! terpaksa lah aku hadap kesakitan ni. SAKITTTTT!!!!

Persiapan Pertunangan #Part 1

Assalammualaikum.

Hi, petang-petang ni aku nak share berkenaan dengan persiapan untuk majlis pertunangan aku yang akan tiba tak lama lagi. Majlis merisik alhamdulillah selesai pada bulan lepas, Januari. Ataupun hangpa boleh baca entri sebelum ni bertajuk "First Step To Our Big Day". Entri kali ni aku nak bercerita tentang hal-hal yang berkaitan dengan "booking" yang melibatkan majlis pertunangan itu nanti. Actually, nak buat entri shopping barang tunang, disebabkan gambar tak ambil lagi untuk setiap barang. So, aku tangguh dulu..

Oke, bercakap tentang booking. Rupanya banyak weyh yang perlu di"booking"kan termasuklah Mini pelamin, baju bertunang, make up, photographer. ha! itu jeh kot. Tak lupa. Family, sanak saudara, kawan-kawan terdekat pun kene booking jugak. Bukan sebab ape, senang untuk dorang apply cuti awal-awal kan. Maaf pada yang tak dijemput, majlis dibuat secara kecil-kecilan je. Al-maklum lah, bertunang jeh pongg. kan~ hope anda sekalian paham. Kami sekadar buat sedekit majlis perbincang antara keluar aku and MHS, kemudian majlis perbincangan disudahi dengan majlis doa selamat dan penutup ada majlis sambutan harijadi abg aku, adik aku, dan dua anak buah aku, Mia dan Yaya. Itu sahaja. Tapi kawen, Aku janji jemput. mihmihmih~ Tak jemput pun, datang jeh. Sesungguhnya kedatangan anda adalah satu rezeki buat kami.

Dah melalut ke Majlis perkahwinan pulok, haha. Oke back to our topic. First sekali, keluarga aku dan MHS kene lah tetapkan tarikh untuk bertunang. So that, aku boleh booking mini pelamin semua. Takdak tarikh macamana nak booking kan. Oke, setelah berbincang, kami memilih 22/3/14 sebagai tarikh majlis pertunangan. Supposed, 20/4/14 sama dengan tarikh lahir sayangku. Tapi dia tak mau. Sebabnya, 20/4 jatuh pada hari ahad. MHS kata takut penat berkemas sebab esoknya dah hari isnin (hari mula bekerja). Pandai sayangku. Macam tahu-tahu jeh, bakal tunang dia ni cepat penat. mihmihmih~ Plus, si gendut tuh takut, kalau dah bertunang 20/4, hadiah hari jadi dia takde dan digantikan dengan hantaran (hampehh betul -,-)

Second, aku kene booking mini pelamin. Fuhhxx! rata-rata aku survey, semua ambil RM400-600 ke atas untuk sebuah pelamin. Pada aku dan MHS, membazir ambil pelamin mahal-mahal, tetapi duduk atas pelamin tak sampai sejam. Bazir woo. So, aku decide untuk sewa barang mini pelamin dan kita buat sendiri ataupun dikenali sebagai DIY. Haa... aku sewa RM170 jeh weyh. Puas hati pun puas hati. Sebab kita pasang and design sendiri. Tak puas hati, buat balik. Sampailah puas hati. kihkih~ aku plus sikit barang-barang lain macam Box putih untuk letak bunga dan sebuah kerusi. Sebab apa aku pilih kerusi?sebabnya aku tak biasa lah nanti masa nak sarung cincin, mak MHS duduk bawah pelamin sarung cincin pada aku yang kat atas pelamin. Pada aku nampak tak berapa manis. Biar sama-sama duduk atas pelamin. Baru lah manis. Kerusi disewa dengan harga RM100 dan box putih RM30 (sepasang). So, total pelamin RM200.

Third, aku booking photographer. Ini advance sikit. Sebabnya, booking dengan kawan sendiri (kenal dari sekolah rendah) plus, kawan baik MHS. Shahira Roslan. Kami ambil pakej paling murah, RM600. Include buku album + soft copy. Terima Kasih banyak-banyak pada shahirah, sebabnya dia sanggup batalkan job lain demi kami. Kami hargai sangat-sangat. Senang deal dengan dia. Sesiapa yang nak menggunakan perkhidmatan photographer dia, boleh mintak pada aku number dia.

Itu cerita photographer, lastly ni special sikit. Sebabnya, mak aku yang offer untuk sponsor baju tunang dan make up. Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak ibu. Semoga ibu dikurniakan rezeki yang melimpah ruah hendaknya. Bukan murah oke. Pakej baju perempuan + make up sahaja RM1000 oke. Kalau nak harapkan aku, memang tak mampu. Tapi alhamdulillah ibu sponsor. Kami booking di "Syamil Jefri Bridal". Yang terletak di hadapan pasar malam paya Jaras dan sebaris dengan kedai ayam. Mahal tapi puas hati oke. Baju cantik-cantik. Actually, setiap kali lalu depan butik tu aku mesti tegur sebab koleksi baju yang dipamer lawa-lawa belaka. Tak sangka ibu alert dan sanggup sponsor demi anaknya ini. Terima kasih lagi sekali ibu.

Itu sahajalah berkenaan dengan booking. Berkenaan shopping barang hantaran, aku akan ceritakan di entri yang akan datang. In Sha ALLAH~

PHOTO GALLERY:
 Tarra! Salah satu contoh make up hasil tangan "Syamil Jegri Bridal" 

Baju yang aku sewa. Canti ka?

 
 Mini pelamin. Ini hasil customer yang pernah sewa di "Mini Pelamin Budget"

 Kerusi & box putih seperti didalam gambar.


Detail Butik:
Nama: Butik Syamil Jefri Bridal
No phone:Rujuk pada page
Lokasi: Paya Jaras, Sungai Buloh
Facebook: https://www.facebook.com/syamiljefribridal (Syamil Jefri Bridal)

Detail Mini Pelamin:
Facebook: https://www.facebook.com/LunaGurlishshoe (Mini Pelamin Budget)
Lokasi : Selayang, Selangor.

Detail Sewa Kerusi dan Box Putih:
Nama: Sangkar Emas Collection
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Sangkar-Emas-Collection (Sangkar Emas Collection)
Lokasi: Shah Alam, Cheras, Sungai Buloh, Selayang, Melaka
No phone: Rujuk pada page



Blessed to have you

Not everyone is as lucky as I am.

I have found someone with whom I can share my deepest secrets, my laughs, my tears, and everything in between.
You listen and you care, and I never doubt your love for me.

Words can't begin to describe how you make me feel.
I feel safe in your arms, and I know you'll always be around to protect me.
It's impossible to imagine what my life was like without you.

Even though we joke around a lot and though we might not express our love directly,
I know that even during hard times, fights, and periods when we don't see each other,
Your love is present in many other ways.

I thank God every day for bringing us together.
I thank you for the way you love me.
For the light you bring to my life.
For the joy you've given me.
For every day I get to spend with you.
Because every day is one more day I can fall more in love with you.

**Thank you Mohd Haidir Bin Samat for making me the happiest woman on this earth. I am truly blessed to have you in my life. Me love you till JANNAH, In sha ALLAH :)

Terima kasih sayang

Assalamualaikum.. 


Tarraa!! finally dapat jugak aku memuaskan kehendak perut aku. TERIMA KASIH bebanyak kepada sayang saya si gendut busuk hangit sebab tak pernah jemu belanja plus melayan kerenah perut saya ni. Sangat terharu ok, balik dari kedah terus amik aku semata-mata taknak tengok aku kempunan.

Dulu pernah sekali, aku mengadu mengidam nak makan donut J'co. Ingat lagi masa tu aku masih study dekat SEGi, KD. Tengah sibuk study untuk final exam. Dengan tak bagitahu apa-apa, tiba-tiba call cakap dah ade dekat bawah hostel aku. Aku pun turun lah. masuk je kereta, dekat sit sebelah driver (tektik biasa kalau buat surprise) ada donut J'co satu box yang ada 6pcs. Dengan muka poyos suruh aku makan puas-puas. Helloo,, ingat awek awak ni tak mampu ke abiskan. Tengok perut lah..

Tak pernah sekali pun, aku cakap mengidam apa-apa dia tak layan. Mesti layan. Dari mula-mula kenal sampai lah sekarang, dia lah orang yang paling rajin layan kerenah + perut aku selain daripada ibu dan ayah.

Bersyukur sangat sebab Allah temukan kami. Haidir Haidir ~
 

Craving

Assalamualaikumm..


Choyyyyy!! pic ni bikin aku panass je weyy. bie...... Please, me ngidam bihun sup dekat gulam mee. Bihun dia tak tau aku nak cakap macam macamana, memang terbaikk gilerzz ah. Rasa semua cukup. Korang-korang kene cuba bihun sup ni di "Gulam Mee, Kota Damansara".

Tak boleh jadi ni. Petang ni, sayangku balik dari kedah, kene ajak terus pekena bihun sup ni. Apa nak jadi, jadi. Yang penting, perut aku perlu dimanjakan/Kasih sayang. kihkih~

Need Vacation

Assalammualaikum..

Sedang seronok berbual dengan sahabat baik, Akmal (merangkap sahabat baik MHS) berkenaan dengan kawasan pelancongan yang ada di kuantan, termasuklah  berkenaan dengan cherating dan pantai balok, tiba-tiba hati tergedik nak pergi vacation. Lama woo tak vacation bersama dorang. Last vacation pergi ke Penang. Lepas dari tu, plan nak vacation ke Langkawi, tapi tak jadi pulop atas sebab tertentu. Kali ini, hati mula melonjak menari-nari mintak pergi vacation. 

Pada mulanya sahabat baik, Sheda yang usulkan untuk vacation. Katanya dah lama tak vacation and nak jugak merasa vacation terakhir sebelum aku dan MHS mendirikan rumahtangga. Plan nak pergi pulau perhentian ataupun pulau tioman sebabnya disana terdapat pantai yang sangat WOW! Tapi masing-masing diam sebabnya keadaan kesihatan si akmal yang tak mengizikan. Al maklum lah, kaki dia tak dapat berjalan lagi. So, terbantutlah plan nak pergi vacation.

Bila hari ni, berborak dengan dia tentang kuantan. Hati aku mula melonjak kembali mau vacation. Pakcik haidir dan sahabat-sahabat yang lain, Jum lah pergi vacation. Mana kaki-kaki vacation korang?? Jum ah weyh, dah gile nak vacation dah aku ni. kihkih~


**Apa-apa pun, kene tunggu sayangku, sheda abiskan final exam dia dulu. Chayook Chayyokk! jangan risau, i tunggu u abis exam baru kite plan balik g vacation k. Kene dukung si akmal, dukunglah. haha

Tempat Vacation pilihan me, Langkawi:

 Langkawi sky bridge

Salah satu pantai yang ada di langkawi

 Hotel berjaya, Langkawi

 Salah satu kedai coklat yang terkenal di langkawi
 
 My fav~

 Peta di langkawi
 

Selamat pengantin baru

Assalammualaikum..

   Pada 9/2/2014 aku berjaya sampai ke Pahang untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat baik aku, yang ditemani plus dipandu oleh sayangku. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Muadzam mengambil masa kira-kira 2jam 58min. Fuhhxx.. Lenguh pinggang bakk ang. Tapi takpe, demi sahabat baik, aku tempuhi jugak. Sepanjang perjalanan bosan weyh, sampai MHS suruh aku tidur, aku tak nak. Taknak bukan sebab degil, sebab nak teman si dia drive. Dia sanggup drive jauh-jauh demi wedding kawan aku, takkan aku nak tidur biarkan dia drive sorang-sorang. Penat mesti sama-sama rasa lah. kan?

    Majlis sangat meriah. Lagi meriah, bila kawan-kawan havoc seperti aku and the geng sampai. Haha, Soryy, kami mang suka akan ketawa dan masuk air. Makanan sangat sedap, Nasi minyak sangat lah lembut. MHS dari KL dia cakap takde selera sebab tak sihat, dah makan hamekk kau, Licin gua cakap lu. Dah faham sangat dah konsep "takde selera", "jamah" n "diet" pada dia. Itu lah sayangku. hahaha~

    Paling aku and kawan-kawan lain terkezutt, set pelamin yang gahh + hiasan makan beradap, baju L/P, makeup dan photographer, total dalam RM2300++. Wow! sangat murah oke. Harga dekat KL mana nak dapat harga cenggitu. kan kan? Kalau ade, bagitahu aku. Boleh booking siap-siap. kihkih~

    Kami pulang dalam pukul 430petang, sempatlah singgah "Teluk Cempedak". Dah alang-alang sampai ke Pahang, singgah lah mane yang sempat. Tapi tak terpikir nak amik gambar. Sangat cantik oke teluk cempedak. Sesuai untuk destinasi melancong dan rekriasi bersama keluarga. Kawasan yang tak sesuai untuk bermandi manda sebab nya bentuk pasir pantai yang bertangga. Mengikut kata MHS, Kawasan ini banyak kes orang mati lemas sebab itulah tak digalakkan untuk bermandi manda. Kata MHS lah, aku tak tahu. Almaklum lah, MHS serbatahu. Tak ketinggalan, ade ruang membeli dan membelah yang banyak seperti baju-baju, aksesori dan banyak lagi lah. Ada juga pelbagai jenis kedai makan seperti kedai western food dan goreng-goreng. Dan yang paling WOW! terdapat banyak restaurant makanan segera seperti Mc'donald, KFC, Burger King(kalau tak silap), Starbuck, Chatime dan banyak lagi lah.

    Penat berjalan, lebih kurang pukul730 malam kami bertolak pulang ke Sungai Buloh. Kesian sayangku, drive sambil menguapp-nguap tahan mengantuk. Kami sempat berhenti di perhentian mana ntah (aku lupa) untuk MHS basuh muka dan berehat seketika. Kemudian sambung perjalanan dan kami tiba di Sungai Buloh dalam pukul 1130 malam. Kesian lagi kepada MHS, sebab esoknya kene drive outstation ke Kedah. Walaupun penat, rasa happy dapat padamkan rasa penat. Happy dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama tak berjumpa. Next, kita jumpa di "wedding YAYA dan FAKHRUL". Plan nak tidur di Cherating. Tunggu 29/3/2014. In Sha ALLAH~

**Selamat Pengantin Baru, JAJA and angah. Semoga berkekalan hendaknya till JANNAH. Amiinn~

PHOTO GALLERY:

Ini alkisahnya bosan teman sayangku drive, aku ber'selfie' sorang-sorang.

Dari kiri: MHS, Angah, Jaja, and me


Kami "HAVOC"

Kami dan si dia

Me sheera and ya

Roomate plus sahabat baik

Wedding Exhibition

Assalamualaikum..

Kepada bakal-bakal pengantin atau yang ade perancangan untuk berkahwin, Jum ramai-ramai kite serbu "Wedding Exhibition". Dari situ anda boleh merancang bajet untuk majlis anda, menempah pelamin, katering, photographer, door-gift dan banyak lagi lah yang berkaitan dengan majlis perkahwinan.

Yang aku berani bagi jaminan, pakej-pakej yang mereka sediakan sangat berpatutan (pada pendapat aku lah). kihkih~ Selain itu, aku jugak berani jamin pasti korang rambang mata. For sure, tersangat lah banyak booth-booth yang ada. Jumm serbu tempat-tempat berikut :


*sumber yang diperolehi dari Mr. Google dan page Rins Suzana Kuala Lumpur. Jumpa anda disana~~

Nak please..

Assalammualaikum..

Sedang busy berfacebook dipetang hari sementara menunggu tamat waktu bekerja. Mata aku telah dipanah dengan gambar ni.. (cehhwahh ayat)

Exclusive Zalea Telekung

Nowadays, telekung berwarna menjadi trend. MashaAllah, cantik ok warna dia. warna pink pulak tu. Lagi lah membuak-buak perasaan nak memilikinya. Hayyoo! Sesiapa yang baik hati, belanja pleaseee. hikhik. In Sha Allah satu hari akan aku milikinya..

Alhamdulillah

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, hari ini tanggal 5/2/2014 aku telah berjaya mengambil langkah pertama untuk berhijab dan menjaga aurat sebagai seorang wanita iaitu dengan mengprivate/meng"delete" gambar-gambar aku tak berapa molek ataupun bahasa lebih jelas "gambar yang freehair ataupun gambar yang menampakkan aurat sebagai seorang wanita", tak kiralah samada dalam facebook mahupun blog ini sendiri.

Tindakan ini bukan disebabkan paksaan dari mana-mana pihak mahupun meniru gaya-gaya orang lain, sesungguhnya ia lahir dalam diri aku sendiri. Aku tak cakap aku dah totally bertudung ataupun menutup aurat, tapi itu adalah langkah pertama untuk menjaga aurat aku dari ditayang dikhalayak ramai. Tak salah kan..

In Sha Allah dalam masa terdekat aku akan berhijab, bila itu aku tidak berani berjanji. Tapi yang berani aku katakan, dalam masa terdekat. Hope korang dapat bagi aku sepenuh semangat dan mendoakan yang terbaik buat aku. In Sha ALLAH~

*p/s: kepada kawan-kawan yang masih ada pic aku yang tidak menutup aurat, harap korang dapat delete/private pic tu. Hopefully korang paham dan jangan salah sangka. Selagi pic tu ditayangkan, dosa aku still berjalan. And jika korang nampak pic aku tidak bertudung @ tidak menutup aurat masih berada dalam facebook aku, harap korang tegur/bagitahu aku. TQ pada yang memahami dan yang memberi sokongan.