Second step to our big day


Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Pada 22/3/2014 secara rasminya aku menjadi tunangan kepada Mohd Haidir Bin Samat. Chooiii! cepat bebenor masa berjalan. In sha Allah, 29/8/2014 nikah dan 31/8/2014 majlis bersanding. Majlis bertandang jatuh pada 7/9/2014.

Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan beribu-ribu terima kasih pada ibu, ayah dan keluarga yang banyak membantu dalam menyempurnakan majlis pertunangan ni. Keluh penat semua, amat aku hargai. Terima kasih banyak-banyak pada my bestfriend, sheeda yang menjadi peneman didalam bilik dan mengiring aku keluar dari bilik. Pada Butik Syamil Bridal untuk makeup, baju, and pelamin yang vouge gitu, Ina suke gile ok. Tak lupa pada photographer aku, Syahirah Roslan untuk pic yang sangat cantik + meletop. Pada kawan-kawan dan sedara mara plus kawan ibu dan ayah dan yang lain yang hadir, Terima kasih banyak-banyak.

Tak lupe pada mak, ayah, along dan keluarga, angah dan keluarga, jojo dan keluarga, keluarga belah ayah, belah mak, sepupu-sepupu, sedara-sedara, makcik serta pakcik belah haidir yang menyertai rombongan, terima kasih banyak-banyak. Maaf atas segala kekurangan ketika majlis, sesungguhnya yang baik datang dari ALLAH, dan yang kurang, datang dari kami.

PHOTO GALLERY:
 Cincin tunang kami

Cake dari belah lelaki yang di'sponsor' oleh angah (kakak kepada Haidir)

Me

Me and En. Tunang tersayang.

With my ibu and mom-in-law to be~

With BFFs. Tenkiu for coming dear.

Outdoor With HIM:






Pencerahan berkenan solat istikharah ketika dalam Tempoh pertunangan.

Hari ini, ada seorang hamba Allah mengadu kepada saya, bahawa tunangnya mahu memutuskan hubungan dengannya. Bila ditanya sebabnya, dia berkata bahawa tunangnya telah beristikharah, dan di dalam istikharahnya yang muncul adalah lelaki lain.

Pertunangan mereka adalah rahsia. Lebih memburukkan keadaan, tunangnya sebelum itu dirisik lelaki di dalam mimpi istikharahnya itu. Membuatkan tunangnya itu confuse, dan mengajak untuk memutuskan tali pertunangan mereka.

Izinkan saya memberikan komen yang agak keras di dalam hal ini.

Pertamanya: Sedarlah bahawa kita ini bukanlah Rasul atau Nabi, yang mana mimpi kita membawa makna yang mendalam dan benar 100%. Tidak. Kita bukan mereka. Maka penyakit apakah ini yang membuatkan kita mempercayai sebuah mimpi, dari realiti yang berada di hadapan kita?

Sesuci mana pun kita kala beristikharah, tetap kita hanya manusia biasa dan mimpi kita masih ada kemungkinan hanya mainan syaitan semata-mata.

Siapa berani jamin dengan nyawanya bahawa mimpinya itu adalah benar-benar jawapan daripada Allah ha?

Keduanya: Islam bukan berdiri di atas mistik dan keajaiban yang tidak berasas. Islam tidak berdiri di atas dalil serapuh mimpi. Kerana itu, mimpi bukanlah boleh dijadikan sebagai dalil untuk apa situasi sekalipun.

Justeru, kita tidak boleh membuat keputusan berdasarkan mimpi semata-mata. Sedang Nabi Ibrahim pun, sebelum menyembelih anaknya, membentangkan terlebih dahulu mimpinya kepada anaknya Ismail, dan bertanya apakah dia patut meneruskannya. Walaupun Ibrahim adalah seorang Nabi!

Maka siapakah kita untuk memutuskan pertunangan hanya berdasarkan sebuah mimpi?

Mengapa tidak kita imbangi pro dan kontra. Mimpi itu ada kemungkinan mainan tidur semata-mata. Kalau kita ini belum ada apa-apa hubungan dengan sesiapa, tidak mengapalah. Ini sudah ada hubungan. Maka sepatutnya kita imbangi pro dan kontra, kita fikirkan baik, buruknya. Bukan semata-mata kata: "Dah mimpi gitu, gitulah."

Inilah yang dikatakan fitnah Istikharah!

Ketiganya: Perlu juga difahami bahawa, istikharah itu dibuat sebelum membuat keputusan. Selepas keputusan dibuat, istikharah adalah tidak bermakna. Hiduplah dengan keputusan yang telah diambil. Istikharah selepas membuat keputusan hanyalah satu ruang besar untuk syaitan menyuntikkan keraguan di dalam diri kita.

Nyata, istikharah selepas membuat keputusan itu sendiri adalah satu bentuk keraguan!

Keempat: Adalah haram merisik atas risikan saudara. Maka adalah haram, masuk meminang seorang yang sudah punya hubungan dengan seorang yang lain. Oleh kerana itulah, adalah harus menghebahkan pertunangan, agar tidak berlaku perkara-perkara sebegini. Agar tertutup perasaan orang lain terhadap kita atau pasangan kita. Agar termati rasa ingin 'mencuba' orang lain terhadap kita dan pasangan kita.

Jika kita rasa perkara sebegini mungkin berlaku di dalam hidup kita, maka hebahkanlah pertunangan. Jangan rahsiakannya. Nyatakan diri sudah berpunya!

Ini adalah pandangan saya.
Saya tegaskan di sini bahawa, istikharah bukanlah alat sakti untuk menghalalkan segala tindakan kita. Mimpi begini, Oh, inilah dia jawapan Allah kepadaku. Banyaklah jawapan Allah, boleh confirmkan?

Sebab itu Islam mendidik kita menggunakan akal fikiran, untuk berfikir membuat pertimbangan, pro dan kontra, mengira situasi diri dan orang sekeliling. Bukan pakai mimpi!

Didikan apakah ini?
Mengapa disibukkan dengan perkara sebegini, hingga terganggu satu hubungan yang murni?

Tidakkah kita membaca artikel Ustaz Hasrizal yang kita kasihi: http://saifulislam.com/?p=8020+?

Sungguh, ini mendukacitakan.
-------------------------------------------------
Sebab itu kadangkala orang yang tidak faham Islam, memandang orang Islam yang 'nampak faham' dengan pandangan yang kelakar. Kompleks. Pening.

Semuanya kerana fitnah sebegini rupa. Diamalkan Islam itu dalam keadaan bukan sebenarnya!


*Copy & paste dari: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=17664.0

Happy belated bufday sheeda!

Assalamualaikum..

   Finally, setelah seminggu my sahabat (Sheeda) berjaya menamatkan zaman pembelajaran beliau sebagai student baru lah kami dapat jumpe + bergosip. Dah dapat jumpa, aku usulkan untuk celebrate bufday sheeda, dan di"approved" oleh my sayang. hehe. After two week and half, baru dapat celebrate bufday si gadis molek ni. Almaklum lah, sheeda busy dengan final exam. Bile dapat jumpa, celebrate lah sekali.

   Comel tak cupcakes tuh. Hehe. Aku beli dekat "Tropicana City". Sempat menyimpang sementara tunggu si gomok udin, akmal dan si gadis sheeda. Well~ aku memang kaki menyimpang, dapat pulak boyfie yang kaki melayan. Sampai terputus wedges aku berjalan. Hihi.

   After berdating ngn my sayang, dan sesudah bestie-bestie kami sampai dilokasi yang dijanji. Kami menuju ke "restaurant murni discovery" di Subang Jaya. Sangat sedap oke! for sure korang takkan menyesal. Restaurant tu dah menjadi tempat favret aku dan Haidir. Asal aku merajuk, Haidir kompom pujuk dengan cara bawak aku makan disitu.

   Masa kami tibe di restaurant tu, dia punya penuh ALLAH je tau. Sampai susah untuk kami cari port. Tapi alhamdulillah, dapat jugak tempat. Selepas order mula dah part gossiping + part membahan with my bestie-bestie. Tuhdiakk! punya havoc keadaan restaurant dengan gelak tawa kami yang tak reti cover ni.  Almaklum lah, dah lama tak jumpa(padahal 2minggu je tak jumpa) kami punya gosip, macam bertahun tak jumpa. Hihi. Rancak berbual dengan sheeda, sampai Haidir ajak balik pun, aku marah. Kihkih. Sorry sayang~ Kami balik around 11.30 malam jugak lah. Sampai rumah, semua dah tidur. Macam dah lambat sangat jeh aku ni. Kihkih. Sorry ibu~~

Photo Gallery:

Special for you, dear bestie + bakal pengapit me.
Me and sheeda
Udin. Pada mulanya bajet tak mahu makan.
Si gomok yang kaye + budak sakit
My only one syg. Lapar sangat katenya.

* To my bestie: walaupun dah wish, i nak wish lagi. Happy belated bufday. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga cepat-cepat dapat boyfie. Semoga persahabatan kita kekal till Jannah. In Sha Allah.