Perkara Penting Sebelum/Selepas Majlis Perkahwinan

Asslamualaikum..

    Hi uols~ Hamboiii aku ni, makin hari makin menjadi-jadi pulak entri aku berkenaan dengan majlis ye dok. Haha. Al-maklum lah, first time kot. Banyak benda nak kene tahu dan belajar semua majlis nanti berjalan dengan sempurna. Disamping itu, kene banyak belajar untuk menjadi seorang isteri yang solehah. Al-maklum lah, diri ini tidaklah sempurna mana. Banyak lagi perkara yang harus aku pelajari dan baikinya. berbaki 4bulan, akan aku manfaati dengan mempelajari perkara-perkara penting sebelum majlis dan selepas bergelar seorang isteri.

    Hari ini uols, iols nak berkongsi perkara-perkara penting sebelum yang iols rasa ianya boleh dijadikan landasan/Panduan dalam memastikan kelancaran majlis uols nanti. Haa~ Ini antara-antara checklist apa yang patut uols buat sekurang-kurangnya 8-6bulan sebelum majlis. Antaranya jum kite tengok~~

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. (Sila klik di sini untuk senarai Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
Bagi pengantin lelaki:
Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
Membeli cincin kahwin.
Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi pengantin perempuan:
Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia)

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Membeli barang kemas
Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi pengantin perempuan:
Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi pengantin lelaki:
Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi pengantin perempuan:
Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
Bagi pengantin lelaki
Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
Cincin / gelang tangan / rantai.
Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:
Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:
Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:

Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

Cara Kempiskan Perut

Assalamualaikum..

Haaa.. Kepada Bride-to-be yang inginkan perut yang kempis dan menarik untuk dimuatkan ke dalam baju pengantin exclusive uols tu, ataupun yang masih tak confident dengan bentuk badan uols, maii pakat ramai-ramai kite buat senaman dari sekarang norhxx. Ikuti 6 langkah senaman berikut. INGAT! Nak lebih berkesan, uols kene lah disiplinkan diri lakukan senaman berikut pada setiap pagi.

Selamat Mencuba!

dear boys and girls

Assalamualaikum..

Dear Girls,
If You Want a Boy
To Love You For a Lifetime
Love His Heart Not His Money... 
 
Dear Boys,
If You Want a Girl
To Love You For a Lifetime,
Love Her Soul Not Her Look...

*aku cinta MHS, harus lah love his heart not his Money. Tapi alhamdulillah, dari dia ZERO and now dia ade segalanya, aku tetap and akan sentiasa dengan dia.

persediaan melangkah ke BIG DAY.

Assalamualaikum..

    Wahhh! terasa terujanya bila dapat menaip ni, nokks. Setelah lame berdiam diri membawa hati yang lara.Wahhhh! jangan nak lara sangat weyy. Sorry lah uols, iols berdiam sebab busy dengan bersediaan melangkah ke status bini orang. BINI ORANG oke! Fuhhhx.. Baru den tahu bukan mudah untuk merancang majlis perkahwinan. Poning nau. 

    Tapi alhamdulillah, dengan berkat petolongan ibu, ayah dan nenek. Segala perancang menjadi lebih mudah. Almaklum lah, Ini merupakan majlis kali pertama buat keluarga kami. Tapi diatas bimbingan dan nasihat daripada nenek, semua dipermudahkan. Tenkiu my grandmom!

    Alhamdulillah, katering kami dah pilih dan tempah untuk majlis 31/8/2014 nanti. Kami tempah dengan Impiana Katering yang berlokasi di TSB, Sungai buloh. Sengaja pilih yang dekat, supaya mudah urusan perbincangan nanti. Test Food mereka sangat WOW oke. Yang membuatkan kami terus booking ialah, nasi minyak yang akan mereka sajikan nanti mengguna beras arab. Panjang beras nye nokks. Lauknya pun sedap. Murah pun murah. Kami ambil pakej standard RM10/sekepala.

    Itu cerita katering, ni nak cerita tang pelamin dan baju pengantin. Haa! Excited sikit nak bercerita sebab kami beri tanggujawab sepenuh kepada Syamil Jefri Bridal. Syamil Jefri Bridal ni juga merupakan orang penting ketika majlis pertunangan aku. Aku sangat berpuas hati dengan layanan, solekan, pakaian dan dekorasi pelamin mereka, sebab tu iols repeat booking untuk majlis perkahwinan. Secara lebih mudah difahami, memang aku percaya 100% terhadap kerja tangan mereka. Harga? memang mahal secara jujurnya. Tetapi yang membuatkan puas hati disebabkan banyak yang mereka beri FOC. Sebagai contoh, photobooth, candy buffet, pelamin plus lagi satu (sebab 2pasang pengantin kan), design baju baru untuk kami berempat dll. Tak ke puas hati tuh? Pada aku puas hati lah.

    Bile ditanyakan tentang tema, berbaki 4bulan jeh lagi aku masih tak tahu untuk decide tema color ape. Tema pengantin jeh kami tahu. Untuk adik aku dan pasangan, mereka pilih tema pelamin arabic. Bagi aku dan MHS pulak, kami punye butik yang decide untuk tema pelamin English garden. Kate mereka aku sesuai dengan tema tu. Aku pun suke n setuju. Kate mereka lagi,Wedding kami kali nih, ade kelainan sikit sebab 2 pelamin tapi tema berbeza (Well~Kami suka akan kelainan). Hopefully cantik pelamin tu nanti. Dahh kenape bukak pasal pelamin balik ni. Haha. Tema warna baju pengantin, Aku n MHS decide untuk pilih gaun n blazer warna putih. Semalam baru lepas ukur baju,tak sabar nak tengok design baju kami.

    Untuk Doorgift aku serahkan pada my ibu, untuk decide nak bagi ape dan masih didalam perbincangan. Kad jemputan pula, dah booking tapi mereka masih menunggu keputusan warna tema dari pihak kami. Choooii, susah jugak kalau tak pilih warna tema terlebih dahulu. Nanti akan kupikirkan berkenaan warna tema sebabnya, belah haidir yang majlis 7/9/2014 tu pun dah pilihwarna tema. Warna tema belah haidir silver. Bakal mak mentua ceq pilih naa~ jangan men men. kahkah.

    Setakat ni, Ini sehaja lah yang kami dah lakukan untuk persediaan majlis. Ada lagi, akan kuh update didalam "Online diaries"kuh ini. Haa.. Nak mintak pendapat, kot kot sesiapa tahu, tempat yang boleh jahit dan buat manik untuk baju nikah. Nak mintak lah share sikit tempat-tempat nuh. Ceq masih mencari tempat untuk menempak baju nikah nih ha.. Tenkiuu~ Wsalam~