Assalamualaikum..
Bukan sahaja semakin hari semakin berdebar menunggu our big day, malah semakin hari semakin sayang dekat family bakal mertuaku. hehe~ haruslah sayang sebab mereka sangat baik dalam beri layanan terhadap aku. Tak pernah kurang macamana mereka sayang MHS ataupun aku. Walaupun MHS buat salah, mereka tak pernah backup MHS. Sungguh adil kasih sayang mereka. So touching ok.
Begitu juga bakal mak mentuaku. Bergurau, layanan dan kasih sayang dia terhadap aku, aku dapat rasainya. Apa-apa mesti bakal mak mentua tanya pada MHS "amoi mane?", "kenape amoi dah lame tak datang rumah mak", "amoi sihat ke", "mak rindu amoi", "Ajak amoi sekali". MasyaAllah, sungguh terharu ok. Mula terpikir, macamni ke perasaan mereka yang sudah ada mak mentua. Sangat seronok.
Bile nak bercerita tentang anak-anak buah MHS, lagi lah excited aku nak bercerita. Setiap mereka balik rumah nenek, mesti si kecik ciknya akan call mak acu dia ni ajak keluar plus ajak main masak-masak. Almaklumlah, mak acu dia ni suke melayan kanak-kanak. Kadang-kadang tu, aku suka bawak mereka berjalan-jalan. Window shopping bersama kanak-kanak ok chuols. Seronok penuh dengan gelak tawa bile melayan kerenah kanak-kanak ni. Sehinggakan kadang-kadang terikut gedik budak-budak dekat MHS. Well~ nasib baik MHS kaki melayan. Almaklumlah, lelaki nih suka dimanjakan plus suka perempuan ala-ala manja gitu.
Aku berterima kasih sangat-sangat sebab bakal dikurniakan bakal family mentua yang sangat sporting dan penyayang. Semoga hubungan yang bakal dibina ini kekal hingga ke JANNAH. In Sha Allah~