Assalamualaikum..
Alhamdulillahh dah dapat baju raya kite untuk tahun ni. Tenkiu sayang busuk intan payung pengarang jantung saya ni kerana sudi belanja kite baju raya.
Alkisahnya hujung minggu lepas aku dan MHS temankan bakal mak mentua aku pergi hantar ukuran langsir baru yang di tempah di nagoya textile, Plaza Alam Sentral Shah Alam. Almaklum lah, langsir nak sambut menantu katanya. haloh haloh, sweetnya bakal mak mentua kite ni. Alang kepalang dah sampai di Shah Alam, bakal mak mentua ajak pergi cari baju raya plus baju kenduri untuk belah lelaki. Tuhhdiakk bak ang, sumpah penuh plus sesak gile dengan manusia-manusia yang sibuk bershopping raya. Mungkin semua orang nak mengelak bershopping tyme puasa, letih atau tak larat mungkin. Tapi takpe, akan ku gagahi demi bakal mak mentua tersayang. Kami mulakan dengan menyervay baju-baju yang ada di Plaza Alam Sentral. Survey punya survey, mak dah aim satu jubah nih. Cantikk dan sangat sesuai dengan mak yang suka akan simple. Dalam masa yang sama, mata aku di'LOCK' dengan satu dress ni. Subhanallah, cantik ok yang penting simple memang kene sangat dengan citarasa aku. Kene pulak tahun ni memang aku teringin nak pakai jubah ala-ala dress. Aku pun duk belek sambil fikir nak beli atau tak. Akhirnya aku terpaksa amik keputusan yang amat berat dengan membatalkan hajat plus niat aku, memandangkan banyak lagi benda yang perlu aku beli untuk majlis nanti.
Dari bangunan Plaza Alam Sentral kami jalan kaki menuju ke PKNS. Masuk jeh PKNS, aku ternganga melihat PKNS tersangatlah sesak macam dah nak dekat raya. Dahsatt weyh! haha. Banyak baju yang cantik tapi sayang semua bukan citarasa aku. Hati aku berkata "Dress tadi jugak yang menjadi pujaan hati". Tawaf punya tawaf, takde pun yang berkenan dimata mak, yang di Plaza Alam Sentral yang mak aim mula-mula tadi juga yang menjadi pilihan muktamad mak. Sebelum kembali ke Plaza Alam Sentral, sempat jugak my sayang layan tekak aku yang tiba-tiba teringinkan rendang tok. Mak pun sempat memborong serunding favret my sayang.
Bila dah kembali di Plaza Alam Sentral, kate mak dia nak belanja kami minum. Belum sempat dia bayar, my sayang dah bayar. Tanggingjawab anak untuk belanja mak and penuhi segala keinginan mak, itu yang membuatkan aku sayang MHS lebih sebabnya aku tengok, aku perhatikan cara dia layan mak n penuhi segala keinginan mak memang tahap first class babe. GOOD SAYANG. Bangga saya dapat bakal husband macam awak. Sesudah makan, kami kembali ke kedai jubah yang mak aim plus satu kedai yang sama dengan dress yang aku tergilakan tuh. Mak sibuk try menyarung jubah yang dia idamkan, aku turut membelek baju yang aku gilakan tu. Tanpa sebarang pujuk rayu dari aku, my sayang bagi duit and suruh beli jubah dress tu. Wahh! gembira tak terkata masa tuh terus pilih warna silver and terus suruh adik tu amikkan saiz aku. haha gelojoh-gelojoh~ Rupanya dari tadi dia usha aku belek baju tu. Malunya~ Dalam masa yang sama my sayang jugak belanja mak jubah. Mak pun pilih warna kelabu sebabnya itulah kaler tema kenduri belah lelaki. Tenkiu sayang belanja kami, semoga rezeki awak bertambah-tambah. Awak tak pernah lupa akan saya and mak kalau ada rezeki lebih.
Selesai membeli kami pun pulang dengan senyuman yang paling manis sebabnya masing-masing dapat ape yang kami inginkan. hehe~ TARRRAA! Inilah baju yang aku tergila-gilakan sangat tuh. Kain sejuk design simple itu yang penting.