Byebye Dunia Blogger!

Assalamualaikum~

Dengan adanya entri ini, maka berakhirlah dunia blogger aku
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Buat sementara waktu oke. B I N G G O! terkene korang. Buat suspend kan tajuk entri dan ayat aku. Saje jeh nak bergurau dengan korang sebelum aku bercuti dari bekerja, secara automatiknya cuti jugak lah berblog. Almaklum lah di rumah tiada wifi or internet untuk mengupdate blog.

Mulai pada esok aku akan cuti kerja selama 2minggu. Haha. Lame kan, saje amik lelama terus pergi honeymoon di Cameron Highland pada 1/9/2014-3/9/2014. Dah penat bekerja dan simpan cuti. Sampai raya pun cuti sekejap je. Inilah balasan dari simpan cuti. Sekali 2minggu teruih aku apply. Nasib baik bos sporting. Tenkiu bos.

Oke, selamat bercuti dan beristirehat EINA. Haha. Boleh ke ucap kat diri sendiri? ahhh! peduli pulak haku. haha. Oke, byebye korang. Jage diri dan jage kesihatan ye korang semasa ketiadaan aku.

Bertuahnya~

Assalamualaikan wahai sahabat-sahabat sekalian..

Aku ni asyek buat entri kisah cintan cintun aku je kan. Haha. Hade AKAKKK kisah? macam diva tak? kehkeh~ Well.. hati berbunga plus bahagia sebab itu lah memanjang buat entri cintan cintun. Lepas ni jarang lah berkarya di blog sebabnya dah sibuk dengan persiapan minggu terakhir majlis.

Berbalik pada tajuk asal. Apa yang bertuahnya? Gila hang tak bertuah dapat laki yang seboleh-boleh plus berusaha lebih semata nak capai hajat aku. Tapi tak berape hajat lah, more pada "TERINGIN". hikhik~
Al-kisahnya aku ni teringin nak merasa majlis malam berinai. Kenduri belah aku memang takde lah malam berinai atas sebab-sebab tertentu yang boleh diterima pakai. Harap belah MHS jeh lah. Lagi pulak kalau orang melaka yang sambut, memang HAVOC gua cakap lu. Dengan pakaian songkeknya, dengan mahkota tinggi atas kepalanya (apa namenye pun aku tak tau), dengan bunga apinya, dengan joget lambaknya, dengan segala dengan lah. Sungguh meriah ok. Tak tipu!

Pada mulanya memang tak nak buat majlis malam berinai sebab banyak menggunakan kos. Yela nak sewa baju pengantin untuk malam tu lagi, makan lagi, photographer lagi. Kan? Aku dah redha and boleh terimalah takde majlis malam berinai. Tup tup masa MHS berbincang sekeluarga. MHS ada menyuarakan hasrat aku ni hah (gedik sungguh abang ucuk kita ni, suka bocorkan rahsia kita tau) pada keluarga dia. Atas budi bicara MHS dan keluarga, semua pakat nak merialisasikan keinginan aku untuk buat majlis berinai. Sungguh terkesima sebentar bila apa yang diinginkan dapat direalisasikan. Terasa sungguh bertuah bakal dikurniakan sebuah lagi keluarga yang sporting plus memahami. Eina sayang chuols banyak-banyak tau.

Tenkiu yang tak terhingga pasa sayang saya, MHS dan keluarga sebab merealisasikan hajat untuk merasa malam berinai. Hehe. Sebab tu aku sayang MHS ni tak terhingga. Apa yang aku hajati atau inginkan mesti dia akan berusaha untuk realisasikan. Cuma cepat atau lambat je. Tenkiu sayang sebab selama hampir 3tahun hubungan kita ni, abang tak pernah kecewakan ayang. Bahagia yang tak terhingga tau dengan abang. Abang terbooekkk buat ayang. Semoga abang terus macam ni sampai ke anak cucu cicit dan hingga akhir nafas kita. Hehe~

Countdown!

Assalamualaikum wahai para sahabat..


Countdown punya countdown cepatnya lahai masa berlalu. Aku cuma ade masa kurang dari 2minggu untuk bergelar isteri kepada buah hati pengarang jantung aku (kemain ayat). Kahkah.

Disaat begitu hampir dengan tarikh yang dinantikan, macam-macam perasaan timbul. Risau dan gemuruh tuh tak usah dibicarakan, itu memang perasaan yang wajib datang saat-saat ni. Selain perasaan tu, timbul perasaan-perasaan lain contohnya selalu sangat pikir yang bukan-bukan plus pulak dengan kehadiran mimpi yang bukan-bukan, perasaan yang tiba-tiba rindu akan rakan-rakan seperjuang masa kolej, zaman sekolah, dan zaman-zaman lain yang pernah aku lalui lah.

Alhamdulillah persiapan pun hampir 70% dah siap. Yang penting, belah lelaki lebih pantas dari segi persiapan berbanding aku. Excited lebey ni mok! hehe.


Bersyukur tersangat-sangat anniversary kami tahun ni, kami sudah pun bergelar suami isteri (In Sha Allah). Hubungan yang terjalin selama hampir 3tahun nih, in sha Allah diakhiri dengan kebahagiaan. mihmih~ Hadiah anniversary kami tahun ni, Pre-honeymoon di Cameron Highland yang telah pun dibooking dari 1/9-3/9/2014. Kali kedua kami jejak ke cameron, Alhamdulillah. Yang kali pertama kami vacation bersama kawan-kawan yang lain. Pilih cameron sebab sesuai untuk lokasi berhoneymoon. Sunyi tenang semua ada. Tak sabar rasanya nak berholiday. Huhu~


Kau Buat Aku Tersenyum Berseorangan

Assalamualaikum..

   Alahai~ Bile baca part "RECENT" di FB rasa macam nak tersenyum jeh sepanjang hari. Bila tengok balik check in location di FB masa first time jumpa balik, baca komen-komen saat si sayang saya sedang mengayat, wall post masa mula-mula bercintan cintun, saat si sayang saya ni meluahkan isi hati die, Semua ni membuatkan aku rasa nak kembali ke sekitar "August'2011". Kebanyakkan kenangan kami di FB sebabnya FB lah tempat kami contact balik and FB jugak tempat kami berhubung. Sebab itulah kad jemputan belah lelaki bertemakan FB jugak. Bermula dengan berkawan, si dia lah banyak bagi tips, semangat untuk lupakan kepahitan dulu. Almaklum lah, saat tu aku baru dikecewakan. dye pulak hampir setengah tahun menyingle. So seniur kena lah ajar junior. Betul? Forget it about tu, kite berbalik pada tajuk asal. Haa~ kat bawah ni lah antara kenangan-kenangan yang dapat aku ambil. Jum layan~

Inilah conversation pertama antara aku and MHS. (mula2 dah kene "ngok". hakshakshaks)

Oke ini tektik lama oke kawan-kawan. Tektik nak mintak nom phone. Alahaii~ kecoh! (Harap maklum nom phone tu tidak lagi digunakan)

Ini pulak, check MHS kali pertama kami berjumpa bersama sahabat-sahabat sekolah yang lain.

Status ni sebenarnya dituju pada MHS. Mengayat nak bagi kasih sayang. Alahaii~~

Status nih pun dituju pada MHS, and MHS pun tau status ni dituju pada die. Nampak komen MHS, "nape taknak ade pape ngn die". Ini semua AYAT~~

Ini lagu yang pertama die tuju khas untuk aku masa mula-mula bercinta. Yang aku tak paham sampai sekarang, kenapa lagu anuar zain?? OMG! hahaha

 Antara Wall Post MHS ~> Me:







** To my best boy: How sweet you, abang~ walaupun kadang-kadang tu kite bergaduh, diduga dengan macam-macam dugaan, ayang tetap dengan abang. Ayang pulak kerap mintak putus, ayang termarah, termaki abang, percayalah ayang tak bermaksud untuk ni semua. Ayang buat ni semua untuk ajar abang. Tapi Alhamdulillah, saat ayang mintak putus, terikut emosi, abanglah yang banyak pertahankan hubungan kite. Saat kite jatuh, kite ade untuk satu sama lain. Turun Naik, Jatuh bangun abang and ayang kite tetap bersama. Ayang ingat lagi, saat ayang masih belajar dan abang pula sudah bekerja, abang selalu bagi ayang duit belanja. Hehe~ Ayang hargai tuh. Abang layan tekak ayang yang selalu sangat teringin nak makan itu ini. Tak pernah sekali pun abang tak layan tekak ayang. Abang hadiahkan cincin emas sebagai hadiah harijadi ayang. Abang buat ayang nak menangis tau time abang sarungkan cincin tu sebab tak pernah ayang rasa dihargai sebegitu rupa. Akmal cerita abang tak pernah bagi emas dekat mana-mana perempuan, bermakna abang betul-betul nakkan ayang. Akmal cerita abang ikat perut tak makan semata nak kumpul duit beli cincin emas tu. Ayang hargai sangat-sangat. And now, kurang lagi 3minggu kite akan disatukan. Ayang hargai segala pengorbanan abang untuk halalkan hubungan kite. Ayang tahu, abang banyak berkorban masa dan tenaga untuk berkerja semata-mata untuk majlis kite. Ayang nampak and ayang hargai sangat. Tak dapat ayang balas segala pengorbanan abang. Ayang hanya mampu berjanji akan jadi bakal isteri yang taat dan setia pada abang. Kite bukan cinta pertama antara satu sama lain, tapi kite cinta terakhir untuk satu sama lain dan ayang percaya cinta terakhir lebih bermakna dan berharga dari cinta pertama. Ayang janji abang cinta terakhir ayang, In Sha Allah~