Geram Dengan Suami

Assalamualaikum..


Ggggrrrrr! Geram sangat tau dengan suami. Geram bukan sebab HANGEN, ni geram sebab comel plus sweet sangat tau. Tak bagi chance langsung isteri awak ni untuk merajuk. Ada je suami akan buat untuk pujuk aku contohnya macam ni lah.

Al-kisahnya, semalam aku merajuk-merajuk manja kononnya (gedikkan). Hakhak. Satu hari merajuk dengan suami (Kesian suami). Balik dari kerja, suami call mengatakan dia balik awal plus nak belanja tengok movie cerita hantu. Siap suruh aku buat pilihan movie "The Rooms" atau "oiuja". Yang mana aku penggemar cerita-cerita hantu ni (Nampak cara dia pujuk). Alih-alih bosan duduk ofis, aku search lah cerita "NOW SHOWING". Terjah punya terjah, berkenan dengan cerita "Love, rosie" yang merupakan best selling novel 2004 (Where Rainbows End) baq hang. Terus suruh suami booking cerita tu pukul11 malam.

Sesudah beli tiket, Suami terus amik aku di Ofis. Sampai dekat rumah mentua, macam biasa kami balik mesti mak mentua dah siapkan minum petang (Rajin tau mak mentua aku). Selepas minum, macam biasa aku akan basuh pinggan dan kemas dapur. Haa~ dah lepas kemas, aku terus masuk bilik untuk mandi dan solat. Terkejut saiitt bila masuk je bilik kat atas katil ada hadiah dan note yang tertulis "Maafkan abang jika abang tak sempurna. Maaf kalau tulisan tak cantik.. hehe." Comel jeh ayat suami. Aku terus keluar bilik untuk dapatkan suami. Masa tu mulalah suami acah-acah tengok TV sambil sengeh. aku terus pegi dekat suami dan cubit suami. Mak mentua dah gelak-gelak. Geram tau, suka buat surprise kalau isteri dia ni merajuk. Perasaan saat tu, Allah je tau. Sampai ke bilik air, senyum masih tak hilang.

Beruntung sangat dapat suami macam ni. Isteri merajuk sikit terus buat surprise, romantiknya tok sah cerita, memang romantik plus manja tersangat-sangat. Tak pernah marah walaupin sikit dekat aku selama 3tahun lebih perkenalan kami. Dari mula-mula berkawan hingga ke berkawin romantik, kasih sayang, layanan suami tak pernah berkurang pada aku malah makin bertambah-tambah aku rasa. Tekanan kerja macamana pun, mesti gurau dengan aku tu tak dilupa. Bahagia, bersyukur tak terhingga dikurniakan suami sebegini. Alhamdulillah Syukur Ya Allah~

No comments:

Post a Comment