Positive!

Assalamualaikum..


Syukur Alhamdulillah.. Gembira tak terkata aku dan suami bila lihat keputusan Urine Pregnant Test (UPT) ni. Aku ambil langkah dua kali check. First test, masa balik dari beli UPT ni. Ektuali tak jangka nak test time tu jugak. Tangan tiba-tiba gatal nak test. Hameek! naik 2line terus. Second test aku buat pagi tadi, sebabnya apa yang aku belajar nursing dulu, Specimen paling accurate masa awal pagi. So, lepas subuh, terus check dan keluar result yang sama. 

Orang pertama melonjak confirm lah aku, tak menyempat terus melonjak dalam bilik air. Kedua melonjak haruslah suami terssyang. Tergamam kejap suami. Kikiki (kelakar jeh tengok muka dia). Siap bagi warning jangan buat itu ini. Alahaii suami. Suami cakap patutlah tiba-tiba nak shopping baju baby. Kuad instinct baby terhadap mummy nya. Haha. Sesungguhnya, aku memang tak jangka pregnant.

Bila bagitahu dekat family aku, semua bagitahu dah tahu lama sebabnya tengok cara aku makan masa berweekend di rumah ibu, lain macam sangat. Damn! nampak nau semua perhatikan aku menambahkan. Hampeh -,-

Family belah suami pulak, aku serahkan 100% pada suami untuk bagitahu. So far, tak bagitahu lagi. Nak tunggu confirm kan dengan doktor dulu, baru bagitahu.

Pape pun, aku dan suami happy tak terkata. Hanya tuhan jeh tahu betapa gembiranya kami.





Hobi Baru

Assalammualaikum..

Haa~ Korang jangan terkezutt atau acah-acah terkezzuutt pulak ya kalau aku cakap apa hobi baru aku ni. Agah pelik dan boleh mendatang syak wah sangka terhadap aku. Kihkih~ bukan jeh orang lain pun pelik, suami aku pun turut pelik plus syak sesuatu. No no no! sentap hati nyah nanti. Almaklumlah, dah masuk 3bulan mendirikan rumah tangga, pabila orang menanyakan hal pregnant ni, hati mudah sentap pulak. Belum ada rezeki untuk berbaby atau Mungkin baby nak tunggu mummy and daddy dia honeymoon puas-puas dulu kot kan (always think positive bak kata suami). kihkih!

Oke back to our topic. Al-kisahnya, tiba-tiba sejak seminggu dua ni, hati cepat sangat tertarik dengan baju-baju baby. Almaklumlah, fashion baju baby sekarang ni cute-cute bebenor. Cair hati mak noks bila melihatnya. Mulalah otak ni memikior nak buat koleksi baju baby sendiri. Bukan untuk dijual ya, untuk koleksi sendiri. Bila mintak pendapat suami, alhamdulillah suami sokong 200%. Suamiku ini ape je yang dia tak sokong dengan ape yang aku buat. Semuanya sokong belaka. Yang geramnya, suami siap tanya "Hobi memasak sayang tu macamana? dah tak suka memasak, kuruslah abang nanti". Comel jeh ayat suami saya ni. Hobi memasak tetap jadi hobi pertama pujaan hati. Cuma nak tambah lagi satu jeh. Boleh kan gitu?

Oke, bercerita tentang koleksi ni. Aku baru ada satu(1) koleksi. Koleksi yang pertama, aku beli secara online di Facebook "Fadzlina Abdul Aziz". Aku tahu facebook dia menjual pelbagai jenis barang baby pun dari group facebook "Barang baby murah". Berpinau sait bila melawat album barang baby puan fadzlina ni. Banyak yang memikat hati kecil ini plus cantik-cantik pula tu. Dari baju sehinggalah barang keperluan baby semua ada dijual. Akhirnya, naluri kewanitaan aku ni cair pada baju bercorak leopard. Apa lagi terus grap dan buat payment. Gelojoh tak iols? hakhak!

Tarraa! Inilah koleksi pertama aku.

Item: Buster brown Leopard spots kitty 2pcs Romper set. 
*Good quality and comes with hanger.
Material : Cotton.
Size: 0-3m,3-6m, 6-9m.
Normal Price : RM35 + RM6 (Postage)
Promotion Price: RM30 + RM6 (Postage)
Facebook: Fadzlina Abdul Aziz (Jom terjah)

P/s: Tak sabar untuk beli koleksi kedua dan seterusnya.