Scan 3D @ Putra Medical Centre, Sungai Buloh

Assalamualaikum...

Al-kisahnya hari ni tak plan pun untuk pergi scan baby. Tengok pagi tadi bila kejut suami bangun untuk pergi kerja macam tak bersemangat lansung, terus ajak suami pergi Putra Medical Centre (PMC) untuk buat appointment scan. Terus bersemangat bersiap suamiku. Pasal baby, memang automatik suami akan bersemangat.

Bila pergi kaunter cakap nak buat appointment scan, terus nurse tu offer buat hari ni jugak katanya doktor tengah tak banyak patient. Dengan pantas tanpa berfikir, suami terus jawab "OK, Scan hari ni". Excited tau daddy awak ni, baby.

Bila masuk bilik pemeriksaan tengok doktor lelaki, Dato Dr Zarul lagi tu. Kerlasss kau nak. hakhak. Banyak jugak aku dengar cerita pasal Dato Dr Zarul ni. Semuanya komen Dato Dr Zarul ni bagus orangnya. Dapat pulak dia scan, bertuah rasa. Besar nanti jadi macam Dato Dr Zarul tu tau baby. Yang penting masa scan, suami pun ade tengok. Wahh! First time daddy tengok awaklah baby.

Masa scan baby sangat aktif ok. Kompius mummy and daddy. Kejap kaki dekat belah kanan. kejap kang pusing belah kiri dalam posisi duduk. Sampai doktor kata "dah macam ahli gimnastik". Kata doktor lagi baby agak songsang tapi takpe masih awal lagi untuk decide apa-apa. Kemungkinan baby akan berpusing sendiri nanti. Yang penting doktor nasihat supaya jangan berurut, biar baby sendiri yang pusing automatik. Bila dengar doktor cakap baby sihat, tersenyum daddy & mummy. Paling tak sangka doktor cakap baby agak besar. Kata doktor baby kuat makan ni. Dalam hati mummy duk kata "Tengok badan daddy dia sudah lah". Patutlah kaki mummy dah mula membengkak, baby berat rupanya. hihi

Jantina pulak? Agak meleset seperti mana yang kami suami isteri agak. Tapi tu tak penting, lelaki ke perempuan ke tetap anak daddy & mummy. Tak gitu daddy? Padahal mummy dah seronok gila dapat geng makeup plus geng melawa. hihi. Mohon jangan cemburu yer daddy. Yang penting dan paling penting mummy and daddy dah boleh start beli barang baby sikit-sikit. Nak beli sekali semua nanti, terasa pulak duit keluar macam air. Ohh! i loikkeee shopping. Ok lastly, nak belanja gambar scan baby sebagai kenangan untuk di tatap akan datang.

**membesar dengan sihat yer sayang. Mummy and daddy tak sabar menunggu kelahiran awak. iloveyou! muah muah!

1 comment:

  1. terima kasih banyak atas testimonial ye , boleh refer www.3d-4d-scan-malaysia.com atau www.bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia untuk latest package ye ... kalau tidak jumpa muka baby FREE , jantina tak nampak free untuk 22minggu keatas , REFUND kalau jantina salah .. guarantee services ye ... 2d detail scan , 5d scan>> HDlive juga available di ampang , boleh refer kat facebook untuk latest update sonographer bertugas termasuk miss jezzlyn, miss celynn, miss shanice , miss ada , miss irene di facebook >> https://goo.gl/53vyFG ... cuba klik link ni ye.. sebarang masalah semasa booking online sila sms 0176202933/0164383366 (SMS sahaja) , book sahaja bayar semua lepas scan.

    ReplyDelete