Assalammualaikum,
Hi, macam yang aku janji kan. Aku akan update tentang sambutan anniversary kami. hehehe. Semalam balik kerja
MHS jemput. Dia masih taknak bagitahu apa nama restaurant tu. Sebab kata dia. Dia sendiri tak tahu nak bawak aku dinner dekat mana sebab dia ada 2pilihan. pilihan yang pertama kedai yang akan dia bawa aku ni. And lagi satu restaurant atas tasik. Katenye. Aku cakap, biar aku yang pilih (cehh! orang nak belanja, aku pulak yang pilih kedai mana erk. Demand betol aku ni). hahaha. First kedai, kami pergi ke Istana Bamboo Restaurant. Lokasi sekitar Ampang Jaya. Bila dah tengok kedai ni dari luar, aku terus pilih kedai ni untuk dinner. Rambang mata katakan. haha
Dari luar macam ini lah keadaan restaurant tu. Sangat menarik hati. Kan? yang membuatkan aku tertarik dengan restaurant ni sebab semua dekorasi diperbuat daripada buloh.
Oke. Yang ini pula laluan untuk masuk ke ruang utama restaurant. Jangan tak tahu, Jalan tu diperbuat dari buloh jugak tau. Bila kami lalu walkway ni, macam tak kukuh pun ada. sebab berbunyi bunyi. haha. Mungkin sebab aku jalan dengan MHS kot. Berat dia je dah berapa pulak kan. haha. takde lah. Itu gurau. (bie, jangan sentap sangat eh)
Bila anda lalu walkway tu, disebelah kanan anda. Terdapat satu kolam kecil ni. Kecik tak kecik jugak lah kan. Cantik ok. Dalam kolam ni banyak ikan-ikan. Ikan ape, jangan tanye den. Den failed sikit nama-nama ikan ni. hehee
Masuk jeh bahagian ruang utama restaurant, inilah yang terlihat oleh mataku. macam "blink blink" sikit. Bukan blink blink sebab nampak emas or duet oke. Ini blink blink sebab terlampau terpesona(Wahh! ayat aku) haha. Cantik + romantik. kan?
Masuk-masuk jeh, Si MHS pilih tempat untuk duduk dekat bawah. Ala ala kampung gitu kan. Duduk berselimpuh kata orang orang tua. hahaha. Dah order makan, aku rasa macam tak best pulak nak duduk dekat situ. Sebab lokasi agak gelap untuk aku nak tangkap gambar. Maklum lah, Handphone aku takde flash. So, aku ajak si MHS untuk bertukar tempat. Dia pun layan kan aje aku. kahkah.
Kami pun bertukar lah ke bahagian sini. Hehe. Best ape. Selesa pun selesa. Pandangan tepi ala ala taman sikit. huhuhu. Si MHS nih acah2 poyo membaca. Padahal cover macho. hahahaha. (Jangan marah eh bie, semalam dah mintak maafkan) huhu
Sebelum makan yang di'order sampai. Mari bergambar dulu. hehe. Ini lah pujaan hati kita. hehe (gedik kejap) Tak handsome? kisah pulak den. Yang penting sedap mata aku memandang. Tapi kalau dah hari-hari pandang, tak berapa nak sedap gak ah. hahaha (itu gurau kasar. Jangan marah eh bie.)
Haa, siapakah awek cun melecun ni? Haruslah aku. haha. (aiceehh! perasan yek) Pic aku harus lah lebih sikit. Blog aku kan. hahahahha. Dan.......
TARRAAA! inilah kami. hehhee. Sweetkan. Tahu dah. Korang tak cakap pun, aku dah tahu. haha. **Paling penting dalam pic ni, jam pink akakk and tangan MHS (Peace gitu)
Selepas 5min macam tu duduk, air yang kami order pun sampai. Aku order air chocolate ice (My favret is chocolate) and MHS order sky juice jeh. Bajet bajet takut kencing manis. hehehe.
After 10min, baru lah makan yang kami order sampai. haa... jangan tertelan air liur pulak. hehe. ni MHS yang order "KAILAN WITH SALTED FISH". Dah ade darah tinggi pun, still nak makan masin-masin. Kene ceramah ringkas secara free of charge ngn aku. haha. Yang tak boleh blarnye, aku rasa ikan masin dia. dah betul-betul masin. Si MHS boleh cakap ikan masin dia, kurang masin. Hampeeehh pakcik sorang nih. haha.
Yang ini pulok, "DADAR EGG WITH PRAWN". Rasa macam telur dadar biasa. Yang membuatkan ianya lain sebab tambahan udang jeh. hehe.
Oke yang ini terBAIK dari ladang "TOMYAM with CHICKEN". rasa dia perggghhhx! Sangat melalaikan. haha. Pekat dan sungguh PERFECT. haha. nak rasa macamana "KAW"nya. Maii lah datang Restaurant ni.
Ini aku yang pilih. hahahah. Ini lagi ahh nikmat. Nikmat dunia ke5 pada aku. haha. Sedap gila weyh. Nama dia aku tak berapa nak ingat. Yang aku ingat ini lala masak thai apa entah. hahaha. Ini aku pilih saiz besar untuk 4-5orang makan. Padahal yang makan 2orang je. MHS kurang siket makan lala. So, yang menjadi DBKL'nye. Aku lah. haha.
Inilah susunan dan gabungan makanan kami. hehhe. Aku syorkan korang cuba lah makan dekat tempat ni. Sangat berbaloi dan puas hati. Harga not bad. Total semua RM80.95. Haa,, Berbaloi kan? Kenyang pun kenyang.
Sebelum balik round the world dulu. huhu. Ini kolam. Agak besar jugak lah kolam ni. Nunn sana tu, boleh duduk-duduk. Kot lah kalau nak beromantik. Pergi lah sana. Tapi dah malam. Dengan keyakinan diri pun takde. So, Tangkap gambar je lah.
Ini gambar terakhir kami sebelum pulang. huhu. Thankyous pada kakak yang tolong snapkan pic kami ni. Jasa akak, kami hargai sangat-sanat dan tak mampu kami balas. huhu
Thankyous pada my buah hati, MHS sebab belanja makan. Iloveyou and will always love you. Jangan marah ehh ayat-ayat dekat atas. I gurau. Takde gurau senda, tak best lah kan. And, For information u'all, Baju yang MHS pakai tu. Hadiah anniversary dari aku khas untuk MHS. Nampk MHS tough kan? hahaha. Sebab apa putih? Sebab itu warna kegemaran aku.
*P/s: Jum ramai-ramai try kedai ni. Best.......