kahwin cara islam atau kahwin cara melayu?
kisah perkahwinan muda , kalau yang sedang bercinta tu cepat2 lah ye kahwin
kahwin cara ISLAM; bukan cara MELAYU :
alkisah di ceritakan oleh si isteri :
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan
untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah
kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin.
Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis,
kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran
yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu
tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya
tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai
diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara
Melayu; bukan cara Islam.
Saya perempuan lulusan ijazah, saya
ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap
dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri
bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang
paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju,
pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik
lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel,
dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh
upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak
perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
"Seganlah. Nanti orang kata apa."
"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin
jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit
anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling
kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos
ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu
bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih
terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli
rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan
malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut
saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan
bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan
lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia.
Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri.
Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar
dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih
seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri,
kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami
berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham
maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego
lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin
jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan
bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan
kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu
melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.
Assalamualaikum... alhamdullilah. bertemu jodoh yang baik. bahagia babe lepas kawin. hehehhee :)
ReplyDelete*entri yang bagus ni, boleh buka mata mak bapak semuaaa
haha. betul betul. susah lah babe,poning palo pk bajet nak kawen. ektuali kawen senang, p sesetengah pihak itu. memberatkan perkahwinan.
ReplyDelete