Shopping dan terus shopping.

Assalamualaikum..

Shopping dan aku memang tak dapat dipisahkan. Tapi tak tahu kenapa shopping online jugak yang menjadi pujaan hatiku ini. Walaupun, husband puas bawak jalan pergi Downtown Cheras, Danau Kota Stapak, Uptown Kota damansara pun takde yang berkenan melekat dihati. Alih-alih ketagih shopping sangat terpaksa usha online shopping pulak. Tup tup.. HAMEK! sekali 5 parcel sampai rumah ibu dalam masa seminggu. Punoh punoh~

   First parcel, sampai hari khamis minggu lepas. Parcel ni special sikit sebabnya first time aku beli baju bundle. Means, baju secondhand lah senang cerita. Mula terjebak dengan barang preloved ni sejak join group FB "Let Go Preloved : Blouse, Beg, Kasut, Tudung @ Aksesori". Jangan terkejut kat situ ramai yang melelong barang mereka serendah rm1. Yang bagi secara free pun ada, cuma kena bayar kos postage sahaja. Memandangkan aku dah mula berhijab, so aku lebih focus pada baju yang berlengan panjang. Aku sempat shopping 2 baju ni je, yang mana satu baju jatuh RM5 sehelai. Total untuk 2 baju RM10 dan owner offer free postage untuk belian 2 item keatas. Bajunya pun masih berkeadaan yang sangat baik dan masih cantik lagi. Pada mulanya takut jugak nak beli dalam group sebabnya ada sesetengah pembeli ditipu oleh penjual, duit dah di"bank in", tapi sehingga sekarang barang yang dijual tak sampai-sampai. Alhamdulillah, empunya baju pun sangat jujur, baik hati (sebabnya siap bagi free gift tudung-tak sempat nak capture gambar), dan peramah orangnya, Suliana Md Sohod namanya. Tenkiu dear untuk baju yang sangat cantik, layanan yang sangat perfect dan free gift.


Inilah bajunya, cantikkan?

   Ok beralih pada parcel kedua, parcel kedua aku beli tudung. Tudung glitters warna hitam dari Empunya FB "Zafirah Zainoddin". Sangat cantik, dan kainnya pun sedap. Yang penting, besar dan kain sejuk. Empunya FB nya pun sangat peramah.

Tarra! inilah tudungnya. Cantik tak? kihkih~

Ok parcel ketiga dan keempat, tudung(again) dan baju kemeja. baju kemeja dan tudung ni aku tergoda di Instagram @kakaibapublika. Sayangnya, aku beli asing-asing. Dah rugi kos postage disitu. Lagipun, stok baju kemeja masuk lambat. Disebabkan rasa sangat berbaloi, rasa rugi tu tak lah terasa. Tudung aku beli jenis kain satin. Aku sangat gemar kain jenis satin sejuk. Design pun simple. Aku pilih warna coklat @ warna gelap, sebabnya senang matching dengan apa pun warna baju. Baju kemeja pula aku pilih warna putih, Almaklumlah, warna favret iols noks. Hehe. Kain jenis bergetah, Cutting pun ngam, kainnya pun sejuk tak tebal. Layanan sangat ohsem. Hehe


Lastly, aku beli jeans. Jeans bundle bernilai RM50 termasuk kos postage. Aku beli di Instagram @beautifulldania. Alkisahnya, setiap jeans sis ni post, cepat nau soldout. Nampak sangat TERLAJAK LARIS kan? ada jugak ter"frust" 2/3kali. Tapi rezeki menyebelahi aku beli aku usha pagi pagi buta. Hamek! jeans punya pasal. Aku terus booking melalui whatsap. Bila sis ni balas "STILL AVAILABLE" aku punye melonjak, husband je tahu. Terkejut husband dari mimpi yang indah katanya. Sorry sayang, excited lebih isteri awak ni. Hehe. Pagi tu jugak terus online maybank2u, terus transfer. Sampai sis tu cakap lajunya bank in. Aku ni jenis kalau nak dapatkan something, aku akan buat bersungguh-sungguh sampai aku dapat. Dah dapat baru aku puas hati. Sampai jeh parcel terus try, ngam ngam dengan aku. Fuhhx! berbaloi aku jadi gila. Ade longar sikit bahagian peha. Tapi tak mengapa, ketat-ketat nak pergi mana ark. Marah husband nanti. Hehe.

See! tak ke cantik tu? ni yang buat aku menggila sat.


**Next tengah tunggu parcel dari cik "Zafirah Zainoddin"Aku beli tudung lagi. hakhak~ Jangan marah nah~~ tak sabar nak tengok tudung kali nih. hehe
Kali ni aku order WS09 & WS16

Rindu~

Assalamualaikum..


Mak~ Eina rindu mak. Hurmm. Itulah dia, dah terbiasa berkepit (duduk sebumbung) dengan mak. Bila berpisah kejap, jadi rindulah pulak. Inilah mak kedua merangkap mak mentua aku, Tijah ataupun dikenali sebagai Mak Jah (name glamour gitu). Mak mentua paling sporting, baik plus manja hokey. Jangan tak tahu ok, mak ni lah satu-satunya insan yang panggil MHS, ADIK. Mula-mula dengar agak kelakar tapi masuk akal lah sebabnya MHS anak bongsu mereka. Mak sangat baik dengan aku ok. Since first time jumpa dia, dia dapat agak aku ni GF kepada MHS walaupun di'intro' sebagai KAWAN. Kahkah! Bila mak tahu kami bercintan cintun, dialah satu-satunya insan yang tak percaya dan sering bertanya pada MHS "Betul ke eina nak dekat kau, dia cantik.". haha~ Kan comel tu. Mak mak~ sebelum mak hantar rombongan merisik pun, dia masih bertanyakan benda yang sama pada MHS. haha. Haa~ sebelum terlupa. Kali kedua aku jumpa dengan mak, uols know what? Dia dah gelarkan diri dia "mak" pada aku. How sweet you,mak. Itu yang asyek kena bahan je dengan MHS. "Menantu pilihan" lah, "Menantu Kesayanganlah" lah "GF pujaan hati" lah. Kononya tanda dah KOMPOM jadi menantulah tu. Kuat membahan si gendut saya ni. Tenkiu mak, ayah sebab terima eina dari dulu sampai sekarang. Eina akan jage amanah mak pada eina. Sayang mak dan ayah! Sebelum tu, MUAHHHX! eina kirimkan kiss tanda rindu untuk mak. Hehe

Tuju Lagu

Assalamualaikum~


Malaikat by Hazama

Chorus:
Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

*Pagi petang berlumba
Terkejar-kejar masa
Cuba bina istana untuk hidup bersama
Berkelip-kelip mata paksa diri bekerja
Tapi lebih ku rela lihat senyumanmu

Ini sahaja ku mampu demi menjaga kamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu

Ulang Chorus

Benar ku menyedari kini ku menghadapi
Segala yang ditakdirkan untuk hidupku
Maafkanlah diriku kerna melukakanmu
Terpaksa ku melangkah pergi
Meninggalkan kamu

Ini sahaja waktuku di dunia menjagamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu

Ulang Chorus

Sampaikanlah rinduku padanya
Agar dia sentiasa sempurna
Bawalah cinta kita
Terbang bersama ke syurga


*How sweet you, sayang. U know what sayang. Since Firstday kita bercinta, awak tak pernah berhenti main tuju-tuju lagu pada ayang tau. Dah banyak sangat sayang lagu awak bagi. Semuanya penuh dengan makna and yang paling penting i love it. Hari-hari awak buat ayang jatuh cinta pada awak. Alahaii~ nasib baik awak takde depan mata. Kalau ada, dah lama kena gigit dengan gigi taring ayang ni. Setiap kali lagu yang abang bagi, ayang akan masukkan dalam entri supaya ayang tak lupa. Itulah gunanya diari kedua. Kan? Antara lagu yang abang bagi ayang #Penghujung Cintaku #Sahabat #Sedetik Lebih #Berdua Bersatu #One in a Million #Nyanyian Rindu Buat Kekasih #Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta. Itu jeh lah KOT? kan? Haha. Ayang pun tak berapa nak ingat. Ngee~ Papepun, tenkiu and iloveyou!

Have a safe Journey, Abang.

Assalamualaikum..

Take care and have a safe journey, abang~

Alahaiii~ baru 3minggu 3hari mendirikan rumahtangga, dah cik abang kene hantar outstation. Selepas berkahwin, ini kali kedua cik abang kene outstation ke Johor Bharu. Kali pertama balik hari sampai sanggup bertolak 2 3pagi dari Johor Bharu semata-mata tak sanggup tinggalkan wife dia ni beradu sorang-sorang. Tapi kali ni, cik abang terpaksa bermalam di Johor Bharu hingga 3-4malam. Agak berat jugak dia nak tinggalkan bini dia ni. Tapi dah tugasan kerjakan nak buat guano. Hadapkan aje. Aku dah paham sangat dengan kerja cik abang. Outstaion memanjang ke Utara, Selatan, Sabah dan Sarawak. Pernah masa tempuh bertunang, dalam sebulan tiap-tiap minggu ke Johor Bharu. Kerja demi mencari rezeki yang halal, aku izinkan je.

Banyak jugak pesanan dia sebelum bersalam. Akan ayang ingat pesan-pesan abang tu yer. Kalau lepas berkahwin ni duduk dengan keluarga mentua. Bila cik abang outstation ni, secara automatik aku akan duduk dengan ibu (merangkap ibu kandung aku). Mak mentua siap pujuk duduk dengan dia masa cik abang outstation, siap offer nak hantar dan amik aku di office. Tapi aku tolak, bukan tolak sebab ape. Tolak sebab taknak menyusahkan mereka. Pada aku, mereka dah cukup baik. Sorry mak~

To my lovely husband jaga diri baik-baik, jangan lupa makan bila tiba waktu makan, Jage solat jangan tinggal solat, drive carefully jangan rushing-rushing dan yang paling penting, jangan lupa isteri kesayangan awak ni ye. hehe~ iloveyou, loveyoudamnmuch!

Untukku Darimu..

Permata Untuk Isteri by Kopratasa
Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri…
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

*Sungguh sentap hati ini bila suami nyanyikan lagu ni ketika majlis belah lelaki,7/9/2014 "khas buat isteriku yang tersayang" katanya. Sebak terharu semua ada. Tenkiu abang sayang intan payung.

Terima Kasih, suamiku~

Assalamualaikum..

   Alhamdulillah sepanjang hampir 3minggu bergelar isteri kepada Mohd Haidir Bin Samat a.k.a MHS, aku rasa beruntung tersangatlah sangat. Dia bagi makan pakai yang cukup. Tengok kaki aku pakai gelang tali je. Dia belikan rantai kaki silver. Walaupun hanya silver sekadar rm50++ pun aku rasa cukup berharga sebabnya aku sendiri tak belikan untuk diri sendiri semahal itu. Tengok pula tangan aku kosong tanpa jam. Dia belikan aku jam. Bukan jenama mahal tapi harga rm40-rm50 tu tak lari. Aku sendiri beli jam untuk diri sendiri rm10-rm20. Hikhik. Bila cerita pasal duit, terus hulur duit. Ya Robb, bersyukur plus berterima kasih tersangatlah sangat atas kurniakan aku suami yang sangat pemurah plus penyayang orangnya. Apatah lagi dengar aku sakit kepala dan demam. Tanpa cakap apa-apa teruih heret aku pegi klinik sungguh pun aku tak suka makan ubat, dia paksa jugak. Alahai sayang~ terharu saya.

Jam yang simple tapi sungguh elegant. Love it!

** Sekadar penceritaan. Tak ada niat riak atau apa, sebabnya aku suke bercerita walaupun benda tu sekecil kuman.

Alahaii Nenek~

Assalamualaikum.

Hi korang. Alhamdulillah~ masuk hari ini dah 2minggu 5hari aku bergelar isteri. Indahnya bercintan cintun dalam hubungan yang halal ni. Bak kata suami "kalau tau kawen seronok, dari sekolah lagi dah ajak sayang kawen". Hamboiii ayat awak sungguh manis, wahai suami. hehehe~

Oke kali ini tak nak bercerita tentang rumahtangga aku. Kalau bercerita tentang rumahtangga, ayat yang paling banyak keluar ialah SUNGGUH HAPPY dan SANGAT BAHAGIA. kali ini nak bercerita tentang nenek kesayangan aku yang dah hampir seminggu kena tahan ward disebabkan tulang peha patah kerana terjatuh. Alahaii~ kesian sungguh pada nenek aku ni. Dah lah kecik molek, jatuh pulak. Dah jatuh, patah pulak tuh. Kesiannya~ In Sha Allah pada hari jumaat minggu ni, nenek akan menjalani operation dimana doktor pakar akan memasukkan besi bagi menggantikan tulang nenek yang patah. Semoga nenek cepat sembuh. Kakngah and haidir sentiasa love nenek so so ketat! hehe


Aku Terima Nikahnya..

Assalammualaikum..

    Setelah hampir 2minggu cuti bekerja, dan secara automatiknya cuti berblog. Fuhhhx! Dengan bangganya aku menarik nafaz lega kerana semua majlis berjalan dengan lancar dan jayanya. Alhamdulillah, saya Amalina Binti Mohd Azhari sah menjadi isteri kepada Mohd Haidir Bin Samat dengan sekali lafaz pada 29/8/2014. Terror noh husband ceq nih. Mana taknya, 2hari sebelum msjlis nikah aku diamkan diri dengan tak contact langsung encik husband saya ni. Sian dia duk mesej "aku terima nikah Amalina Binti Mohd Azhari dengan mas kawennya rm*** tunai". Dah macam hape dah aku gelak tengok gelagat encik husband ni. Siap mengadu dekat member aku, aku diamkan diri. Kononnya takut aku lari. Haha. Laka laka toi husband saya ni. Takde maknenya saya nak lari sayang uitt. Alhamdulillah jugak 5/9/2014 genap hubungan kami menjadi 3tahun. Alahaii~ cepat jeh masa berjalan. Tup tup dah 3tahun. Takde celebrate apa-apa pun, sebabnya masa tu busy merewang untuk majlis belah lelaki. Jum layan sait PHOTO GALLERY yang dapat kami snap sepanjang hari berbahagia kami:

Majlis Akad Nikah 29/8/2014:


Pelamin indah kami


Muka bahagia selepas berjaya lafaz nikah dengan sekali lafaz.

Sesi pembatalan air sembahyang


Gadis-gadis menawan belah husband.


Family ateh@jojo yang owes bikin suasana menjadi havoc. Haha


Family mentua. Iloveyouols!


Ok. One happy family at home. Inilah family tersayang aku.


Lastly.. Tarrrraaaaa! Husband and wife! Yiippiii!

Leklu.... Ada lagi.....

Majlis Sanding 31/8/2014:

aku and husband. iloveyoutillJANNAH, my dear husband.


Tuhdiakk! 2pengantin. Hehe


Budak budak exclassmate yang havoc plus unite. Friend forever and iloveyouols!


Tenkiu sayangku BFF sheeda @ ciku jadi pengapit i. Tenkiu jugak to my lovely niece and BFF mushu and anis jadi flowergirl aku. Havoc sayang sayang saya ni semua.


One big plus havoc family at home. 


Ini namanya selfie pengantin. Kahkah~


Tenkiu for coming my dear BFF plus kawan nakal nakal. Mereka lah kawan, merekalah kakak, merekalah abang, merekalah adik, merekalah mak, merekalah ayah sepanjang 3tahun setengah belajar di SEGi University.


Sesi outdoor I


Sesi outdoor II. 

Ada lagi.......

Majlis Bertandang Belah Lelaki 7/9/2014:


Baju adat orang melaka baq ang. Ade lagi hat atas, lepas sesi merenjis, terus aku mintak bukak sebab terlampau pening menampung berat baq ang.


Tarraa! Cinta hati, pengarang jantung aku.


Tuhdiakk! Pakat main tepung sesudah majlis selesai. Adat orang melaka, menyambut orang baru. Kalau tak main arang. Sib bek arang dah cuci siap siap. Main tepung ler kite.

JENG1 JENG! JENG!!!

Honeymoon Time 1/9/2014-3/9/2014 @ Cameron Highland:


Hotel kami Copthorne Hotel, Brincang. Aku kasi 5star!








Sempat singgah Lata Iskandar di Tapah. Satu hala menghala pulang ke Kuala Lumpur.

Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga pada ibu, ayah, mak mentua, ayah mentua yang menjadi orang kuat sepanjang majlis kami. Segala pengorbanan anda, tak mampu kami balas. Terima kasih jugak pada adik beradik aku dan adik beradik ipar yang jugak merupakan orang kuat majlis. Terima kasih berbanyak-banyak. Pada pakcik-pakcik, makcik-makcik, sepupu, sedara, tak kira belah aku ataupun belah MHS yang banyak membantu dalam majlis, ribuan terima kasih eina ucapkan. Pada wedding planner kami, Syamil Jefri Bridal dan Kesuma Jiwa Bridal, tenkiu for both pelamin and makeup yang ohsem. Pada photographer plus sahabat dari zaman sekolah rendah Syahirah Roslan tenkiu teramat sangat capture segala moment yang cantik and sweet yang teramat sangat pada majlis kami. Pada katering and penduduk Fasa 3 (merewang) untuk makanan yang sangat sedap sangat. Pada kawan-kawan yang hadir terima kasih sebab memeriahkan majlis kami. Pada yang mendoakan kebahagiaan kami dari mula hingga ke tahap ini, terima kasih banyak-banyak. Sesungguhnya jasa kalian semua tak dapat eina balas. Tak lupa pada my husband. Berbanyak-banyak terima kasih sebab bekerja keras tuk realisasikan majlis ni, tenkiu atas kasih sayang, abang jage sayang dari dulu sampai sekarang, layan kerenah sayang, dan segala-galanya lah. Terima yang tak terhingga yer abang. Sayang sayang abang. And eina Sayang korangs semua!