Assalamualaikum..
First parcel, sampai hari khamis minggu lepas. Parcel ni special sikit sebabnya first time aku beli baju bundle. Means, baju secondhand lah senang cerita. Mula terjebak dengan barang preloved ni sejak join group FB "Let Go Preloved : Blouse, Beg, Kasut, Tudung @ Aksesori". Jangan terkejut kat situ ramai yang melelong barang mereka serendah rm1. Yang bagi secara free pun ada, cuma kena bayar kos postage sahaja. Memandangkan aku dah mula berhijab, so aku lebih focus pada baju yang berlengan panjang. Aku sempat shopping 2 baju ni je, yang mana satu baju jatuh RM5 sehelai. Total untuk 2 baju RM10 dan owner offer free postage untuk belian 2 item keatas. Bajunya pun masih berkeadaan yang sangat baik dan masih cantik lagi. Pada mulanya takut jugak nak beli dalam group sebabnya ada sesetengah pembeli ditipu oleh penjual, duit dah di"bank in", tapi sehingga sekarang barang yang dijual tak sampai-sampai. Alhamdulillah, empunya baju pun sangat jujur, baik hati (sebabnya siap bagi free gift tudung-tak sempat nak capture gambar), dan peramah orangnya, Suliana Md Sohod namanya. Tenkiu dear untuk baju yang sangat cantik, layanan yang sangat perfect dan free gift.
Inilah bajunya, cantikkan?
Ok beralih pada parcel kedua, parcel kedua aku beli tudung. Tudung glitters warna hitam dari Empunya FB "Zafirah Zainoddin". Sangat cantik, dan kainnya pun sedap. Yang penting, besar dan kain sejuk. Empunya FB nya pun sangat peramah.
Tarra! inilah tudungnya. Cantik tak? kihkih~
Ok parcel ketiga dan keempat, tudung(again) dan baju kemeja. baju kemeja dan tudung ni aku tergoda di Instagram @kakaibapublika. Sayangnya, aku beli asing-asing. Dah rugi kos postage disitu. Lagipun, stok baju kemeja masuk lambat. Disebabkan rasa sangat berbaloi, rasa rugi tu tak lah terasa. Tudung aku beli jenis kain satin. Aku sangat gemar kain jenis satin sejuk. Design pun simple. Aku pilih warna coklat @ warna gelap, sebabnya senang matching dengan apa pun warna baju. Baju kemeja pula aku pilih warna putih, Almaklumlah, warna favret iols noks. Hehe. Kain jenis bergetah, Cutting pun ngam, kainnya pun sejuk tak tebal. Layanan sangat ohsem. Hehe
See! tak ke cantik tu? ni yang buat aku menggila sat.
**Next tengah tunggu parcel dari cik "Zafirah Zainoddin". Aku beli tudung lagi. hakhak~ Jangan marah nah~~ tak sabar nak tengok tudung kali nih. hehe
Kali ni aku order WS09 & WS16
No comments:
Post a Comment