Nur Qayra Qasandra Binti Mohd Haidir


Assalamualaikum..

Tarrraa! ini lah anak gadis aku yang selalu buat aku melting sesangat~


Aku rasa bloglah tempat paling lambat aku war-warkan al-kisah anak dara ni (Sorry -_-). Al-maklumlah, sejak jadi mak-mak ni, Automatik busy 24jam plus kemalasan untuk menaip mula menguasai diri. huahua.

Bermula  pada tanggal 27hb Sept 2015 (cehh! ayat aku~), orang lain yang rasa aku nak bersalin. Tapi aku tak macam nak bersalin langsung. Achano? huahua. Alkisahnya, masa aku nak kejutkan laki aku untuk sembahyang maghrib sama-sama, tiba-tiba aku rasa macam pinggang aku tergeliat. Rasa sakit tu tak berpanjangan and jangka masa sakit tu pun hanya 2-3saat. Then, aku saja mengadu dekat mak mentua aku pinggang tergeliat (acah-acah manja), dah mak mentua aku cakap aku dah nak bersalin. Terus kelam kabut dia ketuk pintu bilik air yang mana laki aku time tu fefeeling tengah mandi tu supaya cepat. Sementara tu, aku yang dekat dalam bilik yang disuruh bersiap untuk dibawa ke hospital oleh mak mentua aku tadi, tercengang terkaku. huahua! Saat tu, memang aku yakin 100% aku belum nak bersalin sebabnya satu tanda pun tak turun menjelma. haha

Bila sampai di Putra Medical Center, laki aku kelam kabut amik wheelchair untuk bawa aku masuk. Yang aku duk bebel, aku boleh jalan. haha. Masuk-masuk, nurse tanya aku dah berapa minggu kandungan (time tu aku dah 37weeks 4days). Then, dorang tanya lagi, ada turun tanda seperti air ketumban pecah or turun darah tak. Dengan selamba aku jawab "takde". Bila aku jawab takde, mula lah dorang abaikan aku buat aku macam takde sebabnya dorang anggap kes tak serius. Kecik hati kite. Hampir 30min aku tunggu baru dorang tolak aku pergi untuk buat CTG contraction. Hampir 1jam jugak menunggu dorang monitor contraction, akhirnya, aku dibenarkan pulang sebab contraction tak kerap. TIBA-TIBA, time menunggu suami aku amik kereta, dorang terjerit panggil aku. Katanya doktor mintak periksaan bukaan laluan. Tersentap kejap aku bila diseluk. huahua. Tup-tup, dorang cakap aku kene admit sebabnya laluan dah bukak 3cm. Hameekk kau! terkejut jugak aku time tu. Mana tak terkejutnya, takde tanda tiba-tiba dah buka 3cm. Time tu aku dah mula kagett wey. Selawat tak putus-putus dalam hati ni. Susah hati plus cuak pun ada. Nasib baik husband pilih bilik executive, bilik sorang. So boleh lah husband tunggu. Siap ade katil untuk husband tidur lagi tu. Curlass kau! Malam tu, aku rasa, laki aku yang tidur paling nyenyak siap berdengkur lagi. Yang aku tak boleh tidur, risau menanti hari esok. hahaha!

Keesokan paginya pukul 9am, Doktor Ratna masuk check lagi bukaan laluan. Katanya masih 3-4cm. Time tu juga dia mintak untuk pecahkan air ketumban aku yang tak pecah-pecah tu. huahua. Bila dia pecahkan air ketumban, Ngilu bila dia masukkan alat panjang tu (aku pun lupe ape nama alat tu) hanya ALLAH jeh tahu. Bila air ketumban dah pecah, nurse dah start bagi ubat untuk berak supaya perut aku dikosongkan.

Beberapa jam lepas tu, bermula lah fasa sakit contraction. Sakit contraction tu tak dapat aku gambarkan. Sakit sesakitnya. Sepanjang sakit contraction suami tak henti-henti baca doa macam-macam, sampaikan sempat suami bacakan ayat yasin untuk aku. Terima Kasih Abang. Alhamdulillah, suami, ibu dan mak mentua sentiasa ada disisi sepanjang fasa contraction. Tenkiu Suami, ibu dan mak kerana pinjamkan tangan untuk saya genggam ketika contraction datang.

Tepat pukul11.30 nurse datang lagi untuk check laluan. Aku bajet mungkin bukaan baru buka dalam 4-5cm. Tup-tup nurse bagitau aku dah kene ready untuk tolak ke labour room. Perasaan time tu hanya tuhan jeh tahu. Takut ada, sakit ada, semuanya ada. Time dalam labour room, suami dibenarkan untuk teman sepanjang tempuh melahirkan. Sepanjang dalam labour room, setiap seminit aku mintak husband air. Nasib baik nurse baik hati sediakan air untuk diminum.

Tak lama lepas tu, nurse check lagi bukaan. Hamek kau, laluan terus bukak 9-10cm. Kelam kabut nurse prepare peralatan untuk bersalin. Beberapa minit lepas dorang check bukaan, aku mula rasa nak meneran membuang teramat sangat. Yang aku sibuk nak pergi toilet (huahua). Tapi nurse suruh aku teran jeh dekat situ. Kata dia, tu bukan nak membuang tapi baby dah nak keluar.

Alhamdulillah, 3kali teran, baby pun keluar. Betul kata orang masa gunting tu tak rasa apa-apa. Yang aku punyalah takut sakit gunting. Bila time gunting, memang tak rasa apa-apa babe. huahua~

Tepat jam 12.25 tengahari, aku selamat melahirkan baby girl seberat 2.9kg. Baby keluar jeh, dorang mintak husband aku azankan baby. Sementara aku kene tunggu untuk dijahit. Jahit tu paling aku takut jugak. Nasib baik husband memahami aku, husband mintak aku dibiuskan time jahit. So, time jahit memang aku tertidur plus tak rasa apa-apa. Sedar-sedar jeh, nurse dah nak tolak aku masuk ke bilik wad. Ngelat sungguh aku ni. hahaha!

Begitulah secara ringkas yang tak berapa ringkas sepanjang pengalaman bersalin aku. Nahhh~ aku belanja wajah anak gadis tercinta kami ni yang diberi nama Nur Qayra Qasandra oleh ayahandanya. huahua. Nama drama petang-petang sangat tau daddy keyya ni bagi.




35 weeks

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bersyukur saat ni masih dapat merasa alam ibu mengandung. Indahnya tak terkata baq ang. Alhamdulillah hari ni genap memasuki 35weeks. Alahaiii, cepat nau masa berlalu. Makin excited rasanya kami suami isteri nak jadi mummy and daddy.

Third trimester ni memang banyak menguji tahap kesabaran. Lagi pulak berpuasa dalam keadaan sarat ni. Alhamdulillah setakat hari ni baru dua (2) hari tergelincir. Itupun dah terlampau hypo sangat. Masa checkup 32weeks, hb aku agak abnormal, turun habis hb aku. Nasib baik sangat rapat dengan regular nurse tu, so boleh gelak-gelak lagi. Aku rasa kalau orang lain, dah kene marah dah. Last week checkup 34weeks pun, hb makin rendah. Nurse yang biasa aku checkup tu dah mula kaget. Tapi aku chill lagi boleh sengeh-sengeh. Almaklum lah, aku ni memang ade history hb low, so tak pelik lah if sekarang pun hb low. Dah 2kali checkup hb low, nurse terus refer doktor. Doktor pun terpaksa naikkan dose zincofer aku dari sehari sebiji ke sehari 2biji. Dan pesan siap-siap, kalau rasa nak pengsan, berpeluh yang banyak, terus refer hospital.

Masuk jeh 35weeks ni, kaki pulak mula bengkak yang teramat sangat. Kesian husband tiap-tiap malam buat part time job jadi tukang urut. Baik husband kita ni. Nanti saya belanja baju raya yer. Hihi. Ramai mommy-mommy yang berpengalaman cakap kaki bengkak tanda menunggu hari. Termasuklah mak mentua pun cakap benda yang sama. Aku mulalah jadi kaget. Bukan kaget sebab ape, kalau boleh bagi lah cukup 9bulan. Kan? tiap saat aku duk pujuk puteri kami ni supaya jangan keluar lagi. Cakap pasal puteri kami, masyaALLAH.. lasak sungguh puteri ni dalam perut. Kalau boleh dia keluarkan kaki and siku dia time gerak tu, aku rasa dia dah keluarkan kot. Sampai daddy dia pun scary tengok perut mummy dia time die bergerak. Macam nak tertembus kaki, lutut, and siku dia. kadang-kadang tu, aku sendiri rasa geli hati tengok and rasa pergerakan dia. Jelas sangat kelasakannya. Indah tau rasa tu. Tak sabar nak jumpa dengan awak, sayang.

Alhamdulillah, barang baby and mummy untuk bawak ke hospital semua dah ready depan pintu rumah. Senang apa-apahal daddy awak terus capai je. Barang baby yang lain pun, dah settle. Tenkiu daddy banyak keluar duit untuk baby and mummy. Ibu and ayah aku pun tak nak kalah dalam persediaan keperluan baby. Excited dorang nak sambut cucu kedua mereka ni.

Time berpantang nanti semua kami dah decide, aku akan berpantang dirumah ibu n ayah aku di Paya Jaras. Saat menunggu hari untuk bersalin pun, aku decide untuk stay rumah ibu dan ayah aku. Aku dan suami mula bercuti awal bulan8. Senang apa-apahal suami ada depan mata. Kan? Haihxx.. makin nervous pulak time naip entri ni. Hihihi. Mana taknya, Tak sampai sebulan jeh lagi nak berjuang. Doakan agar semua dipermudahkan yer wahai kawan-kawan.

Nahh, mak buyung belanja pic kaki mak buyung yang terlajak bengkak tu.

Ke Bandung Kita Yukk!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sejak mengandung ni banyak pulak rezeki yang datang. Sujud syukur kami sekeluarga. First sekali dapat berita gembira suami dapat bonus plus dinaikkan gaji dan pangkat, Tahniah daddy! Beberapa minggu lepas tu, dapat pulak berita gembira aku dinaikkan gaji. Bukan dinaikkan gaji je ok, dapat pulak honeymoon berdua dengan suami ke Bandung yang mana ditaja penuh oleh big bos aku. Orang tua-tua cakap, rezeki jangan ditolak (BETUL TAK?). Pergi bandung pulak tu, syurga bershopping kot. Ralat betul kalau ditolak. Dari flight pergi dan balik, hotel sampai ke duit poket rm2juta rupiah, semua bos sediakan. Cepat-cepat aku and husband buat passport (gelojoh gelojoh). hihi.

Nak dijadikan cerita, aku ni tak pernah naik flight ke luar dari negara ( Pity ME T_T ). Tambah pulak ni first time honeymoon dengan suami keluar negara, lagi bertambah-tambah gelojoh aku tu. Hihihi. Kami ke Bandung selama 4hari 3malam, bermula dari 10hb May-13hb May. Sampai je kat sane, big boss dah bayar siap-siap supir untuk ambil kami di airport bandung. Wahhh! dah macam ape dah siap bersupir-supir bagai. Supir tu jugaklah yang akan bawak kami jelajah satu bandung. Wahhhh! best best!

Hotel pulak big boss bagi hotel bertaraf 4bintang di Prama Grand Preanger, Bandung. Tengok gambar-gambar dari En.Google memang cantik hotelnya. Tambahan pulak, bos aku pernah menginap dekat hotel ni sebelum ni. Katanya breakfast kat hotel ni memang terbaik. So, akan aku hayati hidangan breakfast kami nanti. Hahaha. Untuk pengetahuan korang, aku ni penggemar breakfast di mana-mana hotel. Pergi vacation mana-mana pun, aku laki bini memang takkan missed amik pakej breakfast. Haha.

Apa-apa pun, semoga aku diberi kesihatan dan tenaga yang baik sepanjang berada disana. Al-maklumlah, berbadan dua ni, banyak kemungkinan boleh terjadi. Salah satu kemungkinan plus kompom terjadi, cepat penat plus cepat mengah. Almaklumlah, bawak perut kan. Pahem pahem ler. Hihihi. Sebelum say tata, Jum cuci mata amik mood ke bandung dulu. Jangan Maree~~

Tiket Flight Kami laki bini.

Hotel Prama Grand Preanger, Bandung.

Duit poket yang bos bagi. Berkepuk bak ang. Nasib baik Rupiah, Kalau dolar........ haha

Newborn Pink Starter Set Avent

Assalamualaikum..

Hi kengkawan, apa khabar semua? harap semua sihat hendaknya. Hari ni iols excited sikit. Almaklumlah parcel baby kita selamat sampai kat office. Cepat dan pantas baq ang pihak BabyAizone Avent (Avent and Tommee Tippee) proses order. Kelmarin petang bank in, Pagi ni dah sampai. Bila received jeh parcel ni tadi, hati tak berhenti bersyukur atas kejujuran seller online. Disebalik seller online yang rancak menipu, ade jugak yang jujur dalam berniaga.


Ini lah hasil shopping online di page "BabyAizone Avent". Berbaloi baq ang. Merata duk survey harga set starter newborn jenama avent ni. Kebanyakkan harga around RM165 and above. kecewa jugak mula-mula, siap dah tukar angin nak try jenama lain. Merajuklah kengkonon. Pirrrahhhhh~ haha. 

Dah lame sebenarnya like page "BabyAizone Avent" ni kat facebook, tapi baru kelmarin nak terjah page dia (Pity me T_T ). Sekali jelajah, makk'oiitt! rambang mata. Harga jauh berbeza satu, banyak pilihan lagi plus banyak design botol avent yang cantik-cantik. Dan dan tu jugak call husband mintak permission untuk beli online. Bila husband approved jeh, terus pilih tak banyak cakap. Hihi, gelojoh mummy awak ni dik. Itulah hasil dari first time terjah. Set starter newborn tu harganya RM133. Kalau kat shopping mall tu mau rm165++, itu pun dapat warna putih. Yang botol kecik cinonet tu pulak rm48. Tambah RM7 untuk postage, So total Rm188, after diskaun dapatlah rm185 (include postage). Murah kan? Ape lagi jum ramai-ramai terjah page "BabyAizone Avent".

Detail "BabyAizone Avent":

Instagram: @babyaizone

DENIS CHAIRIS - TAKUT KEHILANGANMU

Akan ku jaga kisah cinta kita
Jangan pernah ada hati yang terluka
Sungguh ku takut jika engkau jauh
Karena aku takut kau berpaling dariku

Ku takut sungguh takut, takut kehilanganmu
Jangan pernah kau pergi, pergi meninggalkanku
Ku takut sungguh takut, takut kehilanganmu
Jangan pernah kau hilang, hilang dari cintaku

Jangan ada dusta di antara kita
Karena ku tak sanggup hidup tanpa cintamu
Ku takut sungguh takut, takut kehilanganmu
Jangan pernah kau pergi, pergi meninggalkanku
Ku takut sungguh takut, takut kehilanganmu
Jangan pernah kau hilang, hilang dari cintaku

Sampai rambutku memutih, sampai nafasku terhenti
Cinta ini kan tetap abadi

(Ku takut sungguh takut, takut kehilanganmu)
(Jangan pernah kau pergi, pergi meninggalkanku)
Wooo ku takut sungguh takut, takut kehilanganmu
Jangan pernah kau hilang, hilang dari cintaku
Ku takut sungguh takut, takut kehilanganmu
Jangan pernah kau pergi, pergi meninggalkanku
Ku takut sungguh takut, takut kehilanganmu
Jangan pernah kau hilang, hilang dari cintaku

Ku takut kehilanganmu.




*Note: Lagu ni dituju khas dari suamiku yang tercinta untuk aku. hihi. Tenkiu bagi lagu yang sungguh bermakna ni. IloveyoutillJannahDaddy.  

Scan 3D @ Putra Medical Centre, Sungai Buloh

Assalamualaikum...

Al-kisahnya hari ni tak plan pun untuk pergi scan baby. Tengok pagi tadi bila kejut suami bangun untuk pergi kerja macam tak bersemangat lansung, terus ajak suami pergi Putra Medical Centre (PMC) untuk buat appointment scan. Terus bersemangat bersiap suamiku. Pasal baby, memang automatik suami akan bersemangat.

Bila pergi kaunter cakap nak buat appointment scan, terus nurse tu offer buat hari ni jugak katanya doktor tengah tak banyak patient. Dengan pantas tanpa berfikir, suami terus jawab "OK, Scan hari ni". Excited tau daddy awak ni, baby.

Bila masuk bilik pemeriksaan tengok doktor lelaki, Dato Dr Zarul lagi tu. Kerlasss kau nak. hakhak. Banyak jugak aku dengar cerita pasal Dato Dr Zarul ni. Semuanya komen Dato Dr Zarul ni bagus orangnya. Dapat pulak dia scan, bertuah rasa. Besar nanti jadi macam Dato Dr Zarul tu tau baby. Yang penting masa scan, suami pun ade tengok. Wahh! First time daddy tengok awaklah baby.

Masa scan baby sangat aktif ok. Kompius mummy and daddy. Kejap kaki dekat belah kanan. kejap kang pusing belah kiri dalam posisi duduk. Sampai doktor kata "dah macam ahli gimnastik". Kata doktor lagi baby agak songsang tapi takpe masih awal lagi untuk decide apa-apa. Kemungkinan baby akan berpusing sendiri nanti. Yang penting doktor nasihat supaya jangan berurut, biar baby sendiri yang pusing automatik. Bila dengar doktor cakap baby sihat, tersenyum daddy & mummy. Paling tak sangka doktor cakap baby agak besar. Kata doktor baby kuat makan ni. Dalam hati mummy duk kata "Tengok badan daddy dia sudah lah". Patutlah kaki mummy dah mula membengkak, baby berat rupanya. hihi

Jantina pulak? Agak meleset seperti mana yang kami suami isteri agak. Tapi tu tak penting, lelaki ke perempuan ke tetap anak daddy & mummy. Tak gitu daddy? Padahal mummy dah seronok gila dapat geng makeup plus geng melawa. hihi. Mohon jangan cemburu yer daddy. Yang penting dan paling penting mummy and daddy dah boleh start beli barang baby sikit-sikit. Nak beli sekali semua nanti, terasa pulak duit keluar macam air. Ohh! i loikkeee shopping. Ok lastly, nak belanja gambar scan baby sebagai kenangan untuk di tatap akan datang.

**membesar dengan sihat yer sayang. Mummy and daddy tak sabar menunggu kelahiran awak. iloveyou! muah muah!

For You, MHS

Assalamualaikum


By choosing you, I chose happiness for life,
Am so glad to be your wife,
You are the best thing happened to me,
Beyond you, There is nothing i can see,
ILOVEYOU, MHS ;)


Sahabat.

Assalamualaikum..

When we first talked to each other
I knew we would always be friends.
Our friendship has kept on growing
And I'll be here for you to the end.

You listen when I have a problem
And help dry the tears from my face.
You take away my sorrow
And put happiness in its place.

We can't forget the fun we've had
Laughing 'til our faces turn blue.
Talking of things only we find funny
People think we're insane-If they only knew!

I guess this is my way of saying thanks
For catching me when I fall.
Thanks once again for being such a good friend
And being here with me through it all.

16 minggu!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bersyukur sesangat masih dapat merasa nikmat "Ibu mengandung". Hari ini genap 16minggu usia kandungan. Jangan tak tahu dah masuk "Second Trimester" ok. Cepat betul masa berlalu.

Alhamdulillah jugak sepanjang 16minggu usia kandungan ni, tak banyak alahan yang aku alami. Dengar cerita alahan geng-geng mom-to-be yang lain, seram teman dengornya. Ade yang sanggup berhenti kerja sebab tak tahan dengan alahan yang diterimanya. Pendek kata tak dapat fokus kerja lah. Bab mengidam, alhamdulillah setakat ni mengidam benda yang mudah daddy cari. Bagus anak mummy ni. Hakhak!

Hal kesihatan memang aku tak dapat nak control. Selsema, sakit pinggang, kaki cramp, pening kepala, pedih ulu hati memang dah jadi BFF since berbadan dua ni. Nasib baik daddy dia ade, membantu jugak dalam urusan urut mengurut. Sampai kadang-kadang tak suruh pun, daddy buat jugak. Baik daddy awak ni tau baby.

Checkup pulak macam biasa lah, sebulan sekali di Klinik Desa Paya Jaras. Walaupun ramai, terpaksa hadapkan jua. Hakhak. Alhamdulillah setakat ni semua under control. Berat badan pun masih terkawal dan tak perlu minum air gula. Tak dapat aku bayangkan macamana reaksi tekak kalau minum air gula. Paling best bila ketua jururawat puji bacaan HB aku cantik sangat iaitu 12. Katanya kalau bacaan cantik macam tu, penggemar sayuran hijau. Dalam hati dah mengekek ketawa "Bila pulak aku dan sayur bersahabat baik". Kalau nak tahu, aku ni bukanlah penggemar sayuran. Lagi-lagi jenis sayuran hijau. Memang "cannot go" orang jawa cakap.

Sekarang ni, tak sabar untuk scan 4D. Daddy tak sabar nak tahu awak boy or girl plus daddy tak sabar nak shopping barang keperluan awak. Over tau daddy ni~ Actually, mummy pun sama. hihi. In sha Allah Putra Medical Center (PMC) akan jadi port untuk scan sebabnya kata geng mom-to-be yang lain, di PMC ada sediakan pakar scan tersendiri dan pakar tu akan terangkan lebih lanjut tentang perkembangan baby. Ohh~ tak sabarnya mummy nak tengok perkembangan awak sayang.

Semoga anak mummy membesar dengan sihat yer sayang. Mummy dan daddy tak sabar nak jumpa awak. Ingat pesan daddy yang selalu daddy bisikan pada baby tu "jangan nakal kat dalam tu, kesian mummy. Semoga baby jadi anak yang baik".

My Endless Love

"Endless Love"

My love,
There's only you in my life
The only thing that's bright

My first love,
You're every breath that I take
You're every step I make

And I
(I-I-I-I-I)
I want to share
All my love with you
No one else will do...

And your eyes
Your eyes, your eyes
They tell me how much you care
Ooh yes, you will always be
My endless love

Two hearts,
Two hearts that beat as one
Our lives have just begun

Forever
(ohhhhhh)
I'll hold you close in my arms
I can't resist your charms

And love
Oh, love
I'll be a fool
For you,
I'm sure
You know I don't mind
Oh, you know I don't mind

'cause you,
You mean the world to me
Oh
I know
I know
I've found in you
My endless love

Oooh-woow
Boom, boom
Boom, boom, boom, boom, booom
Boom, boom, boom, boom, boom

Oooh, and love
Oh, love
I'll be that fool
For you,
I'm sure
You know I don't mind
Oh you know
I don't mind

And, yes
You'll be the only one
'cause no one can deny
This love I have inside
And I'll give it all to you
My love
My love, my love
My endless love

Done Booking!

Assalamualaikum..


Penat sungguh sabtu ahad bincang dengan geng-geng gemuk. Akhirnya berjaya jugak dorang buat keputusan. Sehari bincang memang takkan dapat buat keputusan. Sebabnya semua bukan muka serius untuk buat keputusan. Last-last aku jugak yang tersadai tidur sebab mengantuk sangat tunggu hero-hero buat keputusan.

Berjaya jugak plan kali ini untuk bervacation ke Langkawi beramai-ramai setelah sekian lama plan asyek tak menjadi. Alhamdulillah, in-sha-allah kali ni menjadi sebabnya masing-masing baru dapat bonus kan. Ayuh! menghabiskan duit di Langkawi.

p/s: honeymoon bersama yang halal banyak syiokk boleh fefeeling lebih. Acah-acah dalam cerita romantika gituu. Nak request untuk candlelight dinner pleaseee, suami (baby yang request). Hihihihi.

Sambutan Tahun 2015

Assalamualaikum..

Hi korangs! amacam sihat tak uols uols semua. Mesti ramai yang tak sihat kan? Al-maklumlah, sekarang memang musim demam, batuk dan selsema. Yang tak sihat tu, cepat-cepat makan ubat ye. Jangan dibiarkan sakit tu. Melarat nanti. Kepada yang sihat, alhamdulillah. Kekalkan jaga kesihatan uols tu.

Hari ini 9hb Januari 2015. Agak-agak masih belum terlambatkan untuk aku ucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru 2015". Semoga tahun ini membawa lebih banyak membawa kebahagiaan, keberkatan pada anda dari tahun yang sebelumnya.

Sorry lambat wish -_-. Al-kisahnya, aku ni baru keluar dari hospital ahad lepas. Setelah dari 30hb December 2014 aku dimasukkan ke dalam wad, akibat air dalam badan langsung takde (ilek), plus demam keep on/off. Tambahan aku masih first trimester. So, pihak hospital perlu ambil langkah berjaga-jaga dengan me"monitor" aku dalam wad.

First time baq ang celebrate new year dalam hospital selama aku hidup 25tahun ni. Alamak! dah 25tahun kah? kikiki. Apa-apapun bersyukur kerana aku dah pun discharge. Bosan baq ang 6hari duduk dalam hospital. Plus rindu tidur dekat bahu suami. Selama aku berada di Hospital, Suami, ayah mentua dan ayah aku sendiri turut demam. Alahai, kesian mereka turut demam. Bila keluar dari hospital, mak mentua pula demam. Musim~ Musim~

Keluar je hospital, macam-macam aku ngidam. Kesian suami melayan. Mengidam makan char kuey teaw kuang lah, mengidam nasi lemak sri buloh lah, mengidam nasi lemak antarabangsa lah. And semalam baru jeh lepaskan mengidam nak makan pizza. Hihi. Tenkiu suami layan saya makan itu ini. Tenkiu jugak pada family kandung yang tak pernah jemu layan diri ini seperti princess selama aku berada di hospital dan on MC. Bertuah rasanya dikurniakan keluarga seperti ini. Walaupun baru first trimester, tapi layanan tu tak ubah seperti menunggu hari bersalin. Tak bagi buat itu ini. Nak ape jeh, semua dapat. Sayangggg korang ketat-ketat!

Nak cerita tentang kandungan pulak. Alhamdulillah semalam 8hb Jan 2015, genap usia kandungan 9minggu. Pengalaman melalui fasa First trimester ni, sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Al-maklum lah, time ni lah mual-mual, alahan, muntah-muntah, perut sentiasa rasa kembong, pedih ulu hati, sakit pinggang dan saat inilah badan mudah dijangkiti pelbagai sakit. Alhamdulillah setakat ini, diri ini tak lah melalui apa-apa alahan dan muntah yang teruk. Muntah pun saat demam hari tu jeh.

Mula-mula tu ada jugak alahan. Alahan tak boleh tengok, masak, ataupun makan nasi. Kompom mual datang. Sejak demam dimasukkan ke dalam wad. Terpaksa jugak hadap nasi. Tak makan nasi kesian pula kat baby. Makan nasi pun, seciput jeh sampai saat ni. Takpe lah, asalkan makan kan?

Nak cerita pasal perangai pulak, cik abang mula perasan yang perangai aku ni macam lelaki -__-. Sampaikan suami dapat agak ini baby boy. Cara pakaian aku macam lelaki, makeup pun malas, tangan asyek nak membantai jeh (pukul manja ok), perangai pun macam lelaki kata suami. Alahai, aku pun tak perasan perubahan diri ini. Suami and mak mentua je banyak perasan. Boy pun, boy lah. Asalkan baby membesar dengan sihat. Bak kata suami, kalau boy, boleh tolong jaga mummy dia, kalau daddy dia outstation -__- kengkonon sangat tau suami ni.

Panjang pulak kan entri kali ni. Al-maklum lah, nak menaip pun sekarang malas. Sekali dapat menaip, hameekkk ang! berjela membebelnya >_<. hihi. Mehh nak belanja satu pic masa dalam hospital. Layankan aje~

Masuk air 4hari non-stop. Setiap 4jam tukar botol. darap 24jam(1hari). darab lagi dengan 4hari. memang betul-betul masuk air lepas ni >__<