16 minggu!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bersyukur sesangat masih dapat merasa nikmat "Ibu mengandung". Hari ini genap 16minggu usia kandungan. Jangan tak tahu dah masuk "Second Trimester" ok. Cepat betul masa berlalu.

Alhamdulillah jugak sepanjang 16minggu usia kandungan ni, tak banyak alahan yang aku alami. Dengar cerita alahan geng-geng mom-to-be yang lain, seram teman dengornya. Ade yang sanggup berhenti kerja sebab tak tahan dengan alahan yang diterimanya. Pendek kata tak dapat fokus kerja lah. Bab mengidam, alhamdulillah setakat ni mengidam benda yang mudah daddy cari. Bagus anak mummy ni. Hakhak!

Hal kesihatan memang aku tak dapat nak control. Selsema, sakit pinggang, kaki cramp, pening kepala, pedih ulu hati memang dah jadi BFF since berbadan dua ni. Nasib baik daddy dia ade, membantu jugak dalam urusan urut mengurut. Sampai kadang-kadang tak suruh pun, daddy buat jugak. Baik daddy awak ni tau baby.

Checkup pulak macam biasa lah, sebulan sekali di Klinik Desa Paya Jaras. Walaupun ramai, terpaksa hadapkan jua. Hakhak. Alhamdulillah setakat ni semua under control. Berat badan pun masih terkawal dan tak perlu minum air gula. Tak dapat aku bayangkan macamana reaksi tekak kalau minum air gula. Paling best bila ketua jururawat puji bacaan HB aku cantik sangat iaitu 12. Katanya kalau bacaan cantik macam tu, penggemar sayuran hijau. Dalam hati dah mengekek ketawa "Bila pulak aku dan sayur bersahabat baik". Kalau nak tahu, aku ni bukanlah penggemar sayuran. Lagi-lagi jenis sayuran hijau. Memang "cannot go" orang jawa cakap.

Sekarang ni, tak sabar untuk scan 4D. Daddy tak sabar nak tahu awak boy or girl plus daddy tak sabar nak shopping barang keperluan awak. Over tau daddy ni~ Actually, mummy pun sama. hihi. In sha Allah Putra Medical Center (PMC) akan jadi port untuk scan sebabnya kata geng mom-to-be yang lain, di PMC ada sediakan pakar scan tersendiri dan pakar tu akan terangkan lebih lanjut tentang perkembangan baby. Ohh~ tak sabarnya mummy nak tengok perkembangan awak sayang.

Semoga anak mummy membesar dengan sihat yer sayang. Mummy dan daddy tak sabar nak jumpa awak. Ingat pesan daddy yang selalu daddy bisikan pada baby tu "jangan nakal kat dalam tu, kesian mummy. Semoga baby jadi anak yang baik".

1 comment:

  1. Assalamualaikum.. alhamdullilah. jaga kesihatan baik2 babe. nanti jumpa kat kenduri jasz ye. hehehhe... aku pun skrg pergi pmc je kalau adam tak sihat. doc sana best :)

    ReplyDelete