Lanun Steak

Assalamualaikum..

 Aiiyakkkk! Gambar ini pasti membuatkan anda, anda dan anda diluar sana menelan air liur. Marilah beramai-ramai bersama menelan air liur. OMG! 

    Kalau dah mengidam, ini masalah yang bakal dihadapi oleh sang boyfie. kahkah. Sebabnya, dialah salah seorang yang suka layan mengidam aku ni. Aku ni perut jeh kecik, nafsu makan kalah si boyfie. Tapi, bila dah bawak makan seciput jeh makannye. Itulah yang selalu dikeluhkan si boyfie(sorry sayyanngg~). Oke, now nak bagitahu ni, ITU ADALAH FAVOURITE aku. Tahu FAVOURITE itu apa? favourite itu adalah kegemaran/Kesukaan. Ha,, siap penterjemahan aku bagi. kihkih. 

    "Lanun Steak" terletak disebelah bangunan tabung haji di Uptown Lama. Uptown lama dimana? di bangunan Tabung Haji tu lah. haha~. Di sebelah bangunan Tabung Haji tu akan ada satu foodcourt, dekat foodcourt itu lah terletaknya "Lanun Steak" ini. Korang tengok saje tagline dia "The Taste Can Kill u". OMG! memang betul-betul kill ok. Tak tipu.
    Last aku pergi masa bulan12 kalau tak silap, dengan sahabat dunia akhirat aku akmal, udin dan tidak ketinggalan kekasih pujaan hati, MHS. Tapi kuciwak sat aku apabila pergi niat nak makan lanun steak ni tidak kesampaian sebabnya kedai ni tutup. Betapa kuciwakknya aku sampai menungging. kihkih. Tapi serius babe, kalau korang dah biasa makan dekat Lanun Steak ni, Bila sampai tengok kedai ni tutup. Frust dia lain macam weyy.
    Paling sedap aku dah try is chicken grill dan fish&chip grill dia. Memang terbaik babe. Dari 5bintang, aku bagi 10bintang. kihkih~ Kalau order makanan grill grill, akan sampai dimeja uols dengan berasap-asap + panasnya. Perrgghhxx! Plus pulak kuahnya lagi. buurrrrrr.. tertelan air liur aku bercerita ni. kihkih~ Oke cakap pasal kuah, dia ada pilihan samada korang nak kuah lanun(yang warna putih) sahaja, kuah blackpaper sahaja atau keduanya. Tapi aku syorkan, amik kedua-dua sos. Memang terangkat gua cakap lu. Sure takkan menyesal. Itu bukan JANJI tapi PASTI..

*Korang HARUS cuba. Aku berani kerat jari kalau korang tak puas hati dengan kesedapannya.

Kau lah sahabat


Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

You're my sahabat, my sayang and my everything

*Susah senang, suka duka, pahit manis, turun naik tetap bersama. Itulah pengkuat percintaan.

First step to our big day

 hi, Assalammualaikum..
   Seperti yang dijanjikan. Hari ini aku nak bercerita tentang majlis merisik pada 25/1/2014. Dengan suka cita dimaklumkan, aku dah selamat di tanda hak MHS. Majlis yang cukup simple yang dihadiri oleh kaum keluarga aku dan MHS berjalan dengan sempurnanya. Alhamdulillah..
   Aku bangun seawal 7pagi untuk bersiap ke pasarmini(beli bahan menu majlis). Sebelum ke pasarmini kami berbincang terlebih dahulu sesama keluarga berkenaan dengan menu makan tengahari. Pada mulanya aku merancang untuk masak nasi ayam. Apabila dibawa ketengah, nasi ayam terlampau simple kate nenekku. Penghujungnya, nasi berlauk jugak yang menjadi pujaan. Oke, menu lauk yang kami pilih ialah ikan tenggiri masak kari, sayur campur, sambal tumis udang bersama petai, sambal belacan dan sedikit ulam ulam(kombinasi yang tersangatlah wallahhh).
   mula memasak seawal 9pagi. Nenek aku tukang siang dan potong bahan. Aku pula tukang memasak. Almaklum lah, majlis aku. So, aku lah kene bekerja keras sikit. Around 12.30 tengahari settle masak. Nasib baik ada kakak ipar, ibu dan adik adik dapat bantu mengemas bahagian ruang tamu dan meja makan. Aku pulak pergi bersiap. Sepatutnya majlis bermula pukul12, disebabkan salah faham sedikit, majlis dianjak pada pukul1.30(lepas zohor). Dan majlis bermula pada pukul2.30.
   Sesampai je mak MHS, jantung aku berdebar lain macam weyh. Almaklum lah, Kali pertama dirisik. Mak n ayah MHS datang ditemani mak ngah dan pakngah MHS. Majlis bermula aku diarahkan oleh nenek untuk berada didalam bilik. Aku apa lagi, bukak aircond sekuat kuatnya. Tapi telinga dok curi curi dengar. Tapi tak dengar pun(berapa banyak tapi pun tak tau lah). Aku serahkan 100% keputusan kepada ibu dan ayah aku.
   Selepas 30-45min kemudian, aku diarahkan untuk keluar. Tuhh'diakk, nebesnya memuncak. Almaklumlah, semua tengok aku. haha. Aku terus duduk disebelah mak MHS, dimana kerusi telah tersedia untuk menyarung cincin. Apabila dah sarung, dia punya lega ALLAH jeh yang tahu. hihi. Tersarung sahaja cincin dijari manisku, secara automatiknya aku menjadi tanda hak MHS. 
   Selesai berbincang, sesi menjamu selera pula. Jangan terkejut, mak MHS tambah sampai 2pinggan ok. Betapa sedapnya masakan aku(puji diri sendiri). kihkih. Almaklumlah, kombinasi terbaikk dari ladang pulak tu. Memang sedap lah ceritanya. Untuk pencuci mulut pulak, kami menyediakan buah buahan n cheese tart yang ditempah dari auntie haiza(homemade bakery). Sesiapa yang nak tempah cake atau berkaitan dengan cake, boleh tempah dengan dia. Aku berani jamin 100% sedap. Family aku dah jadi regular customer dia dah. Setiap sambutan hari jadi, kami order dengan dia. Khidmat penghantaran pun disediakan tetapi kawasan sungai buloh saje lah. Mak MHS pun puji kesedapan cheese tart dia, Siap suruh aku belajar buat. Demi bakal mak mentua, akan ku pelajarinya. kihkih.
   Dalam pukul4, mak MHS beransur pulang. Sebelum pulang kami bertukar buah tangan. Dari pihak kami, kami beri kek yang diorder dekat auntie haiza dan dari pihak MHS sebakul buah buahan dan kuih bahulu.
   Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan berjalan seperti yang dirancangkan. Syukur cinta yang disemai selama 2tahun 4bulan 2minggu 6hari dah berjaya ke first step untuk ke hubungan yang halal. Bersyukur sangat setelah pahit manis, suka duka dilalui bersama akhirnya dah diikat.
  
25/1/2014 - Merisik day
Sebelum majlis
Buah Tangan dari pihak MHS
Sewaktu cincin disarungkan
Amik berkat bakal mak mentua
"with this ring our lives will start swearing that we'll never part i offer what you cannot buy devoted love until we die"

Penghujung Cintaku..

Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini tlah ada yang miliki

Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku kan menyayangimu
ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri
 
Aku kan menyayangimu
ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu
 
Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
ku kan selalu disisimu seumur hidupmu
 
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu
seumur hidupmu
 seumur hidupmu
 seumur hidupmu 
seumur hidupmu....

*my gendutt introducing me with this song time mula-mula cinta berputik. Semperna melangkah ke first step to our big day, aku masukkan lirik ni as entri. Sweetest song :)

Penipuan

Hi, Assalamualaikum..
   Hari ini aku nak share sikit maklumat aku dapat dari sumber sumber yang boleh dipercayai. lately ni, aku banyak nampak orang duk post dekat facebook tentang link dari "The Weekly Pay". "The Weekly Pay" ni, satu bisness yang dibayar atas setiap orang yang klik link anda. Mungkin sekali Klik dapat dalam 10usd. Ada sesetengah yang betul, ok lah. Tapi yang tak betul ni, MasyaALLAH.. Menganiaya orang. Siapa yang dah terjebak dalam "The Weekly Pay". Maiii.. baca entri ni.
Ia memerlukan kita promote 1 link. Jika ada yang klik earning kita akan naik 10usd.. gillahh lah beb! 10 usd dengan sekali klik? siapa tak nak kan.. Mestilah berduyun-duyun yang register. Korang tak tau yang sebenarye.. Diorang hanya generate trafik secara percuma. bila korang nak cash out korang kena complatekan 1 servey. Pastu korang klik lah click here to open servey kan?
bila korang start jawab servey macam nie... kena jawab dalam 3-4 soalan..

Diakhirnya ia akan keluar seperti ini. Kamu kena isi no telefon.

  Bila kamu tekan continue kamu akan dapat nie

Kalau kamu teruskan juga. System akan potong kredit kamu. Pelbagai cara ia kan potong, antaranya mula-mula ON terus potong credit. Cara kedua bila ON tak potong tapi akan potong pada minggu berikutnya. Cara ketiga setiap sekali system hantar masej kepada telefon kamu , ia akan potong credit kamu. Satu masej tu ada lah dalam rm3. Dalam seminggu bukan satu masej. Ada juga cara keempat ia akan potong credit kamu ketika kamu nak STOP.. 
Oke, sekarang kamu boleh lihat macam mana ia menipu duit kamu.. 
Mesti ada yang cakap "Ala.. rm3 seminggu je kot. Kita dapat 300 usd. Cuba convert dalam rm.. Mau shoping 30hari tanpa henti." hehehe.. Tapi sebenarnya servey tu walau berkali2 korang jawab. Ia akan fail. Sedangkan yang kamu ON tadi dah start langgan secara automatik. Kalau kamu tak percaya cuba baca T&C kat atas tu..
  Mungkin pada yang baru nak berjinak dengan payperclick nie tak pernah lagi tengok  laman web seperti ini. Untuk pengetahuan anda lah kan.. sebenarya setakat yang saya jumpa dah ada 4-5 laman web sebiji macam ni. Cuma tukar nama je.. wall dia sama je..
Ayat pemanis kat atas nie memang ia tak kan tinggal.. hehe.
Kalau korang perasan lah. Tak ade pown ia suruh buat pengesahan akaun kan. Bermakna boleh buat banyak2 akaun lah. Betol tak? oke lah.. nie saya berkongsi sekadar pengalaman saya. Saya tak nak korang kena tipu. Dah lar kredit tinggal sikit, skali ia potong (menyesal tak sudah) Pada sesiapa yang dah dapat cash out. boleh inform kat saya ye..
**P/s: sekadar perkonsian. Selidik sebelum tertipu. Jaga uols, nowadays semua tak boleh dipercayai. Penipuan, penipuan dan penipuan..

Tudung...

Hi, Assalamualaikum..

   Hari ini aku nak nak berkongsi perasaan teruja plus gumbira. hihi~ Alhamdulillah minggu lepas aku ada usha beberapa bisnes online yang menjual kain tudung. Bukan main banyak lagi facebook/pages yang menjual kain tudung. Lawa-lawa pulak tu (Rambang mata sat). Memandangkan dalam pertengahan bulan(masa kemuncak poket kering), aku hanya beli 4 helai je. Alhamdulillah, syukrann~
   3helai daripada aku beli dari facebook yang bernama "Emma MrsRamadance Streets."(try lah search). Akak ni berasal dari Kota Kinabalu. Sudah berkahwin dan mempunyai 2orang anak(kalau tak silap). Menjual pelbagai jenis perfume berjenama reject, Suntikan Vit C, Refubee Ptretzel Cookies dan tudung. Alhamdulillah rezeki berkat niat nak bertudung tu, aku beli 3helai dengan harga RM20. Percaya atau tak? Yang pasti, Niat baik In Sha Allah, Allah bagi jalan, Allah bagi kesenangan. Betul tak? Walaupun nak clear stok, bersyukur sangat dapat beli tudung cantik tapi dapat beli dengan harga yang begitu murah. Semalam, selamat sampai tudung ni di rumah aku. Apabila aku bukak dan cuba, Alhamdulillah cantik dan tersangat lah puas hati. Terima kasih kak..
 
   Sehelai lagi ni pulak, aku beli secara online jugak. Almaklum lah, segalanya dihujung jari. Aku beli dari pemilik facebook yang bernama "Bie Amel II". Si gadis comel loteyy ni berasal dari Kuala Lumpur dan bekerja di Shah Alam. Menjual pelbagai jenis tudung, seluar, baju, alat makeup, product kecantikan dan lain lain. Kagum gillaahh dengan adik ni, muda-muda dah buat bisnes online. Kelmarin si gadis kecil ini post barang aku, Semalam dah sampai. Bila bukak, Wahhhh! terujanya.. Sangat cantik tudung satin ni. Sampai mintak adik ni tag aku kalau ade stok tudung satin lagi. Aku pilih warna ni sebab senang matching dengan apa warna. Betul tak? Tak menyesal beli tudung dengan akak dan adik ni.

P/s: Terima kasih atas sokongan kawan-kawan dan en. Boyfie dalam memberi saya semangat untuk memakai tudung. Tanpa korangs, aku takkan sesemangat ini.












4days to go..

Hi Assalammualaikum & selamat sejahtera uolss..

   Dipagi hari ni, aku nak berkongsi sedikit perasaan aku yang gundah gulana menunggu 25/1/2014. Nebess weyhh! Ada apa dengan tarikh tu? Sat na, bagi aku tarik nafas jap. Hihi. Oke, itu tarikh keluarga MHS datang merisik aku.
   Walaupun hanya merisik. Dia punya nebes, Allah je tahu. Almaklum lah, kali pertama keluarga MHS dan keluarga aku bertemu untuk membincangkan tentang hubungan aku dan MHS. Sebelum ni mereka pernah jugak bertemu, tapi bertemu dan berjumpa hanya sekadar berbual kosong. Kali ini bertemu untuk merisik aku, mahu tak nebes kawan. hihi. Kompom masa tu menggigil semacam. Siapa yang dah lalui keadaan sebegini mesti depa paham. Kan...
    Apapun, aku mengharapkan majlis tu berjalan dengan lancar. Semoga pertemuan ini akan menjadi pertemuan permulaan dalam penyatuan aku n MHS kearah hubungan yang lebih serius. In Sha ALLAH..
  

Projek New Year

Assalamualaikum & salam sejahtera..

   Alhamdulillah selesai satu kerja aku iaitu mencari kain untuk dibuat baju bertunang. Pada 1/1/2014, aku, MHS dan emak kepada MHS ambil masa setengah hari bershopping di Jalan Tun Abdul Razak. Dengan misi mencari kain untuk dibuat baju bertunang. 
   Nayyaa.. bak ang pergi shopping time public holiday. Kami keluar rumah dalam pukul2, tol sungai buloh punya lengang. Tetapi! jeng jeng jeng. Masuk je area Sogo jalan mula jem. Rupanya mungkin orang dah keluar dari pagi untuk bershopping. Sampai di jalan TAR, kami mengambil keputusan untuk meletakkan kereta di dalam bangunan Semua House. Alhamdulillah senang dapat parking. 
   Sesudah tu, kene lah berjogging sedikit untuk pergi ke Jakel. Dalam 10-15min bagi berjalan kaki dari Semua House. Masuk jeh pintu masuk Jakel. Tuhh diakk! ramai gillaa.. Almaklum ler semua tengah mengejar sales. Kebetulan kami datang ade sale awal tahun sehingga 4 atau 5hb Jan(kalau tak silap lah). Memeyy borong lerr.
   Masuk jeh, kami terus menuju ke tingkat 4 bahagian baju pengantin. Nak menuju ke tingkat empat mestilah melalui satu-satu tingkat. Berpinau sat mata aku. Perempuan pulak, memang time ini lah nafsunye digoda. Sampai ditingkat 4, kami dilayan oleh seorang kakak ni. Baik orangnya. Satu-satu jenis kain dia tunjukkan dan tak kalah dalam memberi pandangan. Siap bagi kami majalah pengantin lagi untuk memilih contoh baju. Good~
(Inilah mak MHS. Muka kami berkerut sila abaikan)
  
   Asalnya aku mencari kain warna turquoise. Tapi sayangnya untuk kain net, warna turquoise dah habis. frustt makk noks. Atas pilihan MHS dan emaknya, aku memilih warna baby blue. Cantikk whatt kan? aku amik kain plain and net. Sebab ape amik plain n net. Akhir entri ni korangs akan tahu.
 

   Haa,, ni baru nak cerita kenapa aku ambil kain plain dan net. Aku berminat dengan design baju bertunang salah seorang artis dalam Malaysia kita ni. Nampak simple sangat tetapi sangat lah cantik dan menarik. Kan? Ape pendapat korangs? Aku tanya mak MHS, dia cakap "oke sangat buat dress, senang". Cik abang pulak setuju senantiasa asalkan aku selesa. Bawah ni aku ada attach kan sekali pic design baju tu, korangs tengok ler..
 
 
   
   Sesudah selesai memilih kain baju tunang aku. Now, time melayan mak MHS pulak, Upah teman kami. Tuhh diakk, kami turun ditingkat "G", kebetulan ade lelong. Murah gilla, harga asal RM60-70 runtuh sehinggah RM20 sepasang. Tapi sayang, kainnye jarang. Hampir 2-3kali bertawaf di tingkat 1, Akhirnya mak MHS berjaya memilih 3pasang kain adalah dalam RM100. Sementara tunggu MHS pergi bayar, kami jalan-jalan lagi. Nasib baik aku berjaya melawan nafsu aku ni, kalau tak dah angkat dah sepasang kain. Cantik pulakk. Setelah selesai membayar, kami keluar dan meluru mencari makanan. Almaklumlah, dari pagi tak makan. Pukul5 settle beli kain, baru dapat peluang untuk makan. Memang pulun abis ler. hihi~
  Habis makan, kami sambung shopping di Semua House pulak untuk mencari baju nikah untuk hantaran sewaktu bertunang nanti. Itu pun, mak MHS yang tunjukkan kedainya. Kalau nak mengharapkan kami? memang kelaut ler. Katanya disitu jugak lah baju nikah kakak dan abangnya dibeli. Apa nama kedai, aku memang totally lupa. Bukan setakat lupa, tak tengok lansung. Gelojoh memilih punya pasaii. hihi~ Untuk baju nikah, aku dan MHS memilih warna krim. Warna putih dah biasa sangat. Tak salah bertukar warna. Sepasang baju perempuan, 3meter kain plain 2meter lace dan lelaki 5meter plain baru berharga RM159. Murahkan. Kain pun berkualiti. Layanan terbaikk. hihi~
   Selesai semuanya dalam pukul7 petang, Kami pun pulang dengan hati yang gumbira. Alhamdulillah.. selesai satu bahagian....

*Syukur alhamdulillah atas rezeki yang diberi kepada kami. Semoga Engkau permudahkan urusan seterusnya. Amiin~