35 weeks

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bersyukur saat ni masih dapat merasa alam ibu mengandung. Indahnya tak terkata baq ang. Alhamdulillah hari ni genap memasuki 35weeks. Alahaiii, cepat nau masa berlalu. Makin excited rasanya kami suami isteri nak jadi mummy and daddy.

Third trimester ni memang banyak menguji tahap kesabaran. Lagi pulak berpuasa dalam keadaan sarat ni. Alhamdulillah setakat hari ni baru dua (2) hari tergelincir. Itupun dah terlampau hypo sangat. Masa checkup 32weeks, hb aku agak abnormal, turun habis hb aku. Nasib baik sangat rapat dengan regular nurse tu, so boleh gelak-gelak lagi. Aku rasa kalau orang lain, dah kene marah dah. Last week checkup 34weeks pun, hb makin rendah. Nurse yang biasa aku checkup tu dah mula kaget. Tapi aku chill lagi boleh sengeh-sengeh. Almaklum lah, aku ni memang ade history hb low, so tak pelik lah if sekarang pun hb low. Dah 2kali checkup hb low, nurse terus refer doktor. Doktor pun terpaksa naikkan dose zincofer aku dari sehari sebiji ke sehari 2biji. Dan pesan siap-siap, kalau rasa nak pengsan, berpeluh yang banyak, terus refer hospital.

Masuk jeh 35weeks ni, kaki pulak mula bengkak yang teramat sangat. Kesian husband tiap-tiap malam buat part time job jadi tukang urut. Baik husband kita ni. Nanti saya belanja baju raya yer. Hihi. Ramai mommy-mommy yang berpengalaman cakap kaki bengkak tanda menunggu hari. Termasuklah mak mentua pun cakap benda yang sama. Aku mulalah jadi kaget. Bukan kaget sebab ape, kalau boleh bagi lah cukup 9bulan. Kan? tiap saat aku duk pujuk puteri kami ni supaya jangan keluar lagi. Cakap pasal puteri kami, masyaALLAH.. lasak sungguh puteri ni dalam perut. Kalau boleh dia keluarkan kaki and siku dia time gerak tu, aku rasa dia dah keluarkan kot. Sampai daddy dia pun scary tengok perut mummy dia time die bergerak. Macam nak tertembus kaki, lutut, and siku dia. kadang-kadang tu, aku sendiri rasa geli hati tengok and rasa pergerakan dia. Jelas sangat kelasakannya. Indah tau rasa tu. Tak sabar nak jumpa dengan awak, sayang.

Alhamdulillah, barang baby and mummy untuk bawak ke hospital semua dah ready depan pintu rumah. Senang apa-apahal daddy awak terus capai je. Barang baby yang lain pun, dah settle. Tenkiu daddy banyak keluar duit untuk baby and mummy. Ibu and ayah aku pun tak nak kalah dalam persediaan keperluan baby. Excited dorang nak sambut cucu kedua mereka ni.

Time berpantang nanti semua kami dah decide, aku akan berpantang dirumah ibu n ayah aku di Paya Jaras. Saat menunggu hari untuk bersalin pun, aku decide untuk stay rumah ibu dan ayah aku. Aku dan suami mula bercuti awal bulan8. Senang apa-apahal suami ada depan mata. Kan? Haihxx.. makin nervous pulak time naip entri ni. Hihihi. Mana taknya, Tak sampai sebulan jeh lagi nak berjuang. Doakan agar semua dipermudahkan yer wahai kawan-kawan.

Nahh, mak buyung belanja pic kaki mak buyung yang terlajak bengkak tu.

6 comments:

  1. Assalamualaikum.. tak lama la tu nak bersalin. Rajin2 jalan supaya senang nak bersalin. Hehehehee doa nabi yunus, zikir2 semua jangan lupa baca bila start contraction. Ngeeee selamat berjuang mummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ummi adam.. In Sha Allah aku akan amalkan.. Doakan semuanya selamat ye.. Nervous jugak ni duk pikir keadaan dlm labour room nanti.. huhu

      Delete
  2. Very cool post. I just recently started following your blog, but I look forward to contributing more in the future
    Best Tnpsc Coaching Centre in Chennai

    Tnpsc Coaching Centre

    ReplyDelete