STATUS BR1M SUDAH LULUS, TAPI MASIH BELUM TERIMA WANG?

Assalamualaikum..

Aucchhaaakk! ha... Setelah sekian lama mendiamkan diri, kini TORA datang lagi. huahua. Jangan acah-acah terkejutt sangat ye. Almaklum, dah jadi mak-mak, mane nyempatnya nak update blog. ye dok?? 

Memandangkan sekarang ini musim hangattt BR1M, kita kasi up berkenaan BR1M jugak lah. Banyak nau yang komplain, status BR1M dah LULUS tapi duit masih belum diterima lah, Status BR1M dalam proses lah dll. Dalam hal ni, ramai nau yang dah fed up/ tak berharap pada BR1M. Kan kan. Termasuklah hakak. Sape tak fed up, tiap minit tiap jam duk check M2U dari 28hb Jan lagi semata nak check BR1M (lama nau). Kahkahkah (Gelak kat diri sendiri sebenarnya).



Tadi check status BR1M lagi dekat e-BR1M , Tenung punya tenung sampai nak pecah skrin PC, Terperasan "No. Kelompok: 02"(Seperti gambar rajah diatas *ayat buku text). Duk search dekat Google apa makna No. Kelompok tu, baru lah jelas dan nyata sehingga tak diperlu disuluh lagi. Hakak nak kongsi dengan chuols semua yang berstatus sudah "LULUS" tapi masih belum terima wang anda lagi silalah semak No. Kelompok anda. Bagi "No. Kelompok: 01" bermakna wang anda telah pun dikreditkan ke akaun anda pada bulan lepas lagi (bermakna bulan Jan). Pada yang tertera "No. Kelompok: 02" ayuhlah beramai-ramai bersabar dan bertenang kerana wang anda akan dikreditkan pada 28 Feb 2016 nanti. Bagi yang tak terima wang anda selepas 15 Mac 2016, boleh lah rujuk pada LHDN. Mungkin, ada masalah dari segi no. akaun anda.

Pada yang berstatus "DALAM PROSES", haraplah bersabar dan bertenang ya. Punca lambat hakak tak sempat nak siasat pulak. hahaha. Bagi yang tak kemaskini pulak, pihak LHDN sendiri tidak pasti sama ada chuols akan dimasukkan dalam senarai yang layak atau tidak, tetapi ramai yang tidak kemaskini masih lagi tak menerima apa-apa.

Kepada yang nak membuat aduan terhadap jumlah diterima pulak, boleh lah berbuat demikian pada bulan Mac nanti ye. Banyak jugak yang hakak dengar tahun lepas LULUS tahun ni TAK LULUS. Bagi kalangan ni bolehlah buat rayuan pada bulan Mac nanti.
Antara sebab kenapa chuols tidak dibayarkan BRIM :
1. Bank akaun nombor tidak sah (Mungkin)
2. Memilih bank yang salah. Contohnya pilih Maybank tetapi memberi akaun CIMB. (Mungkin)
3. Nama bank akaun tidak sama dengan pendaftar (Mungkin)
4. Alamat diberi tidak dapat dikesan. (Mungkin jugak....)
** Sebarang masalah yang berkaitan BR1M boleh lah hubungi pihak berkenaan di 1800-88-2716.
Sekian sudahhhhhh......

No comments:

Post a Comment