4days to go..

Hi Assalammualaikum & selamat sejahtera uolss..

   Dipagi hari ni, aku nak berkongsi sedikit perasaan aku yang gundah gulana menunggu 25/1/2014. Nebess weyhh! Ada apa dengan tarikh tu? Sat na, bagi aku tarik nafas jap. Hihi. Oke, itu tarikh keluarga MHS datang merisik aku.
   Walaupun hanya merisik. Dia punya nebes, Allah je tahu. Almaklum lah, kali pertama keluarga MHS dan keluarga aku bertemu untuk membincangkan tentang hubungan aku dan MHS. Sebelum ni mereka pernah jugak bertemu, tapi bertemu dan berjumpa hanya sekadar berbual kosong. Kali ini bertemu untuk merisik aku, mahu tak nebes kawan. hihi. Kompom masa tu menggigil semacam. Siapa yang dah lalui keadaan sebegini mesti depa paham. Kan...
    Apapun, aku mengharapkan majlis tu berjalan dengan lancar. Semoga pertemuan ini akan menjadi pertemuan permulaan dalam penyatuan aku n MHS kearah hubungan yang lebih serius. In Sha ALLAH..
  

No comments:

Post a Comment