Projek New Year

Assalamualaikum & salam sejahtera..

   Alhamdulillah selesai satu kerja aku iaitu mencari kain untuk dibuat baju bertunang. Pada 1/1/2014, aku, MHS dan emak kepada MHS ambil masa setengah hari bershopping di Jalan Tun Abdul Razak. Dengan misi mencari kain untuk dibuat baju bertunang. 
   Nayyaa.. bak ang pergi shopping time public holiday. Kami keluar rumah dalam pukul2, tol sungai buloh punya lengang. Tetapi! jeng jeng jeng. Masuk je area Sogo jalan mula jem. Rupanya mungkin orang dah keluar dari pagi untuk bershopping. Sampai di jalan TAR, kami mengambil keputusan untuk meletakkan kereta di dalam bangunan Semua House. Alhamdulillah senang dapat parking. 
   Sesudah tu, kene lah berjogging sedikit untuk pergi ke Jakel. Dalam 10-15min bagi berjalan kaki dari Semua House. Masuk jeh pintu masuk Jakel. Tuhh diakk! ramai gillaa.. Almaklum ler semua tengah mengejar sales. Kebetulan kami datang ade sale awal tahun sehingga 4 atau 5hb Jan(kalau tak silap lah). Memeyy borong lerr.
   Masuk jeh, kami terus menuju ke tingkat 4 bahagian baju pengantin. Nak menuju ke tingkat empat mestilah melalui satu-satu tingkat. Berpinau sat mata aku. Perempuan pulak, memang time ini lah nafsunye digoda. Sampai ditingkat 4, kami dilayan oleh seorang kakak ni. Baik orangnya. Satu-satu jenis kain dia tunjukkan dan tak kalah dalam memberi pandangan. Siap bagi kami majalah pengantin lagi untuk memilih contoh baju. Good~
(Inilah mak MHS. Muka kami berkerut sila abaikan)
  
   Asalnya aku mencari kain warna turquoise. Tapi sayangnya untuk kain net, warna turquoise dah habis. frustt makk noks. Atas pilihan MHS dan emaknya, aku memilih warna baby blue. Cantikk whatt kan? aku amik kain plain and net. Sebab ape amik plain n net. Akhir entri ni korangs akan tahu.
 

   Haa,, ni baru nak cerita kenapa aku ambil kain plain dan net. Aku berminat dengan design baju bertunang salah seorang artis dalam Malaysia kita ni. Nampak simple sangat tetapi sangat lah cantik dan menarik. Kan? Ape pendapat korangs? Aku tanya mak MHS, dia cakap "oke sangat buat dress, senang". Cik abang pulak setuju senantiasa asalkan aku selesa. Bawah ni aku ada attach kan sekali pic design baju tu, korangs tengok ler..
 
 
   
   Sesudah selesai memilih kain baju tunang aku. Now, time melayan mak MHS pulak, Upah teman kami. Tuhh diakk, kami turun ditingkat "G", kebetulan ade lelong. Murah gilla, harga asal RM60-70 runtuh sehinggah RM20 sepasang. Tapi sayang, kainnye jarang. Hampir 2-3kali bertawaf di tingkat 1, Akhirnya mak MHS berjaya memilih 3pasang kain adalah dalam RM100. Sementara tunggu MHS pergi bayar, kami jalan-jalan lagi. Nasib baik aku berjaya melawan nafsu aku ni, kalau tak dah angkat dah sepasang kain. Cantik pulakk. Setelah selesai membayar, kami keluar dan meluru mencari makanan. Almaklumlah, dari pagi tak makan. Pukul5 settle beli kain, baru dapat peluang untuk makan. Memang pulun abis ler. hihi~
  Habis makan, kami sambung shopping di Semua House pulak untuk mencari baju nikah untuk hantaran sewaktu bertunang nanti. Itu pun, mak MHS yang tunjukkan kedainya. Kalau nak mengharapkan kami? memang kelaut ler. Katanya disitu jugak lah baju nikah kakak dan abangnya dibeli. Apa nama kedai, aku memang totally lupa. Bukan setakat lupa, tak tengok lansung. Gelojoh memilih punya pasaii. hihi~ Untuk baju nikah, aku dan MHS memilih warna krim. Warna putih dah biasa sangat. Tak salah bertukar warna. Sepasang baju perempuan, 3meter kain plain 2meter lace dan lelaki 5meter plain baru berharga RM159. Murahkan. Kain pun berkualiti. Layanan terbaikk. hihi~
   Selesai semuanya dalam pukul7 petang, Kami pun pulang dengan hati yang gumbira. Alhamdulillah.. selesai satu bahagian....

*Syukur alhamdulillah atas rezeki yang diberi kepada kami. Semoga Engkau permudahkan urusan seterusnya. Amiin~













No comments:

Post a Comment