Lanun Steak

Assalamualaikum..

 Aiiyakkkk! Gambar ini pasti membuatkan anda, anda dan anda diluar sana menelan air liur. Marilah beramai-ramai bersama menelan air liur. OMG! 

    Kalau dah mengidam, ini masalah yang bakal dihadapi oleh sang boyfie. kahkah. Sebabnya, dialah salah seorang yang suka layan mengidam aku ni. Aku ni perut jeh kecik, nafsu makan kalah si boyfie. Tapi, bila dah bawak makan seciput jeh makannye. Itulah yang selalu dikeluhkan si boyfie(sorry sayyanngg~). Oke, now nak bagitahu ni, ITU ADALAH FAVOURITE aku. Tahu FAVOURITE itu apa? favourite itu adalah kegemaran/Kesukaan. Ha,, siap penterjemahan aku bagi. kihkih. 

    "Lanun Steak" terletak disebelah bangunan tabung haji di Uptown Lama. Uptown lama dimana? di bangunan Tabung Haji tu lah. haha~. Di sebelah bangunan Tabung Haji tu akan ada satu foodcourt, dekat foodcourt itu lah terletaknya "Lanun Steak" ini. Korang tengok saje tagline dia "The Taste Can Kill u". OMG! memang betul-betul kill ok. Tak tipu.
    Last aku pergi masa bulan12 kalau tak silap, dengan sahabat dunia akhirat aku akmal, udin dan tidak ketinggalan kekasih pujaan hati, MHS. Tapi kuciwak sat aku apabila pergi niat nak makan lanun steak ni tidak kesampaian sebabnya kedai ni tutup. Betapa kuciwakknya aku sampai menungging. kihkih. Tapi serius babe, kalau korang dah biasa makan dekat Lanun Steak ni, Bila sampai tengok kedai ni tutup. Frust dia lain macam weyy.
    Paling sedap aku dah try is chicken grill dan fish&chip grill dia. Memang terbaik babe. Dari 5bintang, aku bagi 10bintang. kihkih~ Kalau order makanan grill grill, akan sampai dimeja uols dengan berasap-asap + panasnya. Perrgghhxx! Plus pulak kuahnya lagi. buurrrrrr.. tertelan air liur aku bercerita ni. kihkih~ Oke cakap pasal kuah, dia ada pilihan samada korang nak kuah lanun(yang warna putih) sahaja, kuah blackpaper sahaja atau keduanya. Tapi aku syorkan, amik kedua-dua sos. Memang terangkat gua cakap lu. Sure takkan menyesal. Itu bukan JANJI tapi PASTI..

*Korang HARUS cuba. Aku berani kerat jari kalau korang tak puas hati dengan kesedapannya.

No comments:

Post a Comment