2bulan genap tempoh berkahwinan

Assalamualaikum..


"Antara Moment yang terindah dalam kehidupan seorang wanita apabila dilamar sekaligus dinikahi oleh seorang lelaki yang mencintai dirinya."



Alhamdulillah hari ini 29/10/2014, genap 2bulan aku bergelar isteri kepada Mohd Haidir Bin Samat. Semoga hubungan halal yang dibina berkekalan hendaknya. Dalam 2bulan banyak aku belajar untuk jadi isteri yang solehah dengan mak mentua. Alhamdulillah dapat mak mentua yang sporting yang tak kisah berkongsi cerita sekaligus berikan tips-tips untuk kekalkan rumahtangga plus jadi isteri yang solehah. Terasa seperti banyak diri ini harus belajar. Alhamdulillah jugak dapat suami tak putus-putus bagi semangat malah mangajar aku untuk jadi isteri yang kuat disaat suami selalu outstation plus busy.

Geram Dengan Suami

Assalamualaikum..


Ggggrrrrr! Geram sangat tau dengan suami. Geram bukan sebab HANGEN, ni geram sebab comel plus sweet sangat tau. Tak bagi chance langsung isteri awak ni untuk merajuk. Ada je suami akan buat untuk pujuk aku contohnya macam ni lah.

Al-kisahnya, semalam aku merajuk-merajuk manja kononnya (gedikkan). Hakhak. Satu hari merajuk dengan suami (Kesian suami). Balik dari kerja, suami call mengatakan dia balik awal plus nak belanja tengok movie cerita hantu. Siap suruh aku buat pilihan movie "The Rooms" atau "oiuja". Yang mana aku penggemar cerita-cerita hantu ni (Nampak cara dia pujuk). Alih-alih bosan duduk ofis, aku search lah cerita "NOW SHOWING". Terjah punya terjah, berkenan dengan cerita "Love, rosie" yang merupakan best selling novel 2004 (Where Rainbows End) baq hang. Terus suruh suami booking cerita tu pukul11 malam.

Sesudah beli tiket, Suami terus amik aku di Ofis. Sampai dekat rumah mentua, macam biasa kami balik mesti mak mentua dah siapkan minum petang (Rajin tau mak mentua aku). Selepas minum, macam biasa aku akan basuh pinggan dan kemas dapur. Haa~ dah lepas kemas, aku terus masuk bilik untuk mandi dan solat. Terkejut saiitt bila masuk je bilik kat atas katil ada hadiah dan note yang tertulis "Maafkan abang jika abang tak sempurna. Maaf kalau tulisan tak cantik.. hehe." Comel jeh ayat suami. Aku terus keluar bilik untuk dapatkan suami. Masa tu mulalah suami acah-acah tengok TV sambil sengeh. aku terus pegi dekat suami dan cubit suami. Mak mentua dah gelak-gelak. Geram tau, suka buat surprise kalau isteri dia ni merajuk. Perasaan saat tu, Allah je tau. Sampai ke bilik air, senyum masih tak hilang.

Beruntung sangat dapat suami macam ni. Isteri merajuk sikit terus buat surprise, romantiknya tok sah cerita, memang romantik plus manja tersangat-sangat. Tak pernah marah walaupin sikit dekat aku selama 3tahun lebih perkenalan kami. Dari mula-mula berkawan hingga ke berkawin romantik, kasih sayang, layanan suami tak pernah berkurang pada aku malah makin bertambah-tambah aku rasa. Tekanan kerja macamana pun, mesti gurau dengan aku tu tak dilupa. Bahagia, bersyukur tak terhingga dikurniakan suami sebegini. Alhamdulillah Syukur Ya Allah~

Simple Surprise Tapi Bermakna

Assalamualaikum..

Entri kali ini, akan aku ceritakan hasil "Plan Untuk "Surprise"kan Husband" dari entri sebelum ini. Menunggu parcel sampai penuh dengan onak duri yang mana sangat memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi ye. Supposed, barang akan sampai dalam 2-3hari waktu bekerja. Alih-alih sampai, 5hari waktu bekerja. Bajet nak surprisekan masa suami balik dari outstation. Alih-alih, dah balik, dah kerja macam biasa di KL pun tak sampai-sampai jugak. Hayyoo Ta-q-bin, kenape begini jadinya? Ok, lupakan hal ta-q-bin. Sampai jeh barang, terus seriapp aku jumpa gemuk untuk ambil kasut. Al-maklumlah, rumah dah dekat, itu yang laju jeh. Tenkious mok atas kerjasama. 

Masa aku pergi amik dekat gemuk tu, suami dan mak mentua tengah lepak dekat luar rumah. Terus aku bagi dekat husband. Terkejut dia saitt. Haha. Suami bukak balutan parcel dengan gelojohnya. Laka-laka tau suamiku ini. Bila dah bukak, dia punya menjerit plus gedik "bobo" nya tuh, mak mentua dan aku jeh tahu. Kechah! haha. Terharunya dia siap cium dahi isteri dia ni depan mak. Malu itteww lah abang. Hakhak. tak habis-habis yang keluar dari mulut dia "Terima kasih. Macam tahu-tahu abang perlukan kasut baru". Helloo abang, saya ni isteri awak. Dah kenal hampir 3tahun lebih bercintan, takkan lah saya masih tak faham ape yang awak perlukan. Mak mentua siap cakap "Isteri mana yang sanggup tengok suami selebeh-selebeh pakai kasut belacan". hakhak~ mak mak~

Alhamdulillah suami suka. Mak dan ayah mentua pun suka. Next time eina shopping untuk mak dengan ayah pulak ye? Menjadi jugak surprise kita walaupun simple mimple je. Hihi. Lupa pulak. Total kasut aku dan suami adalah dalam rm90++. Nak bagitahu jumlah sebetulnya tak boleh, sebab takut suami baca, dah tak surprise. Almaklumlah, suami iols suka baca entri-entri iols (geli jep ayat). hakhak.

**To my dear husband (orang yang selalu jadi stalker blog ayg): Ayang sayang abang. Sayang abang dunia akhirat. Ayang akan jadi isteri yang sentiasa ade dibelakang abang, orang yang selalu memahami kehendak dan keperluan abang, ayang akan jadi BFF abang, ayang akan jadi segalanya lah untuk abang hingga ke akhir hayat abang. Jangan risau banyak lagi surprise yang akan ayang buat. Ha ha ha( gelak jahat) ayang suka di"surprise"kan dan ayang jugak suka buat kejutan plus ayang seorang yang romantik. Haa~ Abang romantik, ayang lagi romantik. Hakhak~

Plan Untuk "Surprise"kan Husband

Assalamualaikum..

Tak tahu kenapa lepas kawen ni, mood asyek nak sweet-sweet jeh gitu. Wahh! Curlass kau noks! dah tu dengan siapa lagi yang boleh aku sweet-sweet kan. Al-kisahnya, last week hari khamis sebenarnya aku plan nak belikan something untuk suami. Nak beli apa tuh masih samar-samar. Balik dari kerje, terperasan kasut husband dah hitam. Bak kate mak "Dah macam belacan". Kahkah~ Kesian sebenarnya, itulah kasut dia berfutsal, berjogging, kasut itu jugak lah dia buat kasut kerja, kasut itu jugak lah dia buat kasut jalan-jalan. Mengenang nasib kasut tu, tang tu idea datang nak belikan kasut. Sebelum tu, aku pergilah cuci sental menyental kasut kesayangan dia tu. Kasi cantik sebelum digantikan kasut baru.

Keesokan harinya, masuk office setelah settlekan ape yang patut. Aku terus seriapp bukak laman web "ZALORA". Al-maklum lah segalanya dihujung jari kan. Nampak bebenor malasnya nak keluar cari sendiri kasut tu. Hello! bukan malas ok, cuma tak ada lesen untuk bawak kereta or motor. Kalau ada, kompom aku dah lari pergi shopping sorang-sorang. Sebelum usha kasut, sempat mintak pendapat bestfriend, Akmal lah dondang. Dia pun suruh beli benda yang sama. Bagus dapat sahabat yang sependapat walaupun kadang-kadang si gemuk ni selalu cari gaduh dengan aku. Hakhak~ selalu cari gaduh dengan aku pun, jangan tak tahu, dia sayang kawan-kawan dia. Mana tak nya, aku mengidam "Auntie Anne" sanggup dia lari ke one utama belikan roti "Auntie Anne". hakhak~ Ok, Ini dah lari topic. Kita patah balik ke topic asal.

Kasut yang aku nak beli, aku lebih fokus pada warna biru gelap or warna jeans. Kenapa warna biru or warna jeans? Ada dua sebab. Sebab pertamanya, aku pikir warna biru gelap senang untuk di"matching" dengan apa-apapun warna baju. Kan? Sebab yang kedua, suami memang cari kasut yang berwarna biru gelap.

Belek punya belek, aku berkenan dengan satu kasut ni. Bila aku send pic dekat akmal, dia pun cakap cantik dan simple. Bila aku dan akmal dah berkenan, terus aku pilih size dan terus click buton "ADD TO BAG". Nampak! cepat tak buat pilihan? bukan ape, takut berkenan tang lain dah kene buat pilihan. Dah buat pilihan mesti kena pilih salah satu betul? Nanti dah timbul perasaan berbelah bahagi (Chewahh ayat aku). Harga pun not bad. Harga mampu untuk aku milik and material pun leather. Jenama "Loius cupper". Nak tengok kasutnya? Nahh tengok bawah tu.
 Cantik tak?

Dah pilih kasut husband, tangan duk gatai pergi tekat click "WOMEN" punya side pulop. Ha! sudah. Kahkah~ aku dari dulu memang nak cari kasut. So, dikesempatan ini alang-alang baik aku cari sekali kasut untuk aku. Ye dok? Sambil menyelam minum air lah katakan. Kononnya ada hati nak cari kasut yang sama warna dengan kasut suami. Belek punya belek, ada tapi saiz tak ada. Hampe iols, majuk ah! haha. Dalam merajuk ada hati usha lagi pulak tu. Ghosak Ghosak~ Belek tang kasut warna hitam pulak. Macam aku pernah khabarkan, simple akan menjadi keutamaan dalam pencarian because i love simple design. Ade aim 2-3 pasang, bila dibandingkan. Kasut ini menjadi pilih hati anna! Harga murah-murah aja dong, RM45 jeh. Kebelutan sebelum terjah kasut suami tadi, aku ade sign up as member. So, dapatlah voucher RM20. Tak adalah mahal sangat totalnya. Nah! aku belanja gambar kasut yang bakal jadi kepunyaan hamba.
Cantik dan simple kan? 

Ok. dah "ADD TO BAG", sesi isi detail pulop. Alamat penghantaran dan detail penerima aku tukar ke akmal. Kata nak buat surprise. Mana boleh terus hantar ke rumah mentua. Kena ade strategi jugak. Atas persetujuan aku dan akmal, kami bersetuju untuk letak alamat akmal. Senang bila "CASH ON DELIVERY", akmal yang bayar sebab duit semua dah serahkan pada dia. Tambahan pulak, sekarang akmal jadi penganggur terhormat, Itu yang mintak tolong dia. Total berapa? Next entri untuk hasil surprise akan aku update sekali ye dengan harga total. Tak sabar nak tunggu parcel sampai. Bukan tak sabar untuk surprise, tak sabar nak tengok and pakai kasut yang aku beli untuk diri sendiri sebenarnya.




Alahai Suami~

Assalamualaikum..

   Pagi-pagi lagi suami dah talifon mengekek-ngekek and suruh teka ape yang membuatkan dia ketawa sampai tak henti. Yang isteri awak ni pergi jawab "beg ada kat bonet?", sebabnya masa suami hantar aku ke tempat kerja, dia bagitahu yang beg sling tertinggal atas kerusi rumah maknya. Sangkaan aku mungkin dia lupa yang dia dah bawak masuk kereta beg tu. Tiba-tiba salah pulak jawab yang aku berikan tu.

   Rupanya suami bagitahu yang dia salah jadual outstation. Yang dia duk ingat hari ni (selasa) dia outstation ke Segamat, Johor. Punyalah semangat aku kemas baju suami untuk outstation dan baju aku sendiri untuk balik rumah ibu plus punyalah beria singgah rumah ibu pagi-pagi semata-mata nak hantar beg baju aku. Rupa-rupanya jadual yang dia outstation ke Segamat, Johor tu, jadual untuk selasa minggu depan. Mujur, suami tergerak hati talifon office untuk suruh dorang sediakan barang outstation dia.

   Alahai suamiku, belum jadi ayah lagi tau awak dah jadi pelupa. Haha. Mengekek kami berdua dalam talifon. Sebenarnya suka jugak hati aku ni hah bila suami bagitahu yang dia tak jadi pergi outstation. Isteri mana yang suka bila berjauhan dengan suami. Kan? Tapi dah macam tu kerjanya, nak tak nak kenalah terima. Kadang-kadang tu puas jugak mak mentua pujuk suruh ikut suami outstation. Bukan tak nak. Mestilah nak kalau diberi kesempatan. Tapi disebabkan kerja yang banyak bergantung pada aku, terpaksa aku tolak untuk ikut suami. Mujur suami faham kerja dan tanggungjawab aku. In sha Allah yer suami, suatu hari nanti pasti isterimu yang gedik ni akan ikut awak outstation.