Plan Untuk "Surprise"kan Husband

Assalamualaikum..

Tak tahu kenapa lepas kawen ni, mood asyek nak sweet-sweet jeh gitu. Wahh! Curlass kau noks! dah tu dengan siapa lagi yang boleh aku sweet-sweet kan. Al-kisahnya, last week hari khamis sebenarnya aku plan nak belikan something untuk suami. Nak beli apa tuh masih samar-samar. Balik dari kerje, terperasan kasut husband dah hitam. Bak kate mak "Dah macam belacan". Kahkah~ Kesian sebenarnya, itulah kasut dia berfutsal, berjogging, kasut itu jugak lah dia buat kasut kerja, kasut itu jugak lah dia buat kasut jalan-jalan. Mengenang nasib kasut tu, tang tu idea datang nak belikan kasut. Sebelum tu, aku pergilah cuci sental menyental kasut kesayangan dia tu. Kasi cantik sebelum digantikan kasut baru.

Keesokan harinya, masuk office setelah settlekan ape yang patut. Aku terus seriapp bukak laman web "ZALORA". Al-maklum lah segalanya dihujung jari kan. Nampak bebenor malasnya nak keluar cari sendiri kasut tu. Hello! bukan malas ok, cuma tak ada lesen untuk bawak kereta or motor. Kalau ada, kompom aku dah lari pergi shopping sorang-sorang. Sebelum usha kasut, sempat mintak pendapat bestfriend, Akmal lah dondang. Dia pun suruh beli benda yang sama. Bagus dapat sahabat yang sependapat walaupun kadang-kadang si gemuk ni selalu cari gaduh dengan aku. Hakhak~ selalu cari gaduh dengan aku pun, jangan tak tahu, dia sayang kawan-kawan dia. Mana tak nya, aku mengidam "Auntie Anne" sanggup dia lari ke one utama belikan roti "Auntie Anne". hakhak~ Ok, Ini dah lari topic. Kita patah balik ke topic asal.

Kasut yang aku nak beli, aku lebih fokus pada warna biru gelap or warna jeans. Kenapa warna biru or warna jeans? Ada dua sebab. Sebab pertamanya, aku pikir warna biru gelap senang untuk di"matching" dengan apa-apapun warna baju. Kan? Sebab yang kedua, suami memang cari kasut yang berwarna biru gelap.

Belek punya belek, aku berkenan dengan satu kasut ni. Bila aku send pic dekat akmal, dia pun cakap cantik dan simple. Bila aku dan akmal dah berkenan, terus aku pilih size dan terus click buton "ADD TO BAG". Nampak! cepat tak buat pilihan? bukan ape, takut berkenan tang lain dah kene buat pilihan. Dah buat pilihan mesti kena pilih salah satu betul? Nanti dah timbul perasaan berbelah bahagi (Chewahh ayat aku). Harga pun not bad. Harga mampu untuk aku milik and material pun leather. Jenama "Loius cupper". Nak tengok kasutnya? Nahh tengok bawah tu.
 Cantik tak?

Dah pilih kasut husband, tangan duk gatai pergi tekat click "WOMEN" punya side pulop. Ha! sudah. Kahkah~ aku dari dulu memang nak cari kasut. So, dikesempatan ini alang-alang baik aku cari sekali kasut untuk aku. Ye dok? Sambil menyelam minum air lah katakan. Kononnya ada hati nak cari kasut yang sama warna dengan kasut suami. Belek punya belek, ada tapi saiz tak ada. Hampe iols, majuk ah! haha. Dalam merajuk ada hati usha lagi pulak tu. Ghosak Ghosak~ Belek tang kasut warna hitam pulak. Macam aku pernah khabarkan, simple akan menjadi keutamaan dalam pencarian because i love simple design. Ade aim 2-3 pasang, bila dibandingkan. Kasut ini menjadi pilih hati anna! Harga murah-murah aja dong, RM45 jeh. Kebelutan sebelum terjah kasut suami tadi, aku ade sign up as member. So, dapatlah voucher RM20. Tak adalah mahal sangat totalnya. Nah! aku belanja gambar kasut yang bakal jadi kepunyaan hamba.
Cantik dan simple kan? 

Ok. dah "ADD TO BAG", sesi isi detail pulop. Alamat penghantaran dan detail penerima aku tukar ke akmal. Kata nak buat surprise. Mana boleh terus hantar ke rumah mentua. Kena ade strategi jugak. Atas persetujuan aku dan akmal, kami bersetuju untuk letak alamat akmal. Senang bila "CASH ON DELIVERY", akmal yang bayar sebab duit semua dah serahkan pada dia. Tambahan pulak, sekarang akmal jadi penganggur terhormat, Itu yang mintak tolong dia. Total berapa? Next entri untuk hasil surprise akan aku update sekali ye dengan harga total. Tak sabar nak tunggu parcel sampai. Bukan tak sabar untuk surprise, tak sabar nak tengok and pakai kasut yang aku beli untuk diri sendiri sebenarnya.




No comments:

Post a Comment