persediaan melangkah ke BIG DAY.

Assalamualaikum..

    Wahhh! terasa terujanya bila dapat menaip ni, nokks. Setelah lame berdiam diri membawa hati yang lara.Wahhhh! jangan nak lara sangat weyy. Sorry lah uols, iols berdiam sebab busy dengan bersediaan melangkah ke status bini orang. BINI ORANG oke! Fuhhhx.. Baru den tahu bukan mudah untuk merancang majlis perkahwinan. Poning nau. 

    Tapi alhamdulillah, dengan berkat petolongan ibu, ayah dan nenek. Segala perancang menjadi lebih mudah. Almaklum lah, Ini merupakan majlis kali pertama buat keluarga kami. Tapi diatas bimbingan dan nasihat daripada nenek, semua dipermudahkan. Tenkiu my grandmom!

    Alhamdulillah, katering kami dah pilih dan tempah untuk majlis 31/8/2014 nanti. Kami tempah dengan Impiana Katering yang berlokasi di TSB, Sungai buloh. Sengaja pilih yang dekat, supaya mudah urusan perbincangan nanti. Test Food mereka sangat WOW oke. Yang membuatkan kami terus booking ialah, nasi minyak yang akan mereka sajikan nanti mengguna beras arab. Panjang beras nye nokks. Lauknya pun sedap. Murah pun murah. Kami ambil pakej standard RM10/sekepala.

    Itu cerita katering, ni nak cerita tang pelamin dan baju pengantin. Haa! Excited sikit nak bercerita sebab kami beri tanggujawab sepenuh kepada Syamil Jefri Bridal. Syamil Jefri Bridal ni juga merupakan orang penting ketika majlis pertunangan aku. Aku sangat berpuas hati dengan layanan, solekan, pakaian dan dekorasi pelamin mereka, sebab tu iols repeat booking untuk majlis perkahwinan. Secara lebih mudah difahami, memang aku percaya 100% terhadap kerja tangan mereka. Harga? memang mahal secara jujurnya. Tetapi yang membuatkan puas hati disebabkan banyak yang mereka beri FOC. Sebagai contoh, photobooth, candy buffet, pelamin plus lagi satu (sebab 2pasang pengantin kan), design baju baru untuk kami berempat dll. Tak ke puas hati tuh? Pada aku puas hati lah.

    Bile ditanyakan tentang tema, berbaki 4bulan jeh lagi aku masih tak tahu untuk decide tema color ape. Tema pengantin jeh kami tahu. Untuk adik aku dan pasangan, mereka pilih tema pelamin arabic. Bagi aku dan MHS pulak, kami punye butik yang decide untuk tema pelamin English garden. Kate mereka aku sesuai dengan tema tu. Aku pun suke n setuju. Kate mereka lagi,Wedding kami kali nih, ade kelainan sikit sebab 2 pelamin tapi tema berbeza (Well~Kami suka akan kelainan). Hopefully cantik pelamin tu nanti. Dahh kenape bukak pasal pelamin balik ni. Haha. Tema warna baju pengantin, Aku n MHS decide untuk pilih gaun n blazer warna putih. Semalam baru lepas ukur baju,tak sabar nak tengok design baju kami.

    Untuk Doorgift aku serahkan pada my ibu, untuk decide nak bagi ape dan masih didalam perbincangan. Kad jemputan pula, dah booking tapi mereka masih menunggu keputusan warna tema dari pihak kami. Choooii, susah jugak kalau tak pilih warna tema terlebih dahulu. Nanti akan kupikirkan berkenaan warna tema sebabnya, belah haidir yang majlis 7/9/2014 tu pun dah pilihwarna tema. Warna tema belah haidir silver. Bakal mak mentua ceq pilih naa~ jangan men men. kahkah.

    Setakat ni, Ini sehaja lah yang kami dah lakukan untuk persediaan majlis. Ada lagi, akan kuh update didalam "Online diaries"kuh ini. Haa.. Nak mintak pendapat, kot kot sesiapa tahu, tempat yang boleh jahit dan buat manik untuk baju nikah. Nak mintak lah share sikit tempat-tempat nuh. Ceq masih mencari tempat untuk menempak baju nikah nih ha.. Tenkiuu~ Wsalam~


3 comments:

  1. Wah, dkt nya. Boleh lah i review2 butik jefri bridal tu. Area paya jaras tu tahulah kot.

    ReplyDelete
  2. hehe.. sangat puas hati babe dengan dorg. layanan dorang pd customer memang best. pakej dorg pun sangat puas hati :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. wallah... naik pelamin saing dengan adik kau ek? bestnya.. hehehe semoga dipermudahkan urusan kalian nak bina masjid. hehehe ingat, jangan marah2 atau terlebih tension. heeee.

    ReplyDelete