Alahai Suami~

Assalamualaikum..

   Pagi-pagi lagi suami dah talifon mengekek-ngekek and suruh teka ape yang membuatkan dia ketawa sampai tak henti. Yang isteri awak ni pergi jawab "beg ada kat bonet?", sebabnya masa suami hantar aku ke tempat kerja, dia bagitahu yang beg sling tertinggal atas kerusi rumah maknya. Sangkaan aku mungkin dia lupa yang dia dah bawak masuk kereta beg tu. Tiba-tiba salah pulak jawab yang aku berikan tu.

   Rupanya suami bagitahu yang dia salah jadual outstation. Yang dia duk ingat hari ni (selasa) dia outstation ke Segamat, Johor. Punyalah semangat aku kemas baju suami untuk outstation dan baju aku sendiri untuk balik rumah ibu plus punyalah beria singgah rumah ibu pagi-pagi semata-mata nak hantar beg baju aku. Rupa-rupanya jadual yang dia outstation ke Segamat, Johor tu, jadual untuk selasa minggu depan. Mujur, suami tergerak hati talifon office untuk suruh dorang sediakan barang outstation dia.

   Alahai suamiku, belum jadi ayah lagi tau awak dah jadi pelupa. Haha. Mengekek kami berdua dalam talifon. Sebenarnya suka jugak hati aku ni hah bila suami bagitahu yang dia tak jadi pergi outstation. Isteri mana yang suka bila berjauhan dengan suami. Kan? Tapi dah macam tu kerjanya, nak tak nak kenalah terima. Kadang-kadang tu puas jugak mak mentua pujuk suruh ikut suami outstation. Bukan tak nak. Mestilah nak kalau diberi kesempatan. Tapi disebabkan kerja yang banyak bergantung pada aku, terpaksa aku tolak untuk ikut suami. Mujur suami faham kerja dan tanggungjawab aku. In sha Allah yer suami, suatu hari nanti pasti isterimu yang gedik ni akan ikut awak outstation.

No comments:

Post a Comment