Selamat Hari Jadi Buat Diriku

Assalamualaikum..

   Alhamdulillah dan bersyukur padaNya kerana aku masih diberi peluang untuk hidup plus masih dapat raikan hari kelahiran yang ke-24. Nak cerita perasaan menyambut hari kelahiran tahun ni, aku hanya mampu katakan "TERHARU", "BERSYUKUR", "BERTERIMA KASIH".

   "TERHARU" sebab aku tak pernah diraikan sebegini sepanjang hidup. Diraikan dengan cara yang aku sangat impikan. Tenkiu suami, abang betul-betul buat ayang terharu gila-gila.

   "BERSYUKUR" sebab dikurniakan suami yang sangat terbaik yang mana pada aku sukar dicari dan ditukar ganti. Tahu apa yang aku inginkan, impikan dan cuba sedaya upaya merealisasikan. Cuba sedaya upaya realisasikan walaupun tekanan kerja yang kuat lately ni. "Abang buat/raikan dengan apa yang abang mampu. abang buat ini semua demi tunjukkan rasa sayang dan tanda terima kasih abang pada ayang sebab bahagiakan abang". Itu je ayat yang keluar dari mulut suami sejak kelmarin. Bertuah aku dikurniakan suami yang sehebat ini.

   "BERTERIMA KASIH" pada kawan-kawan merangkap housemates, soulmates, classmates plus bestfriends sebab korang sudi berkomplot dengan suami aku untuk raikan hari kelahiran aku. Plus, korang sudi luangkan masa dengan aku walaupun aku tahu masing-masing penat balik dari kerja. Sanggup tinggal baby demi aku. Ohh sungguh terharunya. Terima kasih sebab semangat setia kawan korang masih kuat dan tak pernah berakhir. Koranglah sahabat aku dunia akhirat.


   Tarraaa! inilah hadiah kita tahun ni dari suami, Jam "Polo Club Britannic". Pembalut kemain berlapis-lapis. Dengan harga lupa nak tanggalkan (nak tunjuk harga mahal lettew). Reason salesgirl tu yang lupa. Ok, boleh diterima. Yang takde dalam pic ni, hadiah tahun 2011 iaitu bebear yang besar gedebushh macam tukang beri. Hakhak!
Photo Gallery:
 ketua planning

 Muka bangga suami

Kene Buli >_<
Bestfriends selamanya. Sayang korang ketat-ketat!

Tenkiu Sheera. Shawl yang sangat cantik!

Kek yang sungguh comel! hakhak!


No comments:

Post a Comment