Sambutan Tahun 2015

Assalamualaikum..

Hi korangs! amacam sihat tak uols uols semua. Mesti ramai yang tak sihat kan? Al-maklumlah, sekarang memang musim demam, batuk dan selsema. Yang tak sihat tu, cepat-cepat makan ubat ye. Jangan dibiarkan sakit tu. Melarat nanti. Kepada yang sihat, alhamdulillah. Kekalkan jaga kesihatan uols tu.

Hari ini 9hb Januari 2015. Agak-agak masih belum terlambatkan untuk aku ucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru 2015". Semoga tahun ini membawa lebih banyak membawa kebahagiaan, keberkatan pada anda dari tahun yang sebelumnya.

Sorry lambat wish -_-. Al-kisahnya, aku ni baru keluar dari hospital ahad lepas. Setelah dari 30hb December 2014 aku dimasukkan ke dalam wad, akibat air dalam badan langsung takde (ilek), plus demam keep on/off. Tambahan aku masih first trimester. So, pihak hospital perlu ambil langkah berjaga-jaga dengan me"monitor" aku dalam wad.

First time baq ang celebrate new year dalam hospital selama aku hidup 25tahun ni. Alamak! dah 25tahun kah? kikiki. Apa-apapun bersyukur kerana aku dah pun discharge. Bosan baq ang 6hari duduk dalam hospital. Plus rindu tidur dekat bahu suami. Selama aku berada di Hospital, Suami, ayah mentua dan ayah aku sendiri turut demam. Alahai, kesian mereka turut demam. Bila keluar dari hospital, mak mentua pula demam. Musim~ Musim~

Keluar je hospital, macam-macam aku ngidam. Kesian suami melayan. Mengidam makan char kuey teaw kuang lah, mengidam nasi lemak sri buloh lah, mengidam nasi lemak antarabangsa lah. And semalam baru jeh lepaskan mengidam nak makan pizza. Hihi. Tenkiu suami layan saya makan itu ini. Tenkiu jugak pada family kandung yang tak pernah jemu layan diri ini seperti princess selama aku berada di hospital dan on MC. Bertuah rasanya dikurniakan keluarga seperti ini. Walaupun baru first trimester, tapi layanan tu tak ubah seperti menunggu hari bersalin. Tak bagi buat itu ini. Nak ape jeh, semua dapat. Sayangggg korang ketat-ketat!

Nak cerita tentang kandungan pulak. Alhamdulillah semalam 8hb Jan 2015, genap usia kandungan 9minggu. Pengalaman melalui fasa First trimester ni, sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Al-maklum lah, time ni lah mual-mual, alahan, muntah-muntah, perut sentiasa rasa kembong, pedih ulu hati, sakit pinggang dan saat inilah badan mudah dijangkiti pelbagai sakit. Alhamdulillah setakat ini, diri ini tak lah melalui apa-apa alahan dan muntah yang teruk. Muntah pun saat demam hari tu jeh.

Mula-mula tu ada jugak alahan. Alahan tak boleh tengok, masak, ataupun makan nasi. Kompom mual datang. Sejak demam dimasukkan ke dalam wad. Terpaksa jugak hadap nasi. Tak makan nasi kesian pula kat baby. Makan nasi pun, seciput jeh sampai saat ni. Takpe lah, asalkan makan kan?

Nak cerita pasal perangai pulak, cik abang mula perasan yang perangai aku ni macam lelaki -__-. Sampaikan suami dapat agak ini baby boy. Cara pakaian aku macam lelaki, makeup pun malas, tangan asyek nak membantai jeh (pukul manja ok), perangai pun macam lelaki kata suami. Alahai, aku pun tak perasan perubahan diri ini. Suami and mak mentua je banyak perasan. Boy pun, boy lah. Asalkan baby membesar dengan sihat. Bak kata suami, kalau boy, boleh tolong jaga mummy dia, kalau daddy dia outstation -__- kengkonon sangat tau suami ni.

Panjang pulak kan entri kali ni. Al-maklum lah, nak menaip pun sekarang malas. Sekali dapat menaip, hameekkk ang! berjela membebelnya >_<. hihi. Mehh nak belanja satu pic masa dalam hospital. Layankan aje~

Masuk air 4hari non-stop. Setiap 4jam tukar botol. darap 24jam(1hari). darab lagi dengan 4hari. memang betul-betul masuk air lepas ni >__<

2 comments:

  1. Assalamualaikum.. jaga kesihatan baik2 tau... makan jgn lupa, utk baby dalam tu ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... Baik auntie sheila :)

      Delete