First step to our big day

 hi, Assalammualaikum..
   Seperti yang dijanjikan. Hari ini aku nak bercerita tentang majlis merisik pada 25/1/2014. Dengan suka cita dimaklumkan, aku dah selamat di tanda hak MHS. Majlis yang cukup simple yang dihadiri oleh kaum keluarga aku dan MHS berjalan dengan sempurnanya. Alhamdulillah..
   Aku bangun seawal 7pagi untuk bersiap ke pasarmini(beli bahan menu majlis). Sebelum ke pasarmini kami berbincang terlebih dahulu sesama keluarga berkenaan dengan menu makan tengahari. Pada mulanya aku merancang untuk masak nasi ayam. Apabila dibawa ketengah, nasi ayam terlampau simple kate nenekku. Penghujungnya, nasi berlauk jugak yang menjadi pujaan. Oke, menu lauk yang kami pilih ialah ikan tenggiri masak kari, sayur campur, sambal tumis udang bersama petai, sambal belacan dan sedikit ulam ulam(kombinasi yang tersangatlah wallahhh).
   mula memasak seawal 9pagi. Nenek aku tukang siang dan potong bahan. Aku pula tukang memasak. Almaklum lah, majlis aku. So, aku lah kene bekerja keras sikit. Around 12.30 tengahari settle masak. Nasib baik ada kakak ipar, ibu dan adik adik dapat bantu mengemas bahagian ruang tamu dan meja makan. Aku pulak pergi bersiap. Sepatutnya majlis bermula pukul12, disebabkan salah faham sedikit, majlis dianjak pada pukul1.30(lepas zohor). Dan majlis bermula pada pukul2.30.
   Sesampai je mak MHS, jantung aku berdebar lain macam weyh. Almaklum lah, Kali pertama dirisik. Mak n ayah MHS datang ditemani mak ngah dan pakngah MHS. Majlis bermula aku diarahkan oleh nenek untuk berada didalam bilik. Aku apa lagi, bukak aircond sekuat kuatnya. Tapi telinga dok curi curi dengar. Tapi tak dengar pun(berapa banyak tapi pun tak tau lah). Aku serahkan 100% keputusan kepada ibu dan ayah aku.
   Selepas 30-45min kemudian, aku diarahkan untuk keluar. Tuhh'diakk, nebesnya memuncak. Almaklumlah, semua tengok aku. haha. Aku terus duduk disebelah mak MHS, dimana kerusi telah tersedia untuk menyarung cincin. Apabila dah sarung, dia punya lega ALLAH jeh yang tahu. hihi. Tersarung sahaja cincin dijari manisku, secara automatiknya aku menjadi tanda hak MHS. 
   Selesai berbincang, sesi menjamu selera pula. Jangan terkejut, mak MHS tambah sampai 2pinggan ok. Betapa sedapnya masakan aku(puji diri sendiri). kihkih. Almaklumlah, kombinasi terbaikk dari ladang pulak tu. Memang sedap lah ceritanya. Untuk pencuci mulut pulak, kami menyediakan buah buahan n cheese tart yang ditempah dari auntie haiza(homemade bakery). Sesiapa yang nak tempah cake atau berkaitan dengan cake, boleh tempah dengan dia. Aku berani jamin 100% sedap. Family aku dah jadi regular customer dia dah. Setiap sambutan hari jadi, kami order dengan dia. Khidmat penghantaran pun disediakan tetapi kawasan sungai buloh saje lah. Mak MHS pun puji kesedapan cheese tart dia, Siap suruh aku belajar buat. Demi bakal mak mentua, akan ku pelajarinya. kihkih.
   Dalam pukul4, mak MHS beransur pulang. Sebelum pulang kami bertukar buah tangan. Dari pihak kami, kami beri kek yang diorder dekat auntie haiza dan dari pihak MHS sebakul buah buahan dan kuih bahulu.
   Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan berjalan seperti yang dirancangkan. Syukur cinta yang disemai selama 2tahun 4bulan 2minggu 6hari dah berjaya ke first step untuk ke hubungan yang halal. Bersyukur sangat setelah pahit manis, suka duka dilalui bersama akhirnya dah diikat.
  
25/1/2014 - Merisik day
Sebelum majlis
Buah Tangan dari pihak MHS
Sewaktu cincin disarungkan
Amik berkat bakal mak mentua
"with this ring our lives will start swearing that we'll never part i offer what you cannot buy devoted love until we die"

No comments:

Post a Comment