Countdown!

Assalamualaikum wahai para sahabat..


Countdown punya countdown cepatnya lahai masa berlalu. Aku cuma ade masa kurang dari 2minggu untuk bergelar isteri kepada buah hati pengarang jantung aku (kemain ayat). Kahkah.

Disaat begitu hampir dengan tarikh yang dinantikan, macam-macam perasaan timbul. Risau dan gemuruh tuh tak usah dibicarakan, itu memang perasaan yang wajib datang saat-saat ni. Selain perasaan tu, timbul perasaan-perasaan lain contohnya selalu sangat pikir yang bukan-bukan plus pulak dengan kehadiran mimpi yang bukan-bukan, perasaan yang tiba-tiba rindu akan rakan-rakan seperjuang masa kolej, zaman sekolah, dan zaman-zaman lain yang pernah aku lalui lah.

Alhamdulillah persiapan pun hampir 70% dah siap. Yang penting, belah lelaki lebih pantas dari segi persiapan berbanding aku. Excited lebey ni mok! hehe.


Bersyukur tersangat-sangat anniversary kami tahun ni, kami sudah pun bergelar suami isteri (In Sha Allah). Hubungan yang terjalin selama hampir 3tahun nih, in sha Allah diakhiri dengan kebahagiaan. mihmih~ Hadiah anniversary kami tahun ni, Pre-honeymoon di Cameron Highland yang telah pun dibooking dari 1/9-3/9/2014. Kali kedua kami jejak ke cameron, Alhamdulillah. Yang kali pertama kami vacation bersama kawan-kawan yang lain. Pilih cameron sebab sesuai untuk lokasi berhoneymoon. Sunyi tenang semua ada. Tak sabar rasanya nak berholiday. Huhu~


2 comments:

  1. Assalamualaikum eina. semoga dipermudahkan segalanya. aku tak dapat hadir rasanya. maaf sangat. aku doakan korang berdua bahagia hingga ke Jannah. semoga menjadi suami isteri yang soleh solehah, saling membimbingi dan saling menyayangi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. sokay babe.. aku phm.. kalau nak dtg belah aai pun boleh.. pape pun, tenkiu babe..

      Delete