Dia yang bergelar seorang "abang"

Hi assalamualaikum..
   Hari ini aku nak bercerita sikit tentang someone yang agak special dalam hidup aku. Special sekadar SAHABAT sebab kami berkawan rapat since 2010. Before ni aku pernah bercerita tentang dia yang kawan kepada EXBF aku, dia diam tanpa sebab (yang rajin follow entri aku, pasti tahu), IS namanya. Kami memang tersangat lah rapat, lagilagi selepas aku putus dengan exbf aku tu. Dia sentiasa ada untuk aku dari dulu. Tak kisah lah, waktu aku suka duka, menangis, ketawa. Aku sangat senang untuk bercerita apa pun masalah aku dekat dia sebab pada aku percaya dia, dia cukup mengenali aku dari A to Z sebegitu juga aku dan lagipun sepanjang perjalanan kehidupan aku, dia sentiasa dengan aku sehinggakan aku dah menganggap dia seperti seorang abang.
   Dia seorang yang baik hati yang selalu menolong aku dikala aku dalam kesusahan. Dia seorang yang sangat matang, yang mana dia banyak sangat memberi aku katakata semangat, memberi nasihat seolah olah aku ni seperti adik kandung dia. Dia tahu macam mana nak control aku ketika aku dalam keadaan yang tak terkawal. Dia jaga aku seperti menjaga seorang adik kandung, comment segala pemakaian aku supaya lelaki tak mengambil kesempatan terhadap aku, Marah cara aku bergaul (yang tak betul) Dan lainlain lah. Cara dia lansung tak membuatkan aku rasa dikongkong, malah aku rasa aku disayangi.
   Sejak aku kenal dengan MHS, kami tak tak rapat seperti dulu. Cuma kadang kami aku berhubung bertanyakan khabar. Aku dapat rasa, hubungan kami dah tak seperti dulu. Tipulah kalau aku cakap MHS senang apabila ada lelaki lain yang rapat dengan aku. Lelaki mana yang senang bila ada lelaki lain rapat dengan kekasih hati dia. Lagi pula, baru-baru ni aku dan MHS ada masalah besar, dan mungkin silap dia meluahkan perasaan dia terhadap aku yang mana dia mengatakan hasrat untuk menjaga aku dan tak sanggup melihat aku dipermainkan seolah olah aku tiada perasaan. Kata dia perempuan macam aku susah nak cari. Bila aku nak recommend kan kawan, mesti dia cakap nak yang sebiji macam aku, tak sebiji taknak. Aku dah diberitahu dulu lagi tentang perasaan dia. Aku hanya terima dan menganggap tak lebih dari seorang abang. Dia terima dan pandai control perasaan tu. Profesional yang mana dia boleh melupakan/pendam perasaan hati dia dan terus menganggap kami adalah SAHABAT dan tak mungkin lebih dari SAHABAT.
   Bila MHS meluahkan rasa ketidak senangan hubungan kami. Bila aku cerita tentang apa yang haidir suarakan, dia juga minta supaya  hubungan aku dan dia diputuskan untuk menjaga hati MHS. Kata dia, dia faham bila ade lelaki lain rapat dengan gf sendiri dan dia juga akan buat benda yang sama seperti haidir minta. Aku terpaksa setuju walaupun aku tahu aku akan kehilangan seorang sahabat yang sangat rapat. Demi jaga perasaan haidir, apa pun aku sanggup buat asalkan MHS senang hati. Nampak macam bodohkan, tapi itulah pengorbanan aku terhadap MHS. Dia pun entah apa khabarnya, start dari hari tu, FB aku dia block, BBM aku dia buang. Totally lost contact. Kadang teringin nak amik tahu khabar dia.
  
Ini pic filem gretel & hunsel kalau tak silap. Dia pernah bagi pada aku. bak kata dia "YOU HURT MY SISTER, HE/SHE WILL DIE"(taknak komen banyak, nanti aku menangis)

Inilah dia SAHABAT, yang mana aku dah anggap dia seperti seorang abang.

*p/s tuk dia: Adik mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau adik ada buat salah terhadap abang. Adik berterima kasih sebab ALLAH temukan kita wlaupun dalam masa yang agak singkat. Terima kasih sebab abang senantiasa bersama adik dan tak pernah jemujemu mendengar segala permasalahan adik. Abang tak pernah jemu dengar adik menangis ngadu itu ini. Sampai abang cakap "bilalah abang nak dengar adik ketawa, asyek dengar adik menangis jeh". Abang, adik nak cakap. Adik dah bahagia sekarang. Adik nak kongsi kegembiraan ni dengan abang, tapi abang dah jauh. Adik harap satu jeh, adik nak tengok abang masa adik kawin nanti untuk kongsi keseronokan tu bersama..




No comments:

Post a Comment