Sunway lagoon!

 Hi..
   Fuhh, punya lah susah aku berusaha demi you all untuk kongi stolly molly tentang sunway lagoon yang aku pergi beberapa minggu yang lepas. Mungkin PC tak boleh support gambar dari iphone kot. So, aku kene lah guna cara manual. Dengan cara, aku upload pic dulu dari iphone dan edit menggunakan PC. Harruu sungguh!
   Ok, aku nak mulakan dah ni. Seperti yang aku update hari tu, aku cakap janji bertolak pukul berapa? 8.30am isn't it? Aku punya bersemangat bangun pukul 8 pagi. Hampa tengok, pukul berapa aku masih kat rumah. Sebabnya, bakal mentua cek mintak si gendutt hantar dia last minute pergi saujana untuk bermarhaban. Nasib baik mak mentua punya pasal. Boleh dimaafkan.


   Akhirnya, pukul 11.07am, haidir datang amik aku. Aku ingatkan pergi sunway terus. Rupanya kene singgah rumah dia untuk amik baju dia. Lagipun, akmal dan udin sedang menanti ktorang dekat rumah masing masing. Dah sampai depan rumah haidir, kakak ipar dia dan abang dia panggil masuk untuk bagi aku tengok baby mereka, Qaleesya. Omeyy angatt Qaleesya. Dah melawat baby, ktorang pun bertolak. Pukul berapa, tak sempat tengok pulak. Excited punya pasal.

   Tarraa! kami dah sampai. Tepi Tepi! kaklong dah sampai. Haha, nampak macam aku excited kan sebab jalan depan. Hangpa tak tahu, si akmal dan udin lagi excited siap dah beratur lagi tunggu turn beli tiket. Tinggal aku dan Haidir je dekat belakang. Well..

   Tuh diakk, aku, akmal dan udin sedang beratur. Ramai gila ok, tak tipu.

                  
    Ini lah harga tiketnya. Kami amik full pakej (Waterpark + Amusement park + wild life + Extreme park + Scream Park) total RM120/per person. Tapi, kami dapat half price sebab udin staff sunway. So, dapat lah RM75/per person. Terima kasih udin..

Sementara udin beratur beli tiket, kami bergambar lah dahulu di hadapan sunway lagoon ni. Lama jugak udin beratur beli tiket. Sempat lah kami sarapan kejap.

   Tarraa! Ini lah hasil kesabaran udin. Kami dah dapat tiket.

Sebelum masuk, kene lalui beberapa peringkat dulu. Peringkat pertama, pemeriksaan beg dan peringkat kedua adalah, scan tiket.

 Setelah lepas peringkat tersebut, Dihadapan anda terdapat permainan ini.

   Melangkah ke perut kawasan sunway lagoon. Dibahagian tepi anda, terdapat banyak stall stall menjual makanan. Memang ramai lah ceritanya, disebabkan makanan luar TIDAK DIBENARKAN DI BAWA MASUK.

Mereka sangat excited ok, aku yang dekat belakang yang asyik amik gambar kawasan sekitar itu pun, dorang tinggalkan. HOW DARE YOU, BIE! haha. Rupanya mereka kalut mencari toilet. Masingmasing simpan hajat. Apadaa~
 
Herohero aku pergi toilet, aku pergilah amik gambar sorangsorang. Kawasan berpagar tu terdapat 2ekor harimau yang masih hidup. Tapi time aku melawat tu, dorang tengah tidur. Siap ada air terjun lagi dalam kandang dia. Class kau maria. Gambar sebelahnya tu, peta penuh kawasan sunway lagoon. Agak besar, dalam kepala otak aku berpikir "Sempat ke nak habiskan kesemua game dalam masa 6-7jam" sebabnya kami masuk pun, dah pukul 1 lebih. Sunway tutup pukul 7-7.30pm macam tu. Haaa! gambar kubur pulak. Mulamula aku pikir kubur betul. Tetapi setelah berbincang menggunakan otak bersama akmal, kami membuat keputusan untuk mengklasifikasikan itu kubur buatan(lakonan sematamata). Sebab kawasan sunway lagoon ni pun, dikelilingi dengan patungpatung hantu.
Ini kapal aku rasa cukup mencabar ketakwaan jantung aku. So, aku taknak dan tak mungkin try. Hanya haidir, akmal dan udin sahaja yang naik. Udin? udin steady! sebab dia lansung tak takut atau gayat ok. siap boleh bukak mata, angkat tangan, ketawaketawa. Apa punye perasaan pun aku tak tahu. Akmal? boleh tahan lah steady dia. Haidir? teetttt! taknak bocorkan rahsia. pergi tanya dia sendiri. hahah

Inilah pintu/laluan masuk ke waterpark + extreme park. Tak ada apa yang nak di"snap"kan sepanjang laluan. kerana terlampau excited kami pergi ke waterpark terlebih dahulu. Apabila dah masuk bahagian waterpark, pahampaham lah. handphone dan beg kami terpaksa simpan didalam loker yang berharga rm30.

    Sepanjang didalam kawasan waterpark, tersangatlah enjoy ok. First game yang kami tuju dahulu ada vuvuzella. Bapokk tinggi weh. Dia punya panjang beratur tak payah cakap lah. Sempat lah si gendutt 3orang ni main gelongsor superman dan aku beratur sorangsorang. Dah habis main game tu pun, dorang terpaksa tunggu lagi. tersangatsangat lah ramai. Bila turn kami. FUYYOOO! gayat weh. melambung lambung pelampung kami berempat. satu pelampung boleh memuatkan 4-5orang. Aku pun tak paham kenapa, padahal duduk dengan gendut 3orang, pelampung takkan melayang. Rupanya, Lagi melayang. Tambah pulak si udin yang takde perasan siap lepaskan tangan pada pelampung dan boleh bergulingguling lagi dalam pelampung tu. Kerja gila weh udin buat dan anda dinasihatkan jangan tiru aksi si udin ni. 
    Dah naik vuvuzella ni, kami mendapati pelampung kami dicuri. Dah letak port baik pun, hilang jugak. Tak paham aku. Kami pun apa lagi, masingmasing acah acah seperti polis mencari pelampung milik kami. Nasib baik nombor pelampung ada pada handband udin. Akhirnya dapat jugak pelampung kami. Kepada pencuri tu, jangan lah mencuri. Tak baik. Berdosa tau. Kan dah malu diri sendiri bila dah kantoi.
    Next game kami try 2lagi gelongsor yang pendek tapi sangat menguji ketakwaan jantung aku. huhu. gayat weh. 2gelongsor ni boleh naik 2orang jeh. so, aku naik dengan sayang aku. dan akmal naik dengan sayang dia, udin.
    Masa kami pergi ni, tak berapa best sebab hujan tersangat lah lebat. So, banyak game yang terpaksa ditutup untuk sementara waktu seperti rollercoster yang aku nak sangat naik. Then, ingat nak pergi scream park. Bapokk dia ramai weh. Mungkin sebab hujan. So, orang ramai tertumpu bahagian scream park jeh sebab itu lah satusatunya kawasan yang tertutup. So, simpan dulu niat nak pergi scream park sebab terlampau ramai.
    So, kami try satu game ni yang melalui sungai buatan yang menggunakan pelampung besar. Siap boleh pusingpusingkan lagi. Best. Tapi tak menguji ketakwaan jantung lah.
    Semasa kami nak pulang ke main kawasan waterpark, kami melalui scream park itu lagi. And still mengecewakan. So, kami pergi ke bahagian pantai buatan. Sangat style. Idea yang sangat bagus ok, dorang boleh produce ombak sendiri. Macam mana dorang buat ombak, aku tak sempat kaji lagi. Next time datang mungkin aku akan kaji macam mereka hasilkan ombak tu(acah acah lebih).
    Paling best, Udin dan haidir try main papan luncur. fuyyooo! aku dan akmal nak try, tapi tak berkeyakinan. So, kami hanya mampu melihat dorang mencuba game tu. Nampak macam best. Tapi memerlukan keyakinan untuk korang berdiri atas papan luncur tu. Sangat susah ok.
    Sesudah mereka mencuba game tersebut, kami pun pergi mencari sesuap nasi. Masingmasing dalam kebuluran. Aku, haidir dan udin order fried rice chicken wing. Dan akmal order nasi lemak. Rasa memang out lah. Tawar. adehhx! hancuss harapan aku. Tak abis pun nasi aku. Kalau sedap mang habis lah ceritanya. Makanan aku cukup sensitif. Sedap confirm habis licin. Kalau tak sedap, tolak ketepilah jawabnya. Aku hanya mampu habiskan air mineral sebagai alas perut.
    Dah isi perut, apa lagi. sambung main game lah. Masa tu pun jam menunjukkan pukul630. Plan nak naik vuvuzella lagi sekali. Tapi apa kan daya, vuvuzella dah tutup. Nak cuba gelongsor superman yang dorang try mulamula tadi, pun dah tutup. SPOIL! Semua game dah tutup, kami pun akhirinya dengan menukar pakaian. Haidir, akmal dan udin tukar baju dekat celahcelah loker tu je. Senang jadi lelaki. Asal boleh. Aku yang perempuan kene lah pergi toilet. Almaklumlah, nak shampoo bagai itu lah lecehnya perempuan. Tapi ok lah. Bersih dan selesa sikit. Toilet sangat cantik dan bersih walaupun ramai sangat orang. Toilet dia gred A aku bagi. HAMMEKK! haha
    Sesudah tukar baju yang aku amik masa sejam setengah sebab makeup sekali. Sorry korang tunggu lama. Kami pun pulanglah dengan keletihan. Tapi amik gambar dulu. Inilah gambar yang sempat kami amik.
Bukti pergi sunway lagoon. Tangan siapa paling putih dan comel? well~ lalalalaa
Me with my gendutt <3

Dipintu luar sunway lagoon bersama peahh (bedal jeh aku nih bagi nama patung tu)

Ending..






No comments:

Post a Comment