Alahaii Nenek~

Assalamualaikum.

Hi korang. Alhamdulillah~ masuk hari ini dah 2minggu 5hari aku bergelar isteri. Indahnya bercintan cintun dalam hubungan yang halal ni. Bak kata suami "kalau tau kawen seronok, dari sekolah lagi dah ajak sayang kawen". Hamboiii ayat awak sungguh manis, wahai suami. hehehe~

Oke kali ini tak nak bercerita tentang rumahtangga aku. Kalau bercerita tentang rumahtangga, ayat yang paling banyak keluar ialah SUNGGUH HAPPY dan SANGAT BAHAGIA. kali ini nak bercerita tentang nenek kesayangan aku yang dah hampir seminggu kena tahan ward disebabkan tulang peha patah kerana terjatuh. Alahaii~ kesian sungguh pada nenek aku ni. Dah lah kecik molek, jatuh pulak. Dah jatuh, patah pulak tuh. Kesiannya~ In Sha Allah pada hari jumaat minggu ni, nenek akan menjalani operation dimana doktor pakar akan memasukkan besi bagi menggantikan tulang nenek yang patah. Semoga nenek cepat sembuh. Kakngah and haidir sentiasa love nenek so so ketat! hehe


No comments:

Post a Comment