Persiapan Pertunangan #Part 1

Assalammualaikum.

Hi, petang-petang ni aku nak share berkenaan dengan persiapan untuk majlis pertunangan aku yang akan tiba tak lama lagi. Majlis merisik alhamdulillah selesai pada bulan lepas, Januari. Ataupun hangpa boleh baca entri sebelum ni bertajuk "First Step To Our Big Day". Entri kali ni aku nak bercerita tentang hal-hal yang berkaitan dengan "booking" yang melibatkan majlis pertunangan itu nanti. Actually, nak buat entri shopping barang tunang, disebabkan gambar tak ambil lagi untuk setiap barang. So, aku tangguh dulu..

Oke, bercakap tentang booking. Rupanya banyak weyh yang perlu di"booking"kan termasuklah Mini pelamin, baju bertunang, make up, photographer. ha! itu jeh kot. Tak lupa. Family, sanak saudara, kawan-kawan terdekat pun kene booking jugak. Bukan sebab ape, senang untuk dorang apply cuti awal-awal kan. Maaf pada yang tak dijemput, majlis dibuat secara kecil-kecilan je. Al-maklum lah, bertunang jeh pongg. kan~ hope anda sekalian paham. Kami sekadar buat sedekit majlis perbincang antara keluar aku and MHS, kemudian majlis perbincangan disudahi dengan majlis doa selamat dan penutup ada majlis sambutan harijadi abg aku, adik aku, dan dua anak buah aku, Mia dan Yaya. Itu sahaja. Tapi kawen, Aku janji jemput. mihmihmih~ Tak jemput pun, datang jeh. Sesungguhnya kedatangan anda adalah satu rezeki buat kami.

Dah melalut ke Majlis perkahwinan pulok, haha. Oke back to our topic. First sekali, keluarga aku dan MHS kene lah tetapkan tarikh untuk bertunang. So that, aku boleh booking mini pelamin semua. Takdak tarikh macamana nak booking kan. Oke, setelah berbincang, kami memilih 22/3/14 sebagai tarikh majlis pertunangan. Supposed, 20/4/14 sama dengan tarikh lahir sayangku. Tapi dia tak mau. Sebabnya, 20/4 jatuh pada hari ahad. MHS kata takut penat berkemas sebab esoknya dah hari isnin (hari mula bekerja). Pandai sayangku. Macam tahu-tahu jeh, bakal tunang dia ni cepat penat. mihmihmih~ Plus, si gendut tuh takut, kalau dah bertunang 20/4, hadiah hari jadi dia takde dan digantikan dengan hantaran (hampehh betul -,-)

Second, aku kene booking mini pelamin. Fuhhxx! rata-rata aku survey, semua ambil RM400-600 ke atas untuk sebuah pelamin. Pada aku dan MHS, membazir ambil pelamin mahal-mahal, tetapi duduk atas pelamin tak sampai sejam. Bazir woo. So, aku decide untuk sewa barang mini pelamin dan kita buat sendiri ataupun dikenali sebagai DIY. Haa... aku sewa RM170 jeh weyh. Puas hati pun puas hati. Sebab kita pasang and design sendiri. Tak puas hati, buat balik. Sampailah puas hati. kihkih~ aku plus sikit barang-barang lain macam Box putih untuk letak bunga dan sebuah kerusi. Sebab apa aku pilih kerusi?sebabnya aku tak biasa lah nanti masa nak sarung cincin, mak MHS duduk bawah pelamin sarung cincin pada aku yang kat atas pelamin. Pada aku nampak tak berapa manis. Biar sama-sama duduk atas pelamin. Baru lah manis. Kerusi disewa dengan harga RM100 dan box putih RM30 (sepasang). So, total pelamin RM200.

Third, aku booking photographer. Ini advance sikit. Sebabnya, booking dengan kawan sendiri (kenal dari sekolah rendah) plus, kawan baik MHS. Shahira Roslan. Kami ambil pakej paling murah, RM600. Include buku album + soft copy. Terima Kasih banyak-banyak pada shahirah, sebabnya dia sanggup batalkan job lain demi kami. Kami hargai sangat-sangat. Senang deal dengan dia. Sesiapa yang nak menggunakan perkhidmatan photographer dia, boleh mintak pada aku number dia.

Itu cerita photographer, lastly ni special sikit. Sebabnya, mak aku yang offer untuk sponsor baju tunang dan make up. Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak ibu. Semoga ibu dikurniakan rezeki yang melimpah ruah hendaknya. Bukan murah oke. Pakej baju perempuan + make up sahaja RM1000 oke. Kalau nak harapkan aku, memang tak mampu. Tapi alhamdulillah ibu sponsor. Kami booking di "Syamil Jefri Bridal". Yang terletak di hadapan pasar malam paya Jaras dan sebaris dengan kedai ayam. Mahal tapi puas hati oke. Baju cantik-cantik. Actually, setiap kali lalu depan butik tu aku mesti tegur sebab koleksi baju yang dipamer lawa-lawa belaka. Tak sangka ibu alert dan sanggup sponsor demi anaknya ini. Terima kasih lagi sekali ibu.

Itu sahajalah berkenaan dengan booking. Berkenaan shopping barang hantaran, aku akan ceritakan di entri yang akan datang. In Sha ALLAH~

PHOTO GALLERY:
 Tarra! Salah satu contoh make up hasil tangan "Syamil Jegri Bridal" 

Baju yang aku sewa. Canti ka?

 
 Mini pelamin. Ini hasil customer yang pernah sewa di "Mini Pelamin Budget"

 Kerusi & box putih seperti didalam gambar.


Detail Butik:
Nama: Butik Syamil Jefri Bridal
No phone:Rujuk pada page
Lokasi: Paya Jaras, Sungai Buloh
Facebook: https://www.facebook.com/syamiljefribridal (Syamil Jefri Bridal)

Detail Mini Pelamin:
Facebook: https://www.facebook.com/LunaGurlishshoe (Mini Pelamin Budget)
Lokasi : Selayang, Selangor.

Detail Sewa Kerusi dan Box Putih:
Nama: Sangkar Emas Collection
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Sangkar-Emas-Collection (Sangkar Emas Collection)
Lokasi: Shah Alam, Cheras, Sungai Buloh, Selayang, Melaka
No phone: Rujuk pada page



2 comments:

  1. Assalamualaikum. hehehe bestnya dah mula prepare semua. Dulu kes aku, merisik je. So takda la nak berhias bagai. Pakai kebaya je wehh. Sekali kena suprised dengan keluarga dia.. Merisik terus tunang. ahhaha. Kelam kabut family aku. ahhahaha. Tapi yang bestnya waktu nak nikah tu, aku pakai semua perkhidmatan kawan-kawan. So dapat murah gila. Jimat yang amat. Haritu aku pun ada hallo syira.. kengkonon nak buat maternity shoot.. taktahu la suami aku nak ke tidak.. Aku dah beria dah dengan perut ke depan ni. hahhahaha ~~~

    ReplyDelete
  2. wsalam, haha. aku merisik pun pakai baju kurung jeh weyh. haha. perkhidmatan kawan lg bgus kalau ade. sebab harga boleh kautim2. kan kan. buat ah weyh maternity shoot. haddooii,, hang membuatkan aku rasa tergedik2 nak kawen n dapat baby cepat weyh. hahaha.

    ReplyDelete