Selamat pengantin baru

Assalammualaikum..

   Pada 9/2/2014 aku berjaya sampai ke Pahang untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat baik aku, yang ditemani plus dipandu oleh sayangku. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Muadzam mengambil masa kira-kira 2jam 58min. Fuhhxx.. Lenguh pinggang bakk ang. Tapi takpe, demi sahabat baik, aku tempuhi jugak. Sepanjang perjalanan bosan weyh, sampai MHS suruh aku tidur, aku tak nak. Taknak bukan sebab degil, sebab nak teman si dia drive. Dia sanggup drive jauh-jauh demi wedding kawan aku, takkan aku nak tidur biarkan dia drive sorang-sorang. Penat mesti sama-sama rasa lah. kan?

    Majlis sangat meriah. Lagi meriah, bila kawan-kawan havoc seperti aku and the geng sampai. Haha, Soryy, kami mang suka akan ketawa dan masuk air. Makanan sangat sedap, Nasi minyak sangat lah lembut. MHS dari KL dia cakap takde selera sebab tak sihat, dah makan hamekk kau, Licin gua cakap lu. Dah faham sangat dah konsep "takde selera", "jamah" n "diet" pada dia. Itu lah sayangku. hahaha~

    Paling aku and kawan-kawan lain terkezutt, set pelamin yang gahh + hiasan makan beradap, baju L/P, makeup dan photographer, total dalam RM2300++. Wow! sangat murah oke. Harga dekat KL mana nak dapat harga cenggitu. kan kan? Kalau ade, bagitahu aku. Boleh booking siap-siap. kihkih~

    Kami pulang dalam pukul 430petang, sempatlah singgah "Teluk Cempedak". Dah alang-alang sampai ke Pahang, singgah lah mane yang sempat. Tapi tak terpikir nak amik gambar. Sangat cantik oke teluk cempedak. Sesuai untuk destinasi melancong dan rekriasi bersama keluarga. Kawasan yang tak sesuai untuk bermandi manda sebab nya bentuk pasir pantai yang bertangga. Mengikut kata MHS, Kawasan ini banyak kes orang mati lemas sebab itulah tak digalakkan untuk bermandi manda. Kata MHS lah, aku tak tahu. Almaklum lah, MHS serbatahu. Tak ketinggalan, ade ruang membeli dan membelah yang banyak seperti baju-baju, aksesori dan banyak lagi lah. Ada juga pelbagai jenis kedai makan seperti kedai western food dan goreng-goreng. Dan yang paling WOW! terdapat banyak restaurant makanan segera seperti Mc'donald, KFC, Burger King(kalau tak silap), Starbuck, Chatime dan banyak lagi lah.

    Penat berjalan, lebih kurang pukul730 malam kami bertolak pulang ke Sungai Buloh. Kesian sayangku, drive sambil menguapp-nguap tahan mengantuk. Kami sempat berhenti di perhentian mana ntah (aku lupa) untuk MHS basuh muka dan berehat seketika. Kemudian sambung perjalanan dan kami tiba di Sungai Buloh dalam pukul 1130 malam. Kesian lagi kepada MHS, sebab esoknya kene drive outstation ke Kedah. Walaupun penat, rasa happy dapat padamkan rasa penat. Happy dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama tak berjumpa. Next, kita jumpa di "wedding YAYA dan FAKHRUL". Plan nak tidur di Cherating. Tunggu 29/3/2014. In Sha ALLAH~

**Selamat Pengantin Baru, JAJA and angah. Semoga berkekalan hendaknya till JANNAH. Amiinn~

PHOTO GALLERY:

Ini alkisahnya bosan teman sayangku drive, aku ber'selfie' sorang-sorang.

Dari kiri: MHS, Angah, Jaja, and me


Kami "HAVOC"

Kami dan si dia

Me sheera and ya

Roomate plus sahabat baik

No comments:

Post a Comment