Alhamdulillah

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, hari ini tanggal 5/2/2014 aku telah berjaya mengambil langkah pertama untuk berhijab dan menjaga aurat sebagai seorang wanita iaitu dengan mengprivate/meng"delete" gambar-gambar aku tak berapa molek ataupun bahasa lebih jelas "gambar yang freehair ataupun gambar yang menampakkan aurat sebagai seorang wanita", tak kiralah samada dalam facebook mahupun blog ini sendiri.

Tindakan ini bukan disebabkan paksaan dari mana-mana pihak mahupun meniru gaya-gaya orang lain, sesungguhnya ia lahir dalam diri aku sendiri. Aku tak cakap aku dah totally bertudung ataupun menutup aurat, tapi itu adalah langkah pertama untuk menjaga aurat aku dari ditayang dikhalayak ramai. Tak salah kan..

In Sha Allah dalam masa terdekat aku akan berhijab, bila itu aku tidak berani berjanji. Tapi yang berani aku katakan, dalam masa terdekat. Hope korang dapat bagi aku sepenuh semangat dan mendoakan yang terbaik buat aku. In Sha ALLAH~

*p/s: kepada kawan-kawan yang masih ada pic aku yang tidak menutup aurat, harap korang dapat delete/private pic tu. Hopefully korang paham dan jangan salah sangka. Selagi pic tu ditayangkan, dosa aku still berjalan. And jika korang nampak pic aku tidak bertudung @ tidak menutup aurat masih berada dalam facebook aku, harap korang tegur/bagitahu aku. TQ pada yang memahami dan yang memberi sokongan.

3 comments:

  1. Assalamualaikum eina, alhamdullilah syukur. semoga dipermudahkan segala urusan kau berhijrah ini. makin sweet tau sejak bertudung. sejuk mata memandang >_____<

    ReplyDelete
  2. hehehe.. tq babe.. kau inspirasi aku aw.. kihkih~ thx tuk segale nasihat & semangat kau selama ni.. aku hargai tau..

    ReplyDelete
  3. Alhamdullilah syukur, ehh ada pula terima kasih kat aku.. hihi. Allah beri hidayah tanda dia sayangkan khalifahnya. Allahuakbar. Suka sangat tengok kau berhijab. Semoga dapat kekalkan dan cekalkan hati selalu ya (",)

    ReplyDelete